Bab 34

15.6K 458 28
                                    

Dahlia menyusun fail di almari sebelahnya.Satu per satu, fail diletakkan di almari tersebut.Seperti biasa, fail penting harus lah diperiksa oleh Irham Zahril sebelum diletak di almari itu.Penat yang dirasakan sejak beberapa hari yang lalu belum lagi hilang.Sejak kebelakangan ini,Dahlia dan Irham Zahril sibuk mengemas rumah baru mereka.Pelbagai pekara yang harus diselesaikan,maklumlah,rumah itu sangat besar,sudah tentu,banyak yang harus dikemaskan!

Dahlia juga, kekurangan masa untuk tidur disebabkan mengemas rumah sehingga lewat malam.Tetapi itu semua berbaloi bagi dirinya.Setelah bekerja keras mengemas rumah mereka, akhirnya, ia kelihatan lebih cantik dan kemas! Selesa sungguh apabila memasuki rumah itu.Semuanya, hasil titik peluh Dahlia dan juga Irham Zahril!

Dahlia menghembus nafasnya,sedikit keluhan dilepaskan.Sejak tadi,fikirannya melayang entah ke mana tatkala melihat Aleesya dan Mastura di pejabatnya.Teringat akan gosip yang mereka ungkapkan tempoh hari.Gosip yang membuat hatinya sakit,terkilan dan juga hairan.Kenapa dirinya disamakan dengan Erliza dan juga Wawa? Kenapa begitu sempit pemikiran mereka?Dia tidak pernah memandang tinggi kepada harta yang Irham Zahril memiliki.Sejujurnya,tidak pernah terlintas di fikirannya bahawa dia akan berkahwin dengan seorang lelaki yang agak kaya seperti Irham Zahril.

Dia tidak pernah mencintai seseorang itu kerana harta mahupun kerana rupa.Cukuplah,dengan sifat yang mulia,baik hati dan juga kuat agama.Rupa hanya lah bonus bagi dirinya.Semua itu,ada pada diri Irham Zahril,tetapi kenapa Dahlia masih belum dapat menerima cinta lelaki itu? Kenapa dia masih ragu dan susah untuk menerima Irham Zahril? Dia juga kurang pasti dengan dirinya,dia masih mencari jawapan pada soalan itu.

"Amboi,jauh termenung!" Lamunan Dahlia terhenti tatkala suara Sarah kedengaran.Pelahan dia menoleh ke arah Sarah yang sedang tersenyum lebar memandangnya.

"Hesy,Sarah..mana ada termenung..aku tengah buat kerja ni lah.."Balas Dahlia seraya menyambung kerjanya.Sengaja dia menipu Sarah,takut jika dia tahu apa yang dia fikirkan tadi.

"Hmm,yelah tu..Dari tadi,aku tengok kau,asyik termenung aje! Kau ada masalah ke? kau gaduh dengan ehem,suami kau ke?"Soal Sarah dengan wajah terpinga-pinga.

"Ish,ke situ pula kau,aku dan Irham okay.Kau jangan risau ya?"

"Hmm,baguslah kalau macam tu.Takut juga,kalau korang berdua gaduh.."

Dahlia hanya tersenyum mendengar kata-kata kawannya itu.Risau teramat melihat kawannya itu.Tidak sia-sia dia mendapat kawan seperti Sarah.Sungguh baik dan mengambil berat tentang dirinya ini.Otak berfikir sejenak.Patutkah,dia bertanya tentang Erliza?Sesungguhnya,Dahlia ingin tahu siapakah Erliza dalam diri Irham Zahril.

"Erm,Sarah..aku nak tanya kau satu benda boleh?"

"Hmm,apa dia?"Balas Sarah.lalu mendekati Dahla yang kelihatan gelisah.

Dahlia menelan liur.Dahinya berkerut tanda gementar,entah kenapa dia begitu gelisah dia juga kurang pasti.Tetapi,yang pasti,dia berharap sangat agar Sarah dapat menjawab soalannya.

"Erm..kau dah lama kerja sini kan?"

Sarah mengangguk kepalanya.Wajahnya kelihatan serius menunggu apa yang ingin ditanyakan oleh Dahlia.

"Kalau macam gitu,kau mesti kenal perempuan bernama Erliza kan? Erm,siapa Erliza sebenarnya?" 

"Ooo! Perempuan tak guna tu?" 

Terkebil-kebil Dahlia sesaat mendengar balasan Sarah.Apa maksud Sarah sebenarnya?

"Perempuan tak guna? Maksud kau?" Soal Dahlia dengan nada yang serius.Apa yang sebenarnya sudah berlaku antara Irham Zahril dan Erliza?

"Perempuan tu,dah hancurkan hati Encik Irham! Hesy,kesian Encik Irham tu..kau tau tak,Encik Irham tu,setia sangat dengan Cik Erliza..tapi,perempuan tu,mainkan perasaan Encik Irham!"

Biar Saya Jadi Hero Awak.Место, где живут истории. Откройте их для себя