Bab 54 : For Happiness

99 8 4
                                    

Joseph memandang rumah agam di hadapannya.Suasana tenang tapi pengawal tetap menjalankan tugas mereka.

"Tuan.Suasana nampak tenang sangat.Macam diorang langsung tak bersedia."

Joseph mengangguk apabila terdengar maklumat dari alat di telinganya.

"Korang semua tunggu kat luar dulu.Tunggu isyarat.Mark dan Sven ikut aku."

Mark dan Sven di belakang hanya mengangguk.Joseph mendekati pintu masuk yang di kawal ketat oleh dua orang pengawal.

Mark dan Sven dalam keadaan sedia.Senjata di tangan sentiasa di genggam kemas dan kejap.

Dua pengawal yang perasan akan kehadiran Joseph terus membuka pintu luas.Bagai mempersilakan lelaki itu untuk masuk.

Langkah Joseph terhenti.Hairan dia lihat tingkah dua orang pengawal itu.

"Tuan Rudy sedang menunggu Tuan sekarang.Silakan masuk."seorang wanita berkot coklat mendekati mereka.

Joseph masih statik di tempatnya.Mark dan Sven hanya memandang ke arah satu sama lain.Mereka sendiri tak tahu samada ini perangkap atau memang betul-betul mereka dipersilakan masuk.

"Maaf Tuan.Nama saya Tyna.Saya pembantu Tuan Rudy.Tuan Joseph tak perlu risau.Ini bukan perangkap."terang wanita bernama Tyna itu.

Joseph mengangguk perlahan.Terus dia beri isyarat pada Mark dan Sven supaya turunkan sedikit muncung senjata.

"Apa yang dah jadi?Kenapa keadaan kat rumah tenang sangat?Tak macam sebelum ni?"Joseph tertanya-tanya sendiri.

Ya.Selalunya rumah agam Rudy adalah tempat paling bahaya.Dan juga organisasi yang agak bahaya.
Mereka selalu jalankan perniagaan dadah dan senjata api.Dan di rumah agam Rudy selalunya tak tenang begini.Kebiasaannya Rudy akan buat parti liar bersama kawan-kawannya.Mereka akan berseronok,membunuh,berjudi dan sebagainya.Orang luar dibenarkan untuk masuk ke bilik-bilik kosong di rumah ini sesuka hati.Boleh di katakan perempuan yang masuk ke rumah agam Rudy memang tak akan selamat.Sebab rumah agamnya memang tak ubah macam kelab malam.

Tapi lain pula kali ni.Susasan di situ terlalu tenang dan sunyi.Hiasan dalamannya juga banyak yang berubah.Nampak lebih klasik dan elegent.Dan dia perasan banyak bilik yang selalu terbuka luas,sekarang telah terkatup rapat.Pengawal pula nampak lebih disiplin dan kemas.Mungkin mereka tukar pengawal lain agaknya.

Pintu besar itu terbuka saat mereka menghampiri.

"Tuan,silakan masuk."jemput Tyna.

Dari jauh Joseph ternampak sebatang tubuh lelaki yang sedang duduk membelakanginya.Lelaki itu mungkin sedang menghirup kopi panas.

"Tuan."Tyna mendekati lelaki itu seraya membisikkan sesuatu.

Terus lelaki itu beralih ke arah Joseph dan tersenyum nipis.Joseph pandang lelaki itu tanpa kelip.

Ini bukan Rudy.

"Tuan silakan duduk.Saya bawakan air sekejap lagi."kata Tyna seraya menunjuk ke arah sofa berhampiran lelaki tadi.

Joseph mengangguk perlahan.Dia melangkah ke sofa tadi bersama dua orang bawahannya yang setia mengikuti.

"Selamat datang,Tuan.Saya Rayden,abang Rudy."lelaki itu hulurkan tangan.

"Joseph."Joseph menyambut huluran itu.Riak wajah masih ragu-ragu.Betul ke ini abang Rudy?Langsung tak seperti adiknya.

"Maafkan saya atas apa yang Rudy dah buat.Mesti Tuan risaukan kekasih tuan."ucap Rayden tenang.

"Dia..ada dekat mana?Apa yang dah jadi dengan rumah agam ni?Langsung tak macam dulu."soal Joseph pelik.Dia sendiri tak sangka dia ada masa untuk ni.

ROYAL:Love HunterWhere stories live. Discover now