Bab 36

15.8K 510 37
                                    

Pagi itu, Dahlia dan Irham Zahril mengambil keputusan untuk bersiar-siar sekeliling Cameron Highlands.Mereka sempat ke ladang strawberi yang sudah menjadi tempat tumpuan pelancong di sana.Rugi jika mereka tidak pergi ke ladang strawberi ini!

Sesiapa yang berada di Cameron Highlands, wajib ke ladang strawberi.Nak tau kenapa? Hmm, ladang strawberi sangat cantik dan sungguh indah! Strawberi di sana sungguh fresh! Tidak seperti strawberi yang ada di bandar.Semuanya,tidak sesegar di ladang strawberi ini! Ah,boleh jadi gila Dahlia pergi ke sini!

Teringat akan kenangan lama bersama arwah ibu dan ayahnya ketika dulu.Setiap kali mereka ke sini,tidak pernah terlepas peluang mereka untuk ke ladang strawberi ini.Mereka akan sentiasa menjenguk tempat ini dan akan membeli sebuah bakul yang dipenuhi strawberi! Haa,sehingga Dahlia tidak keruan apabila menjejak kakinya ke sini sekali lagi.Terlalu banyak kenangan yang bermain di fikirannya.

Irham Zahril menoleh ke arah Dahlia yang sejak tadi merenung ke strawberi itu.Entah apa yang di tenung,dia juga kurang pasti.Yang pasti,isterinya itu seperti tidak waras! Hai,dia tersengih-sengih dekat strawberi tu kenapa? Apa yang special sangat pasal strawberi tu? Sejak tadi,Dahlia seolah-olah seperti berada di langit ketujuh,bahagianya dia berada di ladang strawberi ini.Sehingga,dia menjadi terlalu ghairah dengan tempat ini!

"Ehem!"Lamunan Dahlia terhenti tatkala Irham Zahril berdehem.Hesy,kacau daun aje lah mamat ni!

"Kalau iya pun suka dengan tempat ni,tak payah lah nak senyum sorang-sorang...nanti apa pula orang dekat sini cakap.." Sambung Irham Zahril.Takut juga orang di situ,memandang pelik terhadap isterinya.

Dahlia mengecilkan matanya,seperti dia faham apa yang Irham Zahril cuba sampaikan.Hesy,Irham ni,kacau mood orang aje! Tak nampak ke,aku tengah menikmati suasana yang indah ni?hesy! bebel,Dahlia di dalam hatinya,geram juga dengan lelaki itu.

"Kenapa?Awak takut orang ingat saya ni gila? Hesy,awak ni..saya baru nak mengimbas kembali kenangan saya dekat sini dulu..."

"Imbas kembali kenangan awak?" Irham Zahril terpinga-pinga.

Dia pernah ada kenangan manis dekat sini ke? Tapi,dengan siapa? Dia ada teman lelaki ke sebelum ni? Pelbagai soalan menghantui dirinya sesaat mendengar balasan Dahlia.

Dahlia hanya mengangguk.Mata masih fokus dengan strawberi di hadapannya,mmm,sungguh merah! Rasanya sudah pasti enak!

"Maksud awak? sebelum ni,awak pernah datang sini dengan orang istimewa?"

Sekali lagi, Dahlia mengangguk tanda setuju.Irham Zahril terdiam.Jadi,memang benar jangkaan Irham tadi? Dia datang sini dengan Aiman ke?

"Awak tau tak,orang tu,sweet sangat! Dekat sini lah, kenangan manis kita berdua mula mekar.Bila saya pandang dia, hati saya dup dap dup dap! Wajah dia....hai...macam artist korea!"

Irham Zahril meneliti Dahlia yang kelihatan terawang-awang entah ke mana.Sedikit terusik dengan apa yang dikatakan oleh Dahlia tadi.'Hesy, menyesal pula aku bawa dia datang sini..'Bisik hati kecil Irham Zahril.Jika dia tahu, tempat jni menjadi 'kenangan manis' dia bersama Aiman, sudah tentu dia tidak membawa Dahlia ke sini.Aduh, menyesal!

Dahlia memandang Irham Zahril.Lalu, menjongket keningnya, diikuti dengan bibir yang sedang mengukir senyuman sinis.Hmm, cemburu lah tu! Sengaja, Dahlia mengusik Irham Zahril tentang cerita yang tidak wujud itu.Puas hatinya apabila dapat membuat Irham Zahril berasa tergugat!

"Awak jealous kan? Hmm, cemburu lah tu!" Ujar Dahlia tatkala melihat Irham Zahril membisu.

"Eh, mana ada saya cemburu? Saya cuma...cuma..kesian kan lelaki tu aje!"

Irham Zahril cuba mencari alasan agar perasaan cemburunya tidak dilihat oleh Dahlia.

"Kesian? Kenapa pula?"

Biar Saya Jadi Hero Awak.Where stories live. Discover now