Bab 35 : Called Love

95 6 0
                                    

Wajah yang tercalit tebal dengan warna palsu di lihat melalui pantulan cermin.Sayu.Hari ini tiba.Betapa dia tidak rasakan kenikmatan malam apabila satu nyawa melayang kerananya.Dan juga kerana hari ini.

Hari di mana dia akan menjadi isteri kepada lelaki yang tiada sifat kasih sayang.Pembenci dan pendendam.Tamak.Penipu.Ya.Itulah Joweis Megaryld.

Gaun berwarna putih yang di kenakan di tubuhnya sangat cantik. Simple dan selesa.Namun tidak langsung menghadirkan kegembiraan dalam hatinya.

Hatinya menderita.Jika boleh dia mahu larikan diri.Keluar dari tempat ini dan hidup bahagia.Dia sanggup tidur di tepi jalan,makan sampah,di caci masyarakat,menjadi mengemis daripada menjadi isteri kepada Joweis.

Namun bila terkenangkan orang bawahan lelaki itu,dia tidak ada pilihan lain selain akur.

Daun pintu di buka lembut.Wanita yang mengandannya tadi memandangnya dengan senyuman.

"Cik..kenderaan dah siap."
.
.
.
.
Britney melangkah perlahan memasuki dewan itu.Tetamu yang di jemput semuanya bukan calang-calang.Semuanya nampak hebat dan ternama.

"Baik kau jangan buat apa-apa yang memalukan aku dan Joweis."

Rone duduk di sebelahnya.Britney diam.Majlis sudah bermula.Dia boleh lihat Joweis yang mengenakan suit putih dengan senyuman puasnya di atas pentas.

Lambat-lambat Britney melangkah di atas red carpet bersama Rone yang mengiringnya.Menuju ke arah bakal suami yang tidak dia rela.

Tetamu yang melihat langsung tidak dia hiraukan.Jiwanya meronta kuat.Mahu menghentikan semua ini.Dia tidak mahu berada di dewan ini.Tidak mahu bersuamikan Joweis.

"Hey!"

Bisikan kasar Rone menyedarkan dia sudah berada di hadapan tangga.Dia pandang Joweis yang nampak sedikit bengang.

Kaki kanannya naik memijak anak tangga sebelum..

BANG!!BANG!!BANG!!

"Arrrghhh!!"

Seisi dewan memandang ke arah sekumpulan lelaki bersenjata yang meredah masuk ke dalam dewan ini.

Pengawal yang berjaga di luar habis semuanya di tembak mati.Mereka boleh lihat jelas darah yang mula membasahi lantai.

Pengawal yang berjaga di setiap penjuru dan sisi dewan itu menghampiri dengan senjata namun kebanyakkan mereka di tembak tepat di kepala dan dada kiri.

Jeritan para tetamu mula memenuhi dewan itu.Semuanya lari bertempiaran.Ada di antara mereka turut berlawan sama sebelum melarikan diri.

Joweis bengang.Britney di tarik kasar ke arahnya kemudian berlindung di sebalik kerusi meja.Rone pula sudah terpekik-pekik meminta dirinya di lindungi.

Hampir 10 minit sesi tembak-menembak  di dewan itu berlaku.Semua orang bawahan Joweis semakin berundur.

Tiba-tiba satu tepukan dan bunyi tawa kedengaran.Kuat bunyinya apabila dewan itu sepi tanpa sebarang bunyi.

Tajam mata Joweis menikan lelaki yang berani memusnahkan majlis perkahwinannya.

"Joweis!!"nama itu di laung kuat oleh lelaki itu.

Mata Britney terbuntang melihat lelaki yang melaung kuat nama Joweis tadi.Perlahan air mata mengalir.Dia tidak percaya apa yang dia lihat kini.

"Kau siapa?!!"kuat Joweis menengking.Namun hanya tawa mengejek yang dia dapat.

Lelaki itu menarik salah satu bangku lalu di henyak punggungnya di situ.

"Aku rasa Rone tau aku siapa."jawabnya tenang.

ROYAL:Love HunterWhere stories live. Discover now