Bab 46 : Chasing Prince

88 4 0
                                    

Max membuka mata perlahan.Errghh!Bau ubat.Dia tak suka bau ni.Tapi dia bersyukur dia sempat sampai hospital.

Kalau tak mesti dia dah mati.Keseorang..kesepian..mayat reput tanpa orang tahu.Dan lepas tu bau busuk.Dan baru lah orang jumpa dia.

Huh.Sadis!

Berhati-hati dia bangun.Perlahan dia mendesis apabila rasa sakit mula mencucuk perutnya.Huh.Kalau dia jumpa mamat tu lagi,siap lah!

Sekali lagi dia cuba bangun.Namun ada tangan tiba-tiba menolak bahunya rapat ke tilam semula.

Tak berkelip dia pandang wajah beku James.Pandangan tajamnya..wuuuhh.Menusuk tepat ke jantung.Membuatkan Max tak senang duduk.

Matilah kau Max.

Jujur dia tak perasan langsung sejak bila James ada dalam bilik ni.Dia ingatkan dia sorang jer.

Max alihkan pandangan.Seram bila lihat wajah James yang macam tengah tahan sabar dengan dia.Macam bila-bila masa saja boleh meletup.

Diam suasana sepi.Tiada tanda-tanda James mahu bersuara.Nampak benar dia tengah marah.Dan itu yang buat Max rasa nak lari dari bilik tu.

Max telan liur.Perit.Tekak kering.Dia dahaga.Mata tertumpu ke arah meja.Ada kopi panas kat situ.Aromanya..fuhh.

Baru saja mahu mencapai kopi itu terus James rampas cawan tu dan melangkah ke sinki.Kopi panas itu terus di tuang perlahan ke dalam lubang sinki tanpa ada rasa membazir.

Max ternganga.Wt hell?

James kembali semula dengan segelas air suam.Gelas itu di suakan kepada Max.Lambat-lambat Max sambut.Perlahan dia teguk air suam itu.Ok lah.Janji haus dia hilang.

"Bukak mulut."mendatar nada suara James.

Di tangannya terdapat semangkuk bubur kosong.Nampak gayanya macam James nak suap dia je.Eiiii.

"Aku tak.."

"Jangan nak banyak mulut."tegas James bersuara.

Max kemam bibir.Aduh.Bukak jelah mulut tu Max.Tak pasal nanti mangkuk bubur tu naik atas kepala kau nanti.

Max buka mulut.Kecil saja sebab mulut dia sakit kena lempang dengan pistol.Kuat pulak tu.

Max telan bubur kosong yang dah ada dalam mulutnya.Walaupun kosong tapi tetap ada rasa.Boleh lah kalau dia nak habiskan bubur tu.

James suakan sudu berisi bubur tu lagi.Lambat-lambat Max geleng.Dia memang tak rasa lapar sekarang.Kalau paksa juga nanti dia muntahkan balik.

James letakkan mangkuk itu di atas meja sebelah katil Max.

"Kau marah?"soal Max perlahan.Jom tengok sama ada Max yang dingin ni pandai pujuk orang atau tak.Pfft.

James diam.Mata di larikan.Tak mahu berlaga dengan mata Max.Jujur dia cakap sebenarnya dia marah sebab dia risau.Dia tertekan fikirkan Michael.Fikirkan Lucy yang dah tinggalkan dia.Kemudian pasal Royal yang kena serang hendap.

Semalam dia langsung tak boleh tidur.Asyik fikir saja sampai kepala dia sakit.Dia takut.

Dia takut kehilangan.Cukup dia hilang ibu bapanya.Dia tak mahu saudaranya tinggalkan dia.

"Sorry.."ucap Max perlahan.

James menghela nafas.Cuba tenangkan diri.

"Hati-hati la sikit.Jangan buat aku risau boleh tak?Kalau kau tak sempat datang hospital semalam macamana?Kau tak fikir pasal diri sendiri ke?Suka tengok orang lain sedih?..."

Max diam.Membiarkan saja James membebel.Kalau itu saja yang boleh buat James rasa lega,dia sanggup tadah telinga.

"Lain kali jangan nak merayap sorang-sorang.Bawak bodyguard kau tu.Haa..sekarang kau duduk kat hospital ni selagi luka kat perut kau tu tak kering jangan mimpi nak keluar,nak berjalan.Kalau aku tau kau cuba nak lari..aku gari kau kat katil ni.Faham!?"

ROYAL:Love HunterWhere stories live. Discover now