Bab 46

16K 451 20
                                    

Setelah berjumpa dengan Fairuz,hati Irham Zahril semakin tenang dan lega.Lega kerana segala apa yang terbuku di dalam hatinya sudah pun diluahkan kepada kawannya itu.Dia sedar,semakin lama dia pendamkan masalah rumah tangganya,selama itu lah hatinya dihantui segala macam perasaan.Dia amat lega kerana dia mempunyai sahabat yang sentiasa ada untuknya.Tidak mungkin dia akan menceritakan masalah rumah tangganya bersama ibunya.Dia tidak mahu,ibunya risau akan masalah mereka berdua.Biarlah,dia sendiri yang menyelesaikan masalah nanti.

"Abang akan pastikan,tiada sesiapa pun yang akan menghancurkan rumah tangga kita,sayang."Ucap Irham Zahril dengan yakin seraya memandu kereta Hondanya.

Perkataan 'Abang' telah pun diucapkan oleh Dahlia di dalam surat yang diberi malam tadi.Sesungguhnya,perasaan gembira meluap-luap tatkala Dahlia memanggil beliau dengan gelaran 'Abang' dan bukan 'Awak'.Mungkin,ini sudah membuktikan bahawa wanita itu sudah seratus peratus mengagap Irham Zahril sebagai suaminya.Setelah lama dia menunggu saat-saat ini,akhirnya salah satu impiannya sudah tercapai.Ahh,syukur!

Lamunan Irham Zahril terhenti buat seketika tatkala deringan telefon bimbitnya berbunyi.Dengan pantas dia mencapai earpiece lalu menekan butang jawab di skrin lepernya.

"Assalamualaikum Irham.." terdengar suara wanita memberi salam di hujung talian.Dia pasti,suara itu bukan milik isterinya.Tapi,siapa?

Tanpa berlengah masa,Irham Zahril menyahut salam dari wanita itu."Walaikumussalam,"

"Ni,Yanti...ermm..Irham... "

"Yanti...ada apa call ni? Ada yang tak kena ke?" Soal Irham Zahril bertalu-talu sesaat mendengar suara Yanti.

"Dahlia...sekarang kat hospital..dia demam panas Am.."

"Ya Allah! Yanti,text me all the details,i'll be there soon!"Ujar Irham Zahril sebelum dia mematikan panggilan dari Yanti.

Perasaan gementar,takut kian wujud di dalam hatinya tatkala berita yang disampaikan oleh Yanti.Ya Allah,dia tidak sangka bahawa Dahlia diserang demam panas.Ahh,sejak bila Dahlia demam? Pelbagai tanda tanya yang menghantui otak Irham Zahril.

Hati berharap agar isterinya itu tidak dalam keadaan serius.Dengan perasaan risau,Irham Zahril menekan pedal minyak lalu memandu kereta hondanya dengan laju ke hospital.

.....................

Dahlia membuka matanya yang agak berat itu dengan perlahan diganggu pula dengan cahaya lampu di bilik wad itu.Lalu tangan memicit-micit kepalanya yang masih sakit.Mata mengalih pula ke seorang lelaki yang berada di sebelahnya.Irham Zahril sedang lena dibuai mimpi.

Melihat keadaan bilik itu,Dahlia yakin dia berada di hospital wad.Ahh,tapi bagaimana? Kepalanya bertambah sakit pula tatkala memikirkan tentang hal ini.Spontan mata memandang suaminya yang sungguh tenang itu.

Hati mula terasa sayu,pedih tatkala mengingat peristiwa malam tadi.Seharian dia mengurung dirinya di dalam bilik kerana dia tidak mahu melihat Irham Zahril.Setiap kali dia melihat wajah itu,setiap kali itu lah hatinya bagaikan ditikam dengan pisau yang tajam.Sungguh sakit...

Tak sangka,hari yang ingin dia luahkan rasa cintanya terhadap Irham Zahril menjadi hari yang malang untuk mereka berdua.Pergaduhan dan salah faham sentiasa berlaku di dalam rumah tangga mereka.Persoalaannya,sampai bila mereka ingin menjadi seperti ini? Sampai bila,dia harus bertahan dengan konflik rumah tangga mereka? Ya Allah...berilah aku kekuatan...

"Sayang...Alhamdulilah sayang dah sedar.."Lamunan Dahlia terhenti tatkala suara garau suaminya memecah kesunyian di bilik wad itu.

Spontan Irham Zahril mendekati Dahlia lalu mengusap kepala isterinya dengan perlahan.Hati mula terasa bersyukur melihat Dahlia sudah sedar.Selepas diperiksa oleh Doktor,Dahlia belum lagi sedar sehingga lah pada saat ini.Syukurlah,dia tidak dalam keadaan serius.

Biar Saya Jadi Hero Awak.Where stories live. Discover now