Bab 23

16.3K 458 4
                                    

Dahlia mendekati diri Irham Zahril yang sejak tadi membelek-belek fail yang berada di mejanya.Kini,pertama kali dia menjejak kaki ke pejabat dengan seseorang yang digelar isteri.Isteri kepada bossnya sendiri,sejak tadi,pekerja di syarikat Dato'Zainal tidak henti-henti memandang diri beliau dan juga Irham Zahril.Maklumlah mereka berdua sudah pun menjadi pasangan suami isteri.Hancur sudah harapan gadis-gadis di pejabat itu untuk memikat hati Irham Zahril tatkala lelaki yang menjadi pujaan semua gadis sudah bernikah. Teringat akan kejadian tadi, Sarah tidak henti-henti bertanya tentang perkahwinannya dengan Irham Zahril.Hampir terkejut Sarah tatkala mendapat berita tentang perkahwinan Irham Zahril dan Dahlia.Tidak sangka dalam senyap-senyap mereka bercinta, namun dia dapat rasakan bahawa mereka berdua sangat sepandan!

"Hai..tak sangka kau dan boss bercinta ya! Sampai hati kau tak bilang aku pasal cerita cinta kau dengan boss!"Usik Sarah sambil memukul manja bahu Dahlia.

"Alah...sorry lah Sarah..aku sebernanya nak bilang kau, tapi aku segan..."Tipu Dahlia, sejujurnya dia tidak mahu cerita sebenar terbongkar, biarlah ia menjadi rahsia antara dia dan Irham Zahril.

"Yelah...aku faham, tapi kan..aku sokong korang dua! Korang berdua sangat sepadan, lebih sepadan dari Cik Wawa tu..Hesy, untung lah kau Dahlia, boss pilih kau sebagai isteri dia!"

Kata-kata Sarah membuat dirinya teringat akan Wawa, sejujurnya, dia rasa bersalah teramat kerana disebabkan dirinya, Wawa terpaksa berundur untuk mengahwini Irham Zahril.Jika dia tidak hadir dalam hidup Irham Zahril, sudah pasti mereka berdua akan bersatu.Namun, semuanya sudah terlambat, terlambat untuk dia memperbetulkan keadaan.

Lamunan Dahlia terhenti tatkala suara garau Irham Zahril memanggil namanya.Dengan segera, dia melangkah kakinya ke hadapan meja lelaki itu.

"Awak termenung apa tu?"Soal Irham Zahril tatkala melihat Dahlia termenung sejak tadi.

Dahlia terpinga-pinga, sungguh dia tidak perasan bahawa dia termenung begitu lama sehingga lelaki itu sedar dengan perbuatannya itu.

"Err..takda apa-apa..."balas Dahlia dengan pendek.

"Ermm..Encik Irham..lepas kerja, boleh saya balik rumah sewa saya?"Soal Dahlia, panggilan Irham Zahril ditukar kembali kepada 'Encik' agar dia bersikap professional terhadap kerjanya.

"Kenapa? Awak buat apa kat sana?"

"Erm..saya nak ambil barang-barang saya yang tak sempat saya bawa balik sebelum kita kahwin.."balas Dahlia dengan harapan Irham Zahril memberinya izin untuk pergi ke rumah sewanya.

"Awak nak pergi dengan siapa?"Soal Irham Zahril seolah-olah dia seperti seorang pengawai polis yang sedang bertanya pelbagai soalan.Rimas juga Dahlia dibuatnya, hesy!

"Ermm...nanti Yanti jemput saya dekat office,"

"Nevermind, i'll send you there..bilang Yanti tak payah jemput awak.."Ujar Irham Zahril dengan nada yang tegas.

"Tapi...saya dah bilang Yanti yang..."

"No buts Dahlia..Ikut saja apa yang saya cakap.."Irham Zahril seperti biasa memotong ayat Dahlia yang tidak sempat menamatkan apa yang dia ingin katakan.

Dahlia mengigit bibirnya, geram kerana tidak dapat meluangkan masa dengan Yanti, ahh, hancur rancangannya untuk meluangkan masa bersama Yanti nanti.Irham Zahril memandang isterinya dengan teliti, seperti ada yang menganggu fikirannya.Hesy, apa kena dengan isteri aku ni?bisik hati kecil Irham Zahril.Pelik benar Dahlia ni!

.....................

Petang itu, setelah usai waktu kerja,Irham Zahril dan Dahlia pulang ke rumah sewa yang ditinggal oleh Dahlia sebelum mereka bernikah.Ahh, rindu teramat dengan rumah sewanya itu! Mujurlah dia dapat pulang kembali ke rumah sewanya, dapat juga dia menjenguk keadaan rumah dan Yanti di sana.

Biar Saya Jadi Hero Awak.Where stories live. Discover now