Bab 13

17.3K 564 0
                                    

Dahlia memerhatikan sepucuk surat yang berada di tangannya, sejujurnya, dia berasa berat hati untuk memberinya kepada pemuda yang ada di dalam pejabat itu.Sejak malam tadi, hatinya tidak tentu arah, dia cuba untuk menahan emosinya tetapi dia gagal, gagal untuk menahan airmata yang mengalir dari kelopak matanya.Sakit hatinya apabila Irham Zahril sesuka hati mengarah dirinya untuk melakukan pekara yang serius itu.Apa dia fikir, Dahlia ini seperti barang? Boleh pakai je sesuka hati? Ahhh!!! Geram!!! Namun, dia berharap ini semua akan berakhir setelah dia memberi surat itu kepada Irham Zahril.

Dahlia mengetuk pintu pejabat Irham Zahril lalu memasuki bilik itu.Kelihatan pemuda itu sedang sibuk membelek fail yang berada di meja.Pangkat besar, sudah tentulah projek besar yang mereka ada.

“Ada apa Dahlia?” Soal Irham Zahril, matanya masih tertumpu kepada kertas-kertas di mejanya.

Dahlia yang sejak tadi berdiri kaku di depannya, menghulurkan sepucuk surat kepada Irham Zahril.

“Surat apa ni?” Tanya Irham Zahril tatkala melihat surat yang diberi oleh PAnya.Perasaan hairan menyelimuti tubuhnya.Dahlia hanya mendiamkan diri, lalu menanti Irham Zahril untuk membuka isi kandungan surat itu.

“Hah? Surat berhenti kerja?! Eh,apa ni Dahlia?” Tegas Irham Zahril tatkala melihat isi kandungan itu.Ya, memang betul dia ingin berhenti kerja dari situ selepas kejadian semalam,dia sedar dia harus membuat keputusan yang sewajarnya untuk mengelak Irham Zahril dari hidupnya.

“Saya minta maaf Encik Irham, saya tak boleh kerja dekat sini lagi..” Jelas Dahlia dengan nada yang lemah.

“Tapi kenapa Dahlia?”

“Saya…saya..memang tak boleh nak kerja sini lagi Encik Irham..Saya harap dalam masa 2 bulan ni,saya dah buat yang terbaik untuk Syarikat bapa Encik Irham..terima kasih atas semua yang Encik Irham lakukan kepada saya..Maafkan saya kalau saya ada silap kata, atau terkasar bahasa.Sejujurnya, saya tak berniat untuk berbuat begitu..

Saya harap, Encik Irham akan dapat PA yang jauh lebih baik dari saya..”panjang lebar Dahlia menjelaskan kepada Irham Zahril.Hatinya sayu tatkala dirinya membuat keputusan ini, namun dia lega kerana dia akan dijauhi dari Irham Zahril dengan arahan yang gila itu.

“Stop it Dahlia..Saya tau, ni semua alasan kan? Alasan untuk awak lari dari arahan saya semalam, kan?! Guess what?saya tak akan berhentikan awak.Saya tak akan lepaskan awak, Dahlia.”

“Maaf Encik Irham,saya tak akan ikut kerja gila Encik Irham tu, dan saya minta maaf sekali, saya tak boleh nak kerja sini lagi.Cukuplah dengan dua bulan ni..Assalamualaikum.” Jelas Dahlia dengan nada yang beketar,airmatanya sedang berkumpul di kelopka matanya, hanya tunggu masa untuk ia gugur dari situ.Ahh, dia harus kuat!!

Tanpa berlengah masa, dia keluar dari pejabat Irham Zahril, mungkin itu lah kali terakhirnya dia menjejak kakinya ke pejabat lelaki itu.2 bulan, dia mengenal hati budi lelaki itu,dia terseksa, dia disakiti, dan sekarang,semuanya akan berakhir.

“Eh, Dahlia nak pergi mana ni dengan kotak bagai ni?” Dahlia menoleh kepalanya ke arah suara tersebut.Langkahnya terhenti seketika tatkala melihat Dato’ Zainal yang kelihatan hairan.ahh, kenapa dia harus berdepan dengan boss besar ni? Ah! Dahlia menjadi tidak keruan lalu dia menekan butang lif dan berharap lif itu akan tiba secepat mungkin.

“Err..nak balik Dato’ Zainal..” Jawab Dahlia dengan nada yang beketar-ketar. “Huh? Awalnya balik? Abeh, kotak ni semua Lia bawa balik?” “Err..Sebernanya..Dahlia dah…berhenti kerja…” Jelas Dahlia lalu memandang ke bawah, malu apabila berkata sebegitu di depan boss besar.Dato’ Zainal tercengang,sekali lagi, PA Irham Zahril berhenti kerja? Ish, apa kena dengan si Am ni! Hesy!

Biar Saya Jadi Hero Awak.Where stories live. Discover now