Bab 33 : 100 Day

90 4 0
                                    

Laju tangannya menyelak helaian kertas di dalam fail hitam itu.Kemudian dia alihkan pula pandangannya ke arah komputer.

Fokus dia membuat kerjanya meskipun mesyuarat yang akan berlangsung masih lambat lagi.Dia tidak mahu membazir masa.

Siapa tahu masa selebihnya dia boleh membuat perkara lain?Seperti berlumba kereta,menunggang kuda atau dating?

Dating?Pffftt.

Dengan siapa?Scarlet?

Hahahahahahaha.Mengarut.

Tapi itulah yang dia rancang sebenarnya.Ya.Dia mahu siapkan kerja awal supaya boleh ajak Scarlet keluar dating.

Haah.You're genius,Alex.Bravo for myself.

Bibirnya tersenyum lebar apabila kerja yang bersungguh di lakukan dalam masa tiga hari akhirnya habis.

Dan kemudian dia harus bersedia dengan meeting seterusnya pula.Huh.Bosan.

Interkom di tekan.

"Simon,lepas lunch ada apa?"soal Alex.

"Sekejap.Saya check jadual Tuan dulu."

Alex hanya diam membisu.Menunggu secretarynya.

"Lepas ni tuan ada appointment dengan MegaRosella."

"Tolong tangguhkan ke minggu depan."suruh Alex sambil tangannya mengemas apa yang patut.

"Baik Tuan.Tuan ada apa-apa hal?"soal Simon dengan tangan yang sedang mencatat.

"Ada.Tapi itu hal peribadi."

Simon mengangguk meskipun dia tahu bosnya tidak boleh melihatnya.

"Ada apa-apa lagi,tuan?"

"No.Thank you."

"You're welcom,sir."

Interkom terus dimatikan.Alex mengeliat seketika.Membetulkan urat sarafnya.

Dompet hitamnya di ambil.Tersungging senyum nipis di bibirnya.Jika bukan kerana dompet hitam ini,pasti dia dan Scarlet tidak menjadi kawan.

Haih.Kenangan.

Dia terus berjalan keluar dari biliknya.Sempat dia melempar senyum pada pekerjanya yang lalu lalang.

Entah mengapa tiba-tiba dia rasa ada mood mahu beramah mesra dengan pekerja-pekerjanya.

Kaki di halakan ke arah lif.Mahu ke tingkat bawah.Atau yang lebih tepat,mahu berjumpa buah hatinya.

Senang lenang dia melangkah.Senyuman tidak lekang dari bibirnya.

Kaki di hala menuju ke stor pembersihan.Tempat para cleaner meluangkan waktu rehat mereka.Dari jauh dia sudah dengar bunyi gelak tawa mereka.Apa agaknya yang di bincangkan?

Tangan terus membuka pintu itu tanpa mengetuk terlebih dahulu.Biasalah,lagak bos yang menyakitkan hati.

Terus mati gelak tawa mereka.Ada yang ternganga melihat Alex yang berdiri di hadapan pintu.

"Mana Scarlet?"tanyanya.

Mata mereka terus tertumpu pada gadis yang duduk paling hujung.

"Errrk."Scarlet mati kata.Dah apahal lelaki ini datang ke sini?

"Ikut aku sekejap."Alex terus melangkah pergi.

Scarlet hanya diam.Mulut masih lagi di penuhi dengan roti coklat yang dimakan tadi.Lama dia begitu sehingga..

"Aduuhh!!Aunty Hanna kenapa?"tangan Scarlet sambil menggosok rambut yang ditarik tadi.Sakit.

"Bos panggil awak tu.Tercegat apa lagi kat sini?"soal Aunty Hanna dengan senyuman lucu.Haih.Scarlet ni memang jenis suka berangan.

ROYAL:Love HunterWhere stories live. Discover now