Bab 49 : Settle

117 6 4
                                    

Richard menutup pintu kereta perlahan.Hasil daripada telefon Steve yang di kaji tempoh hari membuahkan hasil.

Dia dah hantar orang untuk siasat keadaan di sana.Dan sekarang dia perlu inform perkara ini pada Henry dulu.Sebab mengikut undang-undang di negara ni,organisasi Henry berhak atas penjatuhan hukuman.Dan organisasi John pula bertanggungjawab atas pelaksanaan hukuman.

Ya.Kedua tanggungjawab itu di warisi oleh kedua-dua organisasi sejak dari zaman moyang mereka lagi.

Guard yang menjaga pintu gerbang itu menunduk hormat seraya membuka pintu.Richard mengangguk sedikit sebagai tanda terima kasih.

"Selamat pagi,Tuan Richard."seorang lelaki berkot hitam menunduk hormat.

"Selamat pagi.Henry mana?"soal Richard seraya meletakkan beg bimbit di atas meja kopi.Air mineral yang di bawa bersama di teguk perlahan.Dahaga.

"Ada di belakang,tuan.Mood Tuan Henry baik hari ni."

Richard hanya mengangguk.

"Tuan duduk dulu.Saya panggilkan Tuan Henry."

"Tak apa.Saya pergi belakang."

Lelaki itu membongkok tubuh sebelum Richard melangkah ke ruang belakang.

Matanya terbuntang.Ternganga.Tak percaya dengan apa yang dia lihat.

Henry?

Tengah duduk santai dekat atas kerusi malas,depan kolam?

Sambil minum teh dan baca novel?

"Oh..hai Richard."Henry melambai suka ke arah Richard.

Errr.Richard lambat-lambat melangkah ke belakang.Mahu pergi ke ruang tamu.

"Eh..sekejap!"Richard pusing belakang.Henry mendekatinya dengan senyuman yang..

Lebar?

Tak pernah-pernah dia lihat Henry senyum dekat dia macam tu.Atau..

Yang kat depan dia ni bukan Henry?

"Apahal kau datang rumah aku ni?Nak ajak minum teh?"

Splash!

Diam.

Richard melangkah ke belakang setapak.Kalau Henry marah maksudnya dia normal lah kan?

"Kau datang sini sebab nak ajak aku main air atau nak aku letupkan company kau?"

Richard sengih.Nampaknya ni memang Henry.

"Sorry.Kau yang mulakan dulu.Apahal relaks sangat ni?Macam tak ada kerja.Atau syarikat kau dah bankrup?"soal Richard dengan sebelah kening terangkat.

"Jaga mulut sikit.Salah ke aku rasa bahagia?"Henry melangkah ke ruang tamu.Sempat dia mencapai tuala putih.

"Tiba-tiba?"soal Richard.

Henry sengih.

"Arhh!!Rasa macam mimpi.Kau tolong tampar.."

Pak!!

Henry diam lagi.Tangan memegang pipi yang rasa pijar sedikit.Tajam matanya mencerlung Richard.

"Kau yang suruh."kata Richard dengan wajah tak bersalah.

"Kau tunggu.Hari lain aku balas.Buat masa sekarang ni aku tak nak hancurkan mood bahagia aku."Makin lebar senyuman di bibirnya.

Richard menghampiri.Dia rasa mood dia nak jadi mak cik bawang dah start.

"Kau nak jadi ayah dah ke?"

Pak!!

Richard pegang kepala yang rasa bergegar.Kalau macam ni punya gaya rasanya tiga hari tak masuk office.

ROYAL:Love HunterWhere stories live. Discover now