Bab 47

15.9K 461 43
                                    

Sudah seminggu Dahlia dikeluarkan ke hospital setelah demam panasnya sudah hilang.Mujurlah,ubat dan rawatan yang diberi oleh pihak hospital dan doktor berjaya menyembuh Dahlia dengan cepat.Keadaan wanita itu semakin pulih dan stabil tatkala hubungan dia dan Irham Zahril bertambah baik.

Dahlia bersyukur kerana kejadian seminggu yang lepas mmebuat dia lebih matang untuk menghadapi segala macam masalah.Mungkin,ia telah menguris hatinya,namun ia membuat dia bangkit untuk memperbaiki hubungan mereka yang sudah lama terlerai.Mujurlah,mereka sudah berbaik semula sejak mereka berada di hospital tempoh hari.

Seminggu selepas kejadian perit itu,mereka akhirnya kembali ceria,gembira dan sentiasa meluahkan kata-kata cinta seperti pengantin baru.Dan seminggu itu lah pelbagai macam pekara yang berlaku kepada rumah tangga mereka membuat mereka menjadi lebih rapat berbanding dulu.

Bilik yang menjadi tempat tidur Irham Zahril kini berubah menjadi bilik tidur untuk sepasang suami isteri.Akhirnya,setelah berbulan-bulan mereka tidur di bilik berasingan,Dahlia mengalih semua barangnya ke bilik Irham Zahril selepas berbaik dengan suaminya.Dia sedar,dia harus menerima hakikat bahawa dia telah berkahwin dan tempat yang seharusnya dia ada adalah di sisi suaminya.

Teringat akan malam pertama,Dahlia di bilik Irham Zahril.Ya,dia mengaku ada perasaan janggal yang berlaku antara mereka berdua.Namun,Irham Zahril sentiasa membuat Dahlia tenang agar dia tidak berterusan rasa takut ataupun resah.Mujurlah,sang suami sentiasa sabar akan sikap Dahlia.Jika tidak,entah apa nasibnya kali ini.

"Sayang,dah siap?" Lamunan Dahlia terhenti tatkala mendengar soalan Irham Zahril.

Spontan bibir menguntum senyuman manis seraya membetulkan tudung chiifon nya yang berwarna pastel pink.Cantik warnanya untuk memadankan dress hitam yang agak simple untuk dipakai.Walaupun simple,Dahlia sentiasa kelihatan cantik dan ayu di mata suaminya.

Irham Zahril memandang isterinya dengan teliti yang berada di depan meja soleknya.Sungguh,malam ini Dahlia kelihatan bidadari yang jatuh dari langit.Mekap tipis yang disolek juga tidak menjejaskan wajahnya yang anggun itu.Kulit yan gebu itu sentiasa menjadi tumpuan setiap lelaki di luar sana termasuklah Irham Zahril.

"Kenapa abang pandang Lia macam tu? Ada yang tak kena ke?" Soal Dahlia lalu berjalan menuju Irham Zahril.Pelik dengan suaminya yang tidak henti-henti meneliti dirinya.

"Kenapa? Abang tak boleh pandang isteri abang yang cantik ni ke?"Usik Irham Zahril seraya mengusap kepala Dahlia.

"Hesy,dah lah.Jom,nanti kita lambat pula...Kesian mama dan papa tunggu kat rumah tu.."

Irham Zahril hanya menguntum senyuman kecil kepada Dahlia yang kelihatan kalut itu.

Lalu mata melihat jam tangannya yang menujukkan pukul lapan malam.Sebentar lagi,acara ulang tahun perkahwinan Dato' Zainal dan juga Puan Marinah yang ke 50 akan berlangsung di rumah mereka.Irham Zahril dan juga Dahlia dijemput untuk meraihkan hari istimewa ini.Maklumlah,lebih ramai lebih meriah lah majlis ulang tahun perkahwinan mereka.

................

"Haaa,dah sampai pun kamu berdua! Ingatkan,dah lupa majlis mama dan papa ni.." Usik Puan Marinah tatkala melihat anak dan menantunya di pintu rumah mereka.

"Hesy,mama ni..tak akan lah kita nak lupa majlis anniversary mama dan papa,"Ujar Irham Zahril.

"Mama kamu ni,dari tadi tunggu kamu berdua tau.Sampai tetamu pun tak dilayan.Rindu lah tu dengan anak dan menantu dia tu.."Kini giliran Dato' Zainal pula mengusik Puan Marinah.

Sejak tadi,Puan Marinah tidak henti-henti menunggu mereka di pekarangan rumahnya.Sejujurnya,dia takut jika anak dan menantunya tidak hadir di majlis ulang tahun perkahwinan mereka.Maklumlah,sudah lama mereka tidak bersua muka.Semakin rindu pula dia dengan menantu kesayangannya itu.Selain itu,dia sudah menjemput saudara-mara agar Dahlia dapat mengenali mereka dengan lebih rapat.

Biar Saya Jadi Hero Awak.Where stories live. Discover now