Bab 21

15.7K 501 10
                                    

Irham melabuhkan pinggangnya di birai katil yabg dipenuhi dengan bunga ros yang dikhiaskan oleh ibunya semalam membuat susana di bilik itu sangat romantik.Teringat akan pesanan dan nasihat ibunya agar sentiasa sabar mengharumi segala dugaan dan cabaran yang berlaku di dalam perkahwinan mereka.Perkahwinan ialah suatu perkara yang terindah bagi setiap kaum adam dan hawa.Ia memerlukan kasih sayang yang kuat dan haruslah sama-sama bermuafakat atas sesuatu pekara.Dan harus bertolak ansur antara satu sama lain, itu lah yang paling penting dalam sebuah perkahwinan.

Irham Zahril akui bahawa dia ingin sekali menjaga isterinya.Dia tidak mahu disebabkan dirinya,nyawa Dahlia terancam meskipun Wawa telah berubah, namun dia berasa ragu-ragu tentang perubahannya tadi.Mungkinkah Wawa ada agendanya disebalik semua ini? Aduhh, kusut!

Namun, Irham Zahril tidak dapat melupakan peristiwa tadi pagi, sungguh, dia dapat rasakan bahawa dia adalah lelaki yang beruntung untuk menjadi suami Dahlia.Dia kelihatan cantik bak bidadari, baju yang ditempah dapat memikat hatinya sekali lagi walaupun, dia melihat Dahlia memakai gaun itu buat kali kedua.Jujur dia rasakan, dia berasa malu, malu apabila disuruh cium Dahlia di depan khayalak ramai.Dia tahu, wanita itu tidak akan setuju dan takut dengan arahan itu.Pipi yang gebu menjadi merah tatkala bibirnya dicium kepala yang ditutupi oleh tudung yang bermanik-manik itu.Mata yang dikejam rapat,dibuka perlahan dan Irham Zahril dapat rasakan bahawa sebuah ikatan cinta yang berlaku antara mereka berdua.

Namun, dia pasti bukan senang untuk memikat hati Dahlia itu, dengan kekayaan sudah pasti dia gagal untuk memikat hatinya, dengan sikapnya yang agak ‘gentelmen’ juga tidak berhasil.Mungkin sekarang, dia harus mengurangkan egonya agar Dahlia tidak berterusan membenci beliau seperti sebelum ini.Dia tidak dapat melepaskan Dahlia kepada sesiapa pun,mata tidak henti-henti memandang Dahlia sejak tadi sehingga Dahlia berasa kurang selesa dengan tindakan beliau.Hesy, cantik betul isteri aku ni! Dengus Irham Zahril sambil membetulkan duduknya di atas katil itu.Entah mengapa Dahlia mengambil.masa yang lama untuk membersihkan badan, sejak tadi kelibatnya tidak keluar dari bilik air itu.

"hesy,macam mana ni….takkan aku nak terperap je kat toilet ni…..ahhh,keluar je lah…" Dengus Dahlia, perasaan gementar menghantui dirinya,ini adalah kali pertama dia menunjukkan auratnya kepada seorang lelaki selain bapanya.Aduhh, seperti serba tidak kena, rasa berdosa tatkala menunjuk sehelai rambut kepada Irham Zahril, walau apa pun, dia tetap suami Dahlia yang tiada dosanya jika melihat aurat Dahlia.

Dengan perlahan, Dahlia menjejak keluar dari bilik air tersebut,langkah demi langkah dia mendekati meja solek yang berada di tepi katil.Tanpa dia sedari, dua bijik mata sedang meneliti gerak geri beliau dengan renungan tajam menakutkan diri Dahlia.

'Ya Allah, cantiknya isteri aku ni…'bisik hati kecil Irham Zahril tatkala terpegun melihat kecantikkan Dahlia sesaat melangkah keluar dari bilik air itu.Rambut lurus Dahlia yang panjang sehingga ke paras lengan dan baju gaun tidur yang sangat cantik membuat hati Irham Zahril berdebar-debar tanda gementar.Tidak pernah dia melihat wanita secantik Dahlia,meskipun ditutupi dengan sehelai tudung, dia tetap cantik di mata Irham Zahril.Mungkin, dia sebagai suami rasakan dirinya begutu beruntung tatkala mendapat melihat kecantikkan Dahlia sekarang.

Bau haruman Dahlia dapat dikesan walaupun mereka berjauhan, mata masih fokus memandang Dahlia yang berada di meja solek.Ahh,kalau boleh dia ingin sekali memeluk erat Dahlia, namun dia tahu, ini bukan masa yang sesuai.Dahlia masih dalam keadaan tidak stabil.Mungkin dia memerlukan masa yang banyak untuk menerima semua ini, sesiapa pun yang berada di tempat Dahlia pasti akan merasakan pekara yang sama.Hesy, sabar je lah Irham!

"ehem!" Lamunan Irham Zahril terhenti tatkala Dahlia berdehem untuk menghenti Irham Zahril dari memandang dirinya.

