Bab 43

15.6K 448 6
                                    

Dahlia dan Irham Zahril mengucap kata-kata syukur atas nikmat yang diberi oleh Allah s.w.t. Masing-masing memberi reaksi yang lega terhadap berita yang baru sahaja mereka dengar.Begitu juga dengan Filza.Wajah-wajah yang serius menjadi sinar kelegaan sesaat mendapat berita dari Doktor.

Setelah lima jam menunggu operasi yang dijalankan oleh Mak Su,akhirnya mereka dapat senyum dengan kegembiraan.Syukur Alhamdulilah,operasi mak Su dijalan dengan lancar.Wanita itu berjaya mengatasi operasi yang hampir-hampir meragut nyawanya.Mujurlah,Puan Suzana seorang wanita yang kuat dan tidak mudah berputus asa.

Sepanjang tempoh lima jam itu,Dahlia tidak henti-henti berdoa agar mak Su nya selamat menjalani pembedahan tadi.Hatinya bagaikan berdegup laju tatkala jam di dinding hospital itu bergerak dari satu angkah ke angkah seterusnya.Perasaan gementar membuat dirinya tidak tentu arah pada saat itu.

Mujurlah,Irham Zahril ada untuk membuat dia kembali tenang.Setiap saat,setiap detik,lelaki itu sentiasa ada untuk Dahlia.Sejujurnya dia tahu betapa risaunya Dahlia terhadap pembedahan Mak Su.Melihat wajah Dahlia yang kalut dan pucat,dia tidak teragak-agak untuk memeluk isterinya dengan erat agar kekalutannya terbang pergi.Tambahan pula,dia tidak sanggup melihat isterinya dalam keadaan begitu.

Syukur lah semua berjalan dengan lancar.Puan Suzana selamat dalam pembedahan dan dia sekarang ditukar ke wad biasa.Mungkin ini semua berkat doa mereka sekeluarga untuk melihat mak long sembuh dengan cepat.Lebih-lebih lagi Dahlia.Kini,wanita itu dapat tidur,makan dan berehat dengan lena setelah operasi itu.

Dan,dia tidak perlu lagi risau akan keadaan Puan Suzana.Sesungguhnya,doktor telah memberitahu bahawa keadaan wanita itu semakin baik dan tidak lama lagi dia boleh pulang ke rumah.Hembusan nafas Dahlia dilepaskan,syukur Alhamdulilah dia tidak kehilangan mak longnya.Terima Kasih Ya Allah!

"Dahlia..."

Lamunan Dahlia terhenti buat sejenak tatkala suara lembut Puan Suzana kedengaran.Spontan kepala menoleh ke arah wanita yang sejak tadi dibuai mimpi.Dengan segera,Dahlia mendekati Puan Suzana yang agak lemah itu.

"Hmm,dah bangun pun Mak Su.."Ujar Dahlia seraya mengusap rambut Puan Suzana.

"Dahlia tunggu Mak Su dari tadi ke? Maafkan Mak Su ya..mak su terlalu letih lepas operation tadi.." Jelas Puan Suzana dengan nada yang perlahan.

Kasihan melihat Dahlia yang terpaksa menunggu beliau sedar dari tidurnya.Sudah tentu anak buahnya dalam kepenatan.Lebih-lebih lagi,dia baru saja pulang dari kejanya.Hesy,Dahlia..Dahlia..

"Takpa Mak su..Dahlia faham.Doktor pun tadi pesan yang mak su kena banyak berehat.Sebab tu Lia tak nak kacau mak su.."

Puan Suzana hanya tersenyum mendengar kata-kata Dahlia.Hatinya seolah-olah terasa luas sekali tatkala dia dapat bertemu dengan gadis ini sekali lagi.Dia berasa syukur ke atas keredhaan Allah kerana dia masih hidup di dunia ini.Hanya Allah sahaja tahu perasaannya sekarang ini.

"Mak Su rindu sangat dengan Lia..." Luah Puan Suzana seraya mengusap tangan Dahlia.

"Lia lagi lah rindu mak su! Hmm,Lia rindu mak su 300% tau,bukan 200% aje!" Ujar Dahlia seraya tertawa kecil.

Puan Suzana tertawa melihat gelagat anak buahnya.Sudah lama dia tidak bergurau senda dengan Dahlia.Mungkin,sejak dia berkahwin dengan Irham Zahril,Dahlia jarang menjenguknya.Namun,tidak sedikit pun Puan Suzana berkecil hati dengan Dahlia.Dia faham akan kesibukkan jadual gadis itu dan suaminya.

Dahlia menghembus nafas kecil seraya mencari kekuatan.

"Mak su..maafkan Dahlia sebab jarang jenguk mak su kat rumah...Sebenarnya,dah lama Lia nak balik tapi Lia dengan Am busy sangat..."

Biar Saya Jadi Hero Awak.Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz