Bab 37

15.4K 440 8
                                    

"Korang ni,memang lembab! Bodoh! Kan,aku dah cakap,hancurkan perempuan kolot tu!!" marah Wawa tatkala mendengar penjelasan Amir dan black.

Perasaan geram,amarah dan segala perkataan yang seerti dengannya,meresap dalam tubuh Wawa.Tidak sangka,racangannya kali ini,gagal! Hancur musnah harapannya untuk melihat Dahlia sengsara.Ini semua tidak akan terjadi jika Irham Zahril berada di situ!Ahh,kacau aje plan aku!!

"Err....err...sorry..sorry boss.."Balas Amir dengan nada yang berketar-ketar.Lebam di wajahnya masih terasa sakit akibat tumbukan Irham Zahril.Ah,sakit teramat!

"Lain kali,buat kerja biar betul! Aku tak nak,plan kita rosak sekali lagi! Kau faham tak?"

Amir dan Black hanya mengangguk tanda faham.Mereka akui,kehadiran Irham Zahril semalam membuat mereka gagal untuk menghancurkan diri Dahlia.Tidak sempat mereka mengambil kesempatan atas diri Dahlia,lelaki itu telah pun memberi satu tumbukan kepada Amir.Ah,Black pun satu,bukannya nak tolong aku! Bebel Amir tatkala teringat kejadian semalam.Hesy,badan sahaja besar,tetapi penakut!

"Ingat eh,kalau plan kali ni gagal..jangan harap korang akan dapat payment dari aku..Faham?"Soal Wawa sekali lagi.Lalu tangan menghulurkan sebuah bungkusan berisi duit kepada Amir dan Black.

"Terima kasih boss! Kita janji,kali ini,kerja kita akan beres!"Ujar Amir dengan nada yang menyakinkan.Dia yakin,kali ini,mereka akan berjaya menghancurkan wanita itu!

"Bagus..dah,pergi dari sini.Aku tak nak tgk muka korang,selagi kerja korang belum siap."Perintah Wawa kepada Amir dan black.Mujurlah,mereka berada di tempat parkir kereta.Sengaja dia memilih tempat ini sebagai pertemuan mereka.Dia tidak mahu sesiapa pun tahu tentang misi dan rancangan mereka.Biarlah,ini balasan Dahlia atas semua yang dia telah lakukan kepada dirinya.Hati ini masih sakit dan hancur tatkala melihat perkahwinan mereka bahagia.

Dia lebih suka dan bahagia melihat perempuan kolot itu merana kesakitan.Tak lama lagi,kau akan rasa apa yang aku rasa selama ni! Bebel Wawa.Selagi,Dahlia tidak terasa sakit,selagi itu lah dia tidak akan berputus asa untuk menghancurkan wanita itu.'Ahh,sabar Wawa...kau tak boleh mengaku kalah!!'Bisik hati kecil Wawa seraya mengutum senyuman sinis.

...................

Suasana di dalam perut kereta itu terasa sunyi sejak mereka beredar dari tempat penginapan hotel itu.Irham Zahril dan Dahlia telah membuat keputusan untuk pulang ke rumah setelah kejadian malam tadi.Hati terlalu berat untuk membiarkan Dahlia berada di bilik hotel itu.Takut,jika dia terasa trauma setelah peristiwa hitam itu.Biarlah,mereka pulang ke rumah agar Dahlia berasa tenang dari semua yang terjadi.

Sekilas Irham Zahril mengerling ke arah Dahlia yang sejak tadi membisu.Wajah yang muram,suasana yang sepi,membuat dirinya tidak keruan tatkala melihat Dahlia bersikap dingin sejak tadi.Jujur dia katakan,dia terasa bersalah dengan apa yang terjadi malam tadi.Entah kenapa,Wawa sanggup buat begini,dia juga kurang pasti.Yang pasti,dia harus mencari jawapan ke atas semua ini!

"Dahlia...awak,okay?" Soalan Irham Zahril memecah kesunyian yang berada di perut kereta itu.

Dahlia memandang Irham Zahril yang kelihatan resah semacam.Mungkin kerana,dirinya ini terlalu sepi,tidak seperti biasa.Perlahan dia menghembus nafasnya.Sedikit keluhan terkandung di dalam nafasnya.Sejak tadi,otaknya masih terawang-awang dengan kejadian pahit itu.Ya Allah...

"Hmm...okay..." Jawab Dahlia acuh tidak acuh.

Irham Zahril hanya diam setelah mendengar jawpan Dahlia.Takut jika,dia menganggu emosi Dahlia pada saat ini.Mungkin dia perlu waktu untuk membuat dirinya tenang.

"Awak...saya..nak minta maaf..." Kini,giliran Dahlia pula yang memecah kesunyian antara mereka berdua.

Irham Zahril memandang wajah Dahlia.Sedikit bengkak matanya akibat menangis semalaman.Ah,minta maaf? Minta maaf untuk apa? dengus Irham Zahril.Pelik dengan luahan isterinya itu.

Biar Saya Jadi Hero Awak.Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora