Bab 38 : Better

91 5 0
                                    

Amber duduk di atas kerusi kayu di hadapan lamannya.Baru sahaja habis menyapu sisa daun kering yang gugur.

Peluh yang mengalir di dahi di kesat sesidikit.Baju di kibas-kibas menghilangkan rasa hangat.

Bosan.Dia keseorangan di rumah ini.Abangnya Hayes pergi ke kerja.Petang nanti baru dapat berjumpa semula.

Susah juga mahu dapat cuti di Royal Holding.Sebab itu dia kerap bersendirian.Jika di rumah majikan lamanya ada juga kawan.

Boleh berbual dan buat kerja bersama.Tak pun keluar berjalan.Untung dia dapat majikan baik seperti Amelin.Sudahlah cantik,manis, baik hati pula.

Memang ada ciri-ciri isteri idaman.Bertuah Tuan Henry dapat isteri rajin begitu.Semua boleh buat.

Bercakap fasal wanita itu,dia tiba-tiba rindu.Apa khabar agaknya ya?Sudah genap dua bulan dia tinggalkan rumah agam itu.

Tapi untuk kembali ke sana?

Dia rasa perkara itu sesuatu yang berat.Amber bimbang jika dia bertemu lelaki itu.Bukan dia tak mahu,tapi dia sedar jika abangnya mungkin rasa terganggu jika tahu hatinya sudah melekat pada Joseph.

Sakit?

Ya.Tapi yang lebih menyakitkan adalah dia menyakiti hati lelaki itu.Harapannya hanya satu.Semoga Joseph menemukan seorang wanita yang lebih baik darinya.

Hati dia?

Tentu lebih sakit dari biasa.Wanita mana yang tidak kecewa jika cinta hatinya bersama wanita lain?Tapi dia sedar jika mahu Joseph lebih bahagia,dia harus melupakan lelaki itu.

Soal lelaki itu masih bermain di minda.Wajah kacaknya,senyuman sinisnya,mata cantiknya,masih tersemat kemas dalam ingatan.

Amber mengeluh.Susah benar mahu melupakan.

Telefon bimbit yang berdering nyaring mengejutkan Amber.Nama yang tertera di skrin telefon menampal senyuman di bibir munggil gadis itu.Segera dia menjawab.

"Hello?"

"Hello..abang.Kenapa ni?"Tanya Amber sedikit teruja.

"Tak ada apa pun.Cuma abang balik rumah lunch nanti.And abang half day harini.Sebab bos besar syarikat ni ada majlis besar malam ni."

"Yeaayy!"Amber terlonjat gembira.Tak adalah dia bosan kalau abangnya ada.

"Ok.Nanti apa-apa abang call."

"Ok"

Talian di tamatkan.Amber tersenyum hingga ke pipi.Nanti boleh dia minta abangnya keluar bersama.

Dia bangun lalu memulakan kerjanya.Tiba masa untuk Chef Amber bekerja.Dan tanpa sedar ada yang memerhati.
.
.
.
.
"Sedap tak?"

Hayes hanya mengangguk dengan mulut yang penuh.Amber memang pakar dalam masakan.Tapi tak adalah hebat seperti Chef terkenal di luar sana.

"Kenapa tak makan?"soal Hayes.Hairan sebab selalunya Amber makan sampai bertambah-tambah.Tapi hari ni lain pulak.

"Tak lapar.Nanti la saya makan.Saya nak tanya ni?"

Hayes mengangkat keningnya.Menandakan apa.

"Ermm.Abang rasa Joseph ni macamana?"

Hayes tersedak sedikit.Laju tangannya mencapai air lalu di teguk rakus.

Amber sudah tersengih-sengih.Salah dia.

"Kenapa tanya?Amber suka dia?"

Amber tertunduk sedikit.Dia tak pasti mahu jujur atau tidak.Hayes yang melihat hanya menggeleng perlahan.

ROYAL:Love HunterOnde histórias criam vida. Descubra agora