Bab 9

22.5K 631 3
                                    

Seperti biasa,Dahlia akan memberikan secawan kopi kepada boss kecilnya itu lalu mengemas meja Irham Zahril yang dipenuhi dengan kertas dan file yang tidak disusun dengan rapi.Macam-macam kertas yang ada di meja itu.Ikutkan hati,dia ingin sahaja buang semua kertas itu buat semak sahaja! 

Setelah mengemas mejanya,dia mengalih ke rak buku yang terletak di belakang meja Irham Zahril.Pelbagai jenis buku yang ada di situ,tidak sangka Irham Zahril suka membaca buku,sering sekali dia berjumpa dengan lelaki yang suka membaca buku.Ini adalah kali pertamanya!Dahlia membelek buku yang ada tangannya,sungguh menarik,buku yang mempunyai pelbagai informasi,berguna juga jika dia membaca buku itu.

"Ehem!" Kedengaran suara di dalam bilik itu membuat buku yang berada di genggaman Dahlia terjatuh,dia terkejut melihat Irham Zahril berada di dalam biliknya.Entah bila masa Irham Zahril masuk ke dalam pun tak tahu.

"Err..Encik Irham..sorry.." 

Dahlia meminta maaf lalu mengangkat buku yang terjatuh tadi.Takut jika Irham Zahril naik angin sekali lagi.Irham Zahril hanya melihat gelagat Dahlia yang cemas semacam lalu memandang penampilan Dahlia pada hari itu.Sungguh ayu dengan dress yang berwarna merah jambu dan dipandan dengan tudung yang berwarna coklat,sungguh sesuai dengan warna kulitnya.Walaupun Dahlia menjaga auratnya,Irham Zahril tetap tergoda dengan gaya kecantikkannya,sungguh manis!

"Ermm,Encik Irham,saya dah buat kan coffee untuk Encik Irham and saya dah sediakan semua file for our meeting later " sambung Dahlia.

"Kalau takda apa-apa..saya keluar dulu ya Encik Irham.."

"Ermm,Encik Irham..mak saya selalu cakap..kita kena lah selalu senyum setiap pagi barulah rezeki masuk Encik Irham..." Dengan selamba Dahlia berkata kepada Irham Zahril.Niatnya hanya untuk menasihati Irham Zahril agar dia berubah menjadi seseorang yang berlembut hati.Anak mata Irham Zahril kini tepat menghala kepada Dahlia yang berkelakuan pelik hari ini.

"Eh..dia ni..tak marah dengan aku lagi ke? Siap,suruh aku senyum bagai pula tu..hesy,dia okay ke tak ni? Semalam siap nangis lagi,hari ni,bukan main ceria je! Pelik betul lah dia ni!" bisik hati kecil Irham Zahril,hairan dengan sikap Dahlia itu,seperti Dahlia telah benar-benar maafkan kesilapannya.Jika itu benar,dia sungguh lega kerana Dahlia telah ikhlas memaafkannya.Semalaman dia tidak dapat tidur dengan tenang memikirkan tentang Dahlia,hatinya masih menangung rasa bersalah,tetapi apabila dia melihat wajah Dahlia yang ceria itu,rasa bersalah terus hilang dari hatinya.Ahh,senyuman Dahlia membuat hatinya berbunga-bunga!

"Just do your work Dahlia," arah Irham Zahril lalu memberi isyarat menyuruh Dahlia beredar dari biliknya.

.................

"Aunty minta maaf Wawa...semua keputusan ada dekat tangan Irham.Aunty tak boleh nak cepatkan perkahwinan kamu berdua tanpa persetujuan Am..." Puan Marinah memujuk Wawa sambil memicit-micit kepalanya yang sejak tadi berdenyut-denyut.

Sejak dulu lagi,dia tidak berkenan dengan diri Wawa,mungkin kerana pakaian dan perangai Wawa yang kurang senang bagi Puan Marinah.Senang cakap,Wawa bukan menantu pilihannya,tetapi kalau bukan kerana sahabatnya yang meminta untuk menyatukan mereka berdua sebelum dia menghembuskan nafas yang terakhir,sudah tentu dia tidak akan berada di situasi sebegini.Kusut kepalanya memikirkan tentang Wawa,hampir setiap hari dia datang ke rumah mereka untuk memujuk dirinya mempercepatkan perkahwinan mereka.

"Tapi,aunty...Wawa tak nak tunggu lama-lama,kita kan dah lama tunang aunty..lagipun,kawan-kawan Wawa semua dah tanya bila Wawa nak kahwin,Wawa malu tau aunty.."Ujar Wawa lalu mendekati Puan Marinah.

Sudah beberapa kali dia memujuk Puan Marinah tetapi gagal.Ahh,geram dia dibuatnya! Hampir semua kawannya menanti hari perkahwinan dia dengan Irham Zahril,tetapi sehingga hari ini,mereka belum lagi berkahwin malah,mereka belum lagi membuat persediaan untuk berkahwin.Ini semua kerana Irham Zahril yang sering sekali menangungkan hari perkahwinan mereka.Setiap kali Wawa memulakan topik untuk berkahwin,setiap kali itu lah Irham Zahril memberi seribu satu alasan kepadanya.

Biar Saya Jadi Hero Awak.Where stories live. Discover now