Bab 45

15K 463 38
                                    

Setelah kereta Aiman beredar dari perkarangan rumah,Dahlia membuka pintu rumahnya lalu melangkah masuk dengan perlahan.Sengaja dia memasuki rumahnya itu seolah-olah dia seorang pencuri pada saat itu.Melihat kereta honda suaminya berada di halaman rumah mereka,dia pasti lelaki itu sudah pulang dari pejabatnya.Tambahan pula,lampu di halaman rumah mereka terbuka memberi Dahlia tanda bahawa suaminya sudah pulang ke rumah.Takut juga,jika dia menganggu Irham Zahril yang mungkin sudah dibuai mimpi.

Kaki melangkah dari satu tempat ke tempat yang lain dengan perlahan.Tangan pula dipenuhi dengan beg plastik yang mengandungi hadiah Irham Zahril.Hati berharap sangat agar hadiahnya ini tidak dilihat oleh lelaki itu.Dia ingin sekali memberi kejutan kepada suaminya sempena hari lahirnya esok.Harap-harap lah,dia dapat menyembunyikan hadiah ini dari lelaki itu!

"Baru balik?"

Belum sempat Dahlia menaiki anak tangga di rumahnya itu,suara garau Irham Zahril kedengaran.Hampir terkejut tatkala mendengar suara garau itu.Perlahan dia menoleh kepalanya ke arah suara tersebut.

"Awak belum tidur lagi ke?"Soal Dahlia tatkala melihat Irham Zahril berdiri tegak di depannya.

"Macam mana,saya nak tidur kalau isteri saya belum balik lagi.."Balas Irham Zahril seraya melipat kedua tangan ke dadanya.Wajahnya kelihatan serius pada saat itu.

Dahlia menunduk kepalanya sedikit.Dia faham akan perasaan Irham Zahril yang mungkin risau dengan dirinya tatkala pulang ke rumah lewat.

"Awak pergi mana tadi? Sampai lambat balik rumah."Soal Irham Zahril dengan nada yang tegas.Sejak tadi,Dahlia tidak memberitahu ke mana dia pergi.Risau juga jika pekara buruk yang terjadi kepada Dahlia.

Dahlia menelan liur.Gulp! Dia yakin,Irham Zahril kurang senang dengan dirinya pada saat ini.Mungkin disebabkan mesej yang tidak dibalas oleh Dahlia petang tadi.Berkali-kali Irham Zahril memberi pesanan ringkas kepada isterinya,namun tidak satu pun dibalas.

"Saya pergi beli barang tadi..Awak,saya minta maaf sebab tak reply text awak.Handphone saya ni,battery weak sangat..."Jelas Dahlia dengan harapan Irham Zahril tidak marah akan dirinya.

"Siapa hantar balik tadi?"Soal lelaki itu sekali lagi.

"Err..Aiman."

Mata Irham membulat tatkala mendengar nama Aiman terkeluar dari bibir manis Dahlia.Hati bergelora dengan api kemarahan.Nafas geram dilepaskan dengan perlahan.

"Awak buat apa dengan dia tadi? Dating? huh?"

Spontan Dahlia memandang wajah Irham Zahril sesaat mendengar soalan panas lelaki itu.Hesy,mula lah tu cemburu buta dia tu!

"Hesy,mana ada dating..Saya terserempak dengan Aiman lah tadi.."Balas Dahlia acuh tak acuh.

"Hai,tak sangka budak tu berani dekat dengan awak lagi.Orang dah bagi warning pun,masih nak gatal lagi."Ngomel Irham Zahril.Geram dengan perbuatan Aiman yang suka saja mengambil kesempatan atas isterinya.

"Apa awak cakap ni? Bagi warning kat Aiman?" Soal Dahlia bertalu-talu.Terkejut dengan apa yang didengar tadi.

"Awak tak payah nak berselindung dengan saya lah Dahlia,saya tau awak berdua suka satu sama lain kan?!"

Dahlia tercengang tanda terkejut.Mata membulat dengan kata-kata suaminya itu.Entah kenapa cemburunya kali ini lebih teruk dari biasa.Ahh,hati berharap agar perasaan cemburu Irham Zahril tidak menjadi-jadi.Ya Allah..

"Awak ni dah kenapa? Dari dulu lagi saya dah cakap yang saya dan Aiman cuma kawan aje! Tak lebih dari tu!"

"Then,explain this."Ujar Irham Zahril seraya mengeluarkan telefon bimbitnya dari seluar poket beliau.

Biar Saya Jadi Hero Awak.Where stories live. Discover now