"Dahlia, mula hari ni…Jangan panggil saya Encik Irham,panggil saya Irham..saya tak nak mama dan papa, dengar apa yang awak panggil saya..Faham" Ugut Irham Zahril sambil mengukir senyuman nakal,ini sahaja yang dapat mengubah fikiran Dahlia.

Mata Dahlia membulat,hatinya berdebar tatkala mendengar ugutan Irham Zahril.Ishh, dia ni kan! Dengus Dahlia sambil mengetap bibirnya tanda geram.”Err,okay okay..saya setuju..dengan panggilan Irham..” Balas Dahlia dengan segera,takut jika lelaki itu berubah fikiran jika dia menentang arahannya.

'Haa,tau takut..' Bisik hati kecil Irham Zahril sambil tersenyum nakal.Lalu dia menguap tanda ngantuk.Seharian menjalankan majlis perkahwinan ini membuat dia penat! Tidak sangka, pengantin yang hanya duduk di pelamin bokeh memenatkan diri, setahu dia, orang-orang yang tukang memasak, melayan tetamu,jurugambar akan lebih teruk penat mereka, namun setelah mengalami situasi ini, dia mula sedar, bukan senang untuk menjadi pengantin lelaki sebernanya.Ia perlukan pelbagai jenis tanggungjawab yang harus dilaksanakan.

Dahlia memandang Irham Zahril yang sedang menguap, badannya dibaring diatas katil yang empuk itu,hati mula berdebar, tiada kata yang perlu diucapkan.Dia belum bersedia untuk bersama Irham Zahril di katil yang sama, dia takut! Perasaan gementar menghantui dirinya, tiada kata-kata yang mampu menggambarkan perasaanya kini.

"Awak tak nak tidur ke?"Dengan selamba, Irham Zahril bertanya kepada Dahlia yang sejak tadi duduk di meja solek itu.

Dahlia terganam tatkala mendengar soalan Irham Zahril, aduhh,apa yang harus dia lakukan sekarang ni? Fikiran mula menjadi kusut lalu tangan mengaru kepala yang tidak gatal itu.

"Errr..takpa lah..awak tidur dulu.."

"Ke awak nak saya angkat awak tidur sini?" Kedua mata Dahlia membulat, terkejut tatkala mendengar soalan Irham Zahril yang kelihatan selamba sahaja, angkat?! Gila ke mamat ni! Dia lebih rela tidur di sofa yang empuk itu, dari tidur sebantal dengan lelaki itu, ish!

"err…awak tak payah nak susah-susah, nanti saya tidur ya?"

Geli hati Irham Zahril apabila melihat isterinya terkejut, muka yang comel kelihatan lebih comel tatkala reaksi terkejut terpapar di wajahnya.Sengaja dia mengusik Dahlia,sejujurnya, dia sedar, bukan senang untuk tidur sebantal dengan seseorang yang kita belum cukup kenali.Biar lah, dia menjaga hati Dahlia sebelum dia dibenci.

Dengan perlahan dia bangun dari katil yang empuk itu lalu melangkah menuju ke sofa yang berada di meja solek.Berdebar hati Dahlia sesaat melihat Irham Zahril melangkah menuju kearah beliau.Irham memang serius ke dengan katanya tadi? Ya Allah..jangan lah dia angkat aku…

"Awak pergi lah tidur kat katil tu…saya tidur kat sofa malam ni.."Ujar Irham Zajril sambil mengambil tempat duduk di sofa itu.

"Huh? Err…tapi…"Dahlia terpinga-pinga, bagaimana Irham tahu apa yang dia rasakan sekarang ni?

"Saya tau, awak tak selesa kan tidur sebantal dengan saya? So..saya tak akan paksa awak, saya faham perasaan awak.."

Rasa bersalah menerpa dalam diri Dahlia, entah kenapa dia rasa berdosa teramat kepada lelaki di depannya, lelaki yang bergelar suami.Dia memuduk ke bawah tanda malu, dia tidak sanggup melihat suaminya kali ini.”Saya minta maaf…saya..”

"Its okay Dahlia, i understand..sekarang lebih baik awak tidur kat katil tu, atau saya join awak sekali kat katil tu..nak?"Seperti biasa Irham Zahril mengusik Dahlia sekali lagi, hampir sahaja dia tertawa melihat gelagat Dahlia yang melangkah laju ke arah katil itu.

"Goodnight Sayaang!" Ucap Irham Zahril dengan selamba.Dahlia yang berada di katil itu, rasa geli teramat mendengar ucapan itu, ahh tak suka! Dengus hati Dahlia sambil tangan menutup kedua telinganya lalu menutup matanya setelah seharian melayan tetamu yang hadir di majlis perkahwinan mereka.

Mata dibuka kembali,Dahlia menghembus nafasnya dengan perlahan, keluhan demi keluhan dia lafazkan,”Ya Allah…kau berikan aku kekuatan untuk berdepan dengan Irham..iatu Suamiku…”

Biar Saya Jadi Hero Awak.Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