Bab 49

17.4K 489 23
                                    

"Sayang..."Panggilan lembut Irham Zahril membuat Dahlia tersedar dari tidurnya.Perlahan,tangan Ielaki itu mengusap kepala Dahlia yang ditutupi dengan tudungnya.Lalu,bibir menguntum senyuman nipis tatkala wajah Dahlia berada di depan matanya.

"Alhamdulilah,abang dah sedar!"Ucap Dahlia dengan nada ceria.Syukurlah,suaminya itu sudah sedar dari operasi malam tadi.Semalaman dia menunggu Irham Zahril untuk sedar sehingga keesokkan harinya.Ahh,hati kian lapang sesaat keadaan suaminya bertambah baik.

"Abang,rindu Lia..."

"Lia rindu juga dengan abang...Lia ingat,Lia akan kehilangan abang..." Balas Dahlia seraya memeluk suaminya yang terlantar di katil hospital.Lalu,merehatkan kepalanya di dada Irham Zahril.

"Lia belum sedia nak kehilangan abang.." Sambung Dahlia dengan nada yang agak sedih.

"Sayang,i'm still here.Cuba Lia dengar degupan jantung abang ni..masih berfungsi kan?" Ujar Irham Zahril.Lalu membalas pelukan isterinya dengan kuat.

"Walau apa pun yang terjadi kat abang,Lia kena kuat.Satu hari nanti,salah satu dari kita akan pergi juga..so...Lia kena lah bersedia..Sebab semua yang terjadi,pasti ada hikmahnya,sayang.."

Dahlia terdiam.Memang betul apa yang suaminya telah katakan.Suatu hari nanti,salah satu dari mereka akan pergi buat selama-lamanya.Dan sebagai orang Islam,dia harus bersedia untuk menerima segala takdir yang akan berlaku kepada dirinya.Ahh,tapi sudah kah dia bersedia? Memang belum!

"Abang...Lia minta maaf sebab pasal Lia,abang ditikam dengan Wawa.Kalau bukan sebab.."

"Lia,abang pernah berjanji kat Lia dan diri abang yang abang akan jaga,lindungi,sayangkan Lia dengan sepenuh hati abang.Abang tak akan mungkir semua janji tu sayang..Dalam situasi apa pun,abang akan lindungi Lia.."

Tidak sempat Dahlia menamatkan ayatnya,Irham Zahril terlebih dahulu memotong kata-katanya.Dahlia hanya membisu mendengar penjelasan suaminya.Tidak dia sangka bahawa suaminya itu sanggup membuat apa saja demi keselamatan dirinya.Ya Allah,baik sungguh hati Irham...

"Terima kasih abang sebab lindungi Lia sejak kita kawhin lagi.Abang nak tau satu benda tak?" Soal Dahlia.Kepalanya masih berada di dada Irham Zahril.

Lelaki itu mengerut dahinya.Lalu menjongket keningnya.Walaupun,wajahnya pucat,dia tetap kelihatan kacak dan tampan di depan Dahlia.

"Apa dia?"

"Abang lah,hero Lia dalam dunia ni!"

Irham Zahril tersenyum lebar.Lalu tertawa kecil sesaat mendengar kata-kata isterinya yang comel itu.Jika benar apa yang dikataka oleh Dahlia,dia akan terima dengan hati yang terbuka.Mungkin,dia rela menjadi hero Dahlia buat selama-lamanya demi rasa cinta dan sayangnya untuk wanita itu.

"So sweet! Abang akan sentiasa menjadi hero Lia."

"Sampai ke tua?"

"Hmm,tengoklah macam mana."

"Aduh!" Pekik Irham Zahril tatkala Dahlia memukul manja dadanya.Sengaja dia bergurau dengan isterinya.Sesungguhnya,dia amat merindui wanita itu.Hampir saja dia kehilangan Dahlia malam tadi dan kini,dia tidak mampu untuk kehilangan wanita itu.Dia tidak sanggup!

"Tak baik tau,isteri pukul suami...Dosa tau."Usik Irham Zahril.Dalam keadaan sakit begitu,dia masih boleh mengusik isterinya.

"Ish..ada aje tau abang ni.Abang..janji kat Lia yang abang tak akan tinggalkan Lia.."

"Sayang..selagi degupan jantung abang masih bernyawa,abang akan sentiasa di sisi sayang.Itu janji abang.."Ujar Irham Zahril sambil mengusap kepala Dahlia.

Biar Saya Jadi Hero Awak.Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu