Bab 20

19.1K 536 2
                                    

Suasana di banglo dua tingat itu sungguh riuh-rendah, dipenuhi dengan gelak ketawa dan usik mengusik, dibanjiri dengan sanak saudara dan keluaraga Irham Zahril.Masing-masing mempunyai tugas untuk menjayakan majlis pada hari itu, ada yang sibuk memasak di dapur dan ada juga yang sedang sibuk membuat persiapan di luar rumah.Riak wajah mereka dapat dilihat betapa gembiranya apabila Irham Zahril sudah sah menjadi suami kepada seorang gadis bernama Dahlia, termasuklah Puan Marinah dan Dato’ Zainal.

Mereka tidak henti-henti mengukir senyuman kepada tetamu yang hadir pada hari itu, lega hati Luan Marinah tatkala melihat majlis perkahwinan Irham Zahril dan Dahlia berjalan dengan lancar, mujurlah dia mempunyai wedding planner yang handal-handal belaka, meskipun, persiapan untuk membuat majlis ini hanya sebulan, hasil persiapan dan dekorasi tetap kelihatan cantik.Tema yang berkonsep ala-ala khayalan, membuat ramai tetamu memukau dengan dekorasi majlis perkahwinan mereka.Warna pastel, seperti merah jambu dan biru menghiasi tempat perkhemahan, majlis persandingan mereka, tidak lupa juga dengan pelamin yang dipenuhi bunga mekar dan bunga ros yang membuat pelamin itu lebih romantik untuk mereka berdua.Hiasan di pelamin itu menjadi tempat fokus untuk para tetamu yang hadir,begitu juga dengan pasangan yang baru sahaja digelar suami isteri.

Puan Marinah mengukir senyuman lalu mengucapkan kata Syukur atas Illahi kerana, impian untuk dia menyaksikan anaknya berkahwin, sudah pun tercapai.Impian menjadi kenyataan sesaat Irham mengakad nikah pagi tadi membuat dia mengalir airmata tanda bahagia.Matanya terpacak kepada mereka berdua yang berada di atas pelamin, ahh memang sepadan! Dahlia kelihatan sangat cantik bak bidadari, sehingga tetamu yang hadir tidak henti-henti memuji kecantikan Dahlia, walaupun solekannya tidak begitu tebal, bak pepatah orang, ‘natural beauty’.Dia berasa untung sekali mendapat menantu seperti Dahlia yang tidak pernah jemu melayan karenahnya.

Dahlia menarik nafasnya lalu menghembusnya dengan perlahan,perasaan gementar tidak henti-henti menghantui dirinya sejak pagi tadi.Sempat juga dia memandang Irham Zahril yang berada di sebelahnya.Lelaki itu kelihatan tenang sahaja, tiada wajah yang menujukkan dirinya gementar atas perkahwinan ini.

Pada detik ini, pada saat ini, dia telah sah menjadi isteri kepada Irham Zahril.Sudah terlambat untuk dia berulang balik mahupun membatalkan perkahwinan ini, semuanya terjadi dalam sekelip mata, tanpa dia sedari, dia sudah pun digelar isteri.Perkataan yang membawa seribu satu maksud dan erti yang sangat mendalam.Sedikit sebanyak dia dapat menerima lelaki di sebelahnya, sebagai teman hidupnya,mungkin kerana beberapa hari yang lalu, dia telah membuat solat istikarah yang dinasihati oleh Mak Su belia.Dan setiap kali dia membuat solat istikarah, Irham Zahril akan menjelma di dalam mimpinya,adakah ini jawapan dari Allah s.w.t bahawa Irham Zahril adalah jodohnya? Dia juga kurang pasti, namun apa yang pasti,cincin perkahwinan sudah disarung di jarinya.

Teringat akan sesi menyarung cincin tadi pagi,perasaan gementar dan malu membuak-membuak di dalam hatinya tatkala tangan dihulurkan kepada lelaki itu, entah mengapa tangannya mengeletar tidak tentu arah sehinggah dia diusik oleh Puan Marinah kerana terlalu gementar, ahhh malu! Setelah menyarung cincin,jurugambar tidak henti-henti menyuruh Irham Zahril untuk mencium dahi Dahlia tanda tradisi.

"Okay, sekarang Cik Irham cium dahi Dahlia, lepas tu Cik Dahlia salam tangan suaminya," arah Jurugambar yang tidak henti-henti memetik gambar mereka sejak tadi.

Mata Dahlia terbuka luas,hatinya berdebar-debar tatkala arahan yang di arah oleh jurugambar itu, ahh,dia belum bersedia! Jika boleh, dia ingin sekali melarikan diri dari tempat itu, namun sayang sekali dia dikelilingi oleh para tetamu yang hadir di majlis mereka.Dahlia memandang wajah Irham Zahril yang tersenyum sinis kepadanya,kening berjongket seperti dia tahu apa yang berada di dalam hati wanita itu.’ishh! Dia ni kan..nak cari chance je!’bisik hati kecil Dahlia, geram dengan reaksi Irham Zahril yang diberi tadi.Dengan perlahan, Irham Zahril mengangkat wajah Dahlia lalu mendekati dirinya kepada wanita itu, hembusan nafas dapat dirasa oleh Dahlia, minyak wangi yang dipakai,membuat Dahlia terpukau dengan wangian lelaki itu.Namun, tanpa dia sedari, bibir Irham Zahril terletak di dahinya dan suatu ciuman yang penuh kasih sayang diberi oleh Irham Zahril.Mata Dahlia dipejam rapat lalu dia mengigit bibirnya tanda malu, malu tatkala beribu orang menyaksikan aksi yang penuh debaran itu.

Biar Saya Jadi Hero Awak.Where stories live. Discover now