Bab 17

19.3K 539 2
                                    

Dahlia mencapai telefon bimbitnya yang terletak di atas meja kafe itu.Matanya mengerling ke arah skrin yang leper itu.Panggilan yang dinanti-nantikan sejak tadi tidak dikesan.Setengah jam menunggu di kafe membuat dirinya rimas, rimas dengan keadaan yang riuh-rendah, menyesal juga dia memilih tempat ini, mungkin kerana makanan yang mereka jual, begitu enak membuatkan Dahlia sanggup memilih kafe ini untuk makan tengahari.

Sekali lagi dia memandang jam tangannya, resah seluruh badannya tatkala menunggu pemuda itu.Takkan lah dia sesat? Ishh…atau..dia taknak jumpa aku tak? Pelbagai tanda tanya bermain di mindanya, hati semakin berdebar!

“Assalamualaikum!” Kedengaran salam yang diucapkan oleh seseorang.Suara yang dia amat kenali.Dengan perlahan, dia menoleh ke arah suara tersebut, ahh akhirnya! Orang yang dia nanti-nantikan sudah pun tiba!

“Walaikumussalam, haa datang pun awak! Hahah” balas Dahlia sambil mengusik Aiman.Sudah setengah jam dia menunggu Aiman di kafe maklumlah dia sudah berjanji dengan Aiman bahawa dia akan mengajak makan tengahari sewaktu mereka terserempak dulu.Teringat akan kejadian tadi pagi, tergesa-gesa dia menyelesaikan kerjanya agar dia dapat keluar makan tengahari bersama Aiman, mujurlah Irham Zahril mempunyai temu janji bersama kawannya, dapat juga dia lepas dari Irham Zahril yang ego besar tu!

“Maaf Dahlia..saya lambat, ada hal kat pejabat tadi sebab tu lambat tadi…sorry!” Ujar Aiman yang sedang tercungap-cungap akibat tergesa-gesa datang ke kafe tersebut.

"Hmm..tak apa Aiman,saya tak marah pun, tapi saya takut awak tak datang tadi.." Usik Dahlia sekali lagi, mungkin kerana dia takut masanya terbuang apabila menunggu Aiman selama setengah jam.Dia takut,Aiman tidak mahu bertemu dengannya.

"Hesy, saya mesti datang tau! Yelah, kita dah lama tak jumpa, dah lama tak borak sama-sama kan.."balas Aiman.Sejujurnya, dia rindu teramat dengan zaman persekolahannya dengan Dahlia, zaman yang penuh bermakna baginya namun, zaman yang telah memisahkan mereka berdua.Tetapi mungkin ada hikmah disebalik perpisahan itu,setelah bertahun berpisah, dia kini dapat bertemu sekali lagi dengan Dahlia yang semakin cantik di matanya. Dahlia hanya mengagguk tanda setuju sambil menghirup oren jus yang dia pesan tadi.

Perbualan mereka semakin lama semakin rancak,gelak ketawa dan usik mengusik menceriakan suasana di antara mereka berdua, tidak sangka terlalu banyak benda yang mereka ketinggalan semasa berpisah dulu setelah tamat sekolah menengah.Ahh, rindu! Itulah yang dapat digambarkan oleh Dahlia, semakin lama dia mendengar cerita zaman persekolahan, semakin itu lah dia ingin memutarkan balik masa itu, masa yang dia tidak perlu risau segala masalah.Tetapi apakan daya, dia tidak mempunyai kuasa untuk melakukan semua itu.

"Ermm, Dahlia..awak ni mesti dah ada ehem! Betul tak?" Soalan Aiman membuat Dahlia teringat akan seseorang, ya Irham Zahril..lelaki yang bakal menjadi suaminya secara paksa.Tetapi haruskah dia memberitahu tentang pekara ini kepada Aiman? Atau tidak? Dahlia menghela nafasnya, mencari kekuatan.

"Aiman..saya.."

"Hi guys! " Belum sempat Dahlia menghabiskan apa yang dia ingin sampaikan,kedengaran suara seseorang, suara yang dia amat kenali. Dengan perlahan, dia menoleh kepalanya ke arah suara tersebut.Irham Zahri? Ya, nama itulah yang terkeluar dari bibir manis Dahlia.Terkejut melihat kehadiran lelaki itu di kafe tersebut.Kenapa dia datang ke sini? Ahh, ganggu orang sahaja!

"Encik Irham?" "Yes, Dahlia? Am i disturbing?" Balas Irham Zahril dengan nada yang sinis.Raut wajahnya terserlah segala emosi yang terbeku di dalam hatinya tatkala melihat Dahlia bersama Aiman.

"Err..takdelah…bukannya Encik Irham ada temujanji tadi?" Dahlia tertanya-tanya kepada Irham Zahril yang kelihatan bersahaja.Tiada rasa bersalah yang ada di dalam hatinya mengggangu orang.

Biar Saya Jadi Hero Awak.Where stories live. Discover now