Bab 19:Broken Heart

94 7 0
                                    

Scarlet melangkah ke arah Alex di sofa.Hari ini dia mahu pulang ke rumahnya.Sudah hampir dua bulan dia berada di rumah mewah ini.Dan selama itu juga dia tidak bekerja.

"Encik Xander." panggil Scarlet lembut.

Alex yang bermain game hanya mengangkat kening.Tak nampak ke aku tengah sibuk.

"Ermm..hari ni saya nak balik boleh?Lagi pun dah dua bulan saya kat sini." tanya Scarlet.

Alex diam.Dia terlalu fokus pada permainannya hingga tak dengar apa yang Scarlet katakan.

"Encik Xander?" panggil Scarlet lagi.

Diam.

Scarlet menarik nafas dalam.Sudah la selama ini Alex melayannya seperti patung.Kalau tak suka dia di sini kenapa tak suruh saja dia berambus?

"Encik Xander?!!" nada Scarlet sudah naik seoktaf.

"Aarrghh.." Alex merungut apabila dia kalah dalam game itu.Dia masih lagi mengendahkan Scarlet.

Dengan tiba-tiba Scarlet merampas telefon itu dari Alex yang menyebabkan lelaki itu terus bangun.

"KAU NAK APA PEREMPUAN???!!!"

Scarlet terpempan.Tangan yang memegang telefon itu menggigil.Tubir matanya mula berair.

"Scarlet?Encik Alex?" Susan di dapur terus saja melangkah ke arah mereka berdua.

"Kenapa ni?" tanya Susan lembut.

Namun soalan itu di endahkan.

"Maafkan saya..saya cuma nakkan jawapan dari encik..saya nak balik rumah." suara itu bergetar.Esakan mula kedengaran.

"Jadi apa kena mengena dengan aku..kalau nak sangat keluar dari rumah ni blah jela." sinis sekali nada Alex.Susan menekup mulutnya.Tak sangka Alex sanggup berkata begitu.

"Encik..kenapa cakap macam tu?" tanya Susan tegas.

"Perempuan sundal ni yang kacau aku dulu." Jawab Alex seraya merampas semula telefon bimbitnya di tangan Scarlet.

"Kau tak layak nakkan perhatian..kau kena tahu satu benda..status kita berbeza."

Bahu gadis itu di langgar kasar sehingga menyebabkan dia terjatuh.Susan terus saja memeluknya.

"Sampai hati encik.." rintih Scarlet.

Sungguh hatinya hancur.Sangat pedih.Kalau betul dirinya tak di perlukan kenapa tak cakap dari awal.

Oh..dia terlupa..dia memang tak diperlukan dari mula..cuma dia yang memerlukan.

Layanan Alex sebelum ini membuatkan dia bahagia.Tidak pernah dia rasa dirinya dihargai.Kehadiran lelaki itu di anggap sebagai sesuatu yang menakjubkan.Dia suka Alex.Suka tanpa sengaja.

Namun apa yang jadi sejak kebelakangan ini menyedarkan dia.Siapa dirinya.Dia hanya gadis miskin.Memang dia tak layak bersama Alex.

Perlahan dia bangun dari duduknya.Tangan Susan menggenggam erat tangannya.

"Scarlet.." panggil Susan.

"Terima kasih tumpangkan saya selama dua bulan..saya dah nak balik dah." kata Scarlet seraya menapak ke biliknya.

"Tapi.." Susan cuba menghalang.

"Tak apa Susan..saya tak layak tinggal di sini.Encik Xander betul..taraf kita berbeza."Scarlet cuba mengukir senyuman.Cuba menunjukkan bahawa dirinya tidak apa-apa.Namun juraian air mata yang masih belum berhenti memberitahu isi hatinya.

" Scarlet..saya pun macam awak dulu.Saya hamba yang di jual beli sebelum saya jumpa Peter.Tolong jangan pergi.Bahaya."Susan cuba memujuk.Matanya juga sudah berkaca.Kesian Scarlet.Sampai hati Alex cakap macam tu.

ROYAL:Love HunterOù les histoires vivent. Découvrez maintenant