Bab 4

21.7K 641 7
                                    

"Sayaaannggg!" 

Panggil Wawa dengan nada yang lembut.Irham Zahril yang sejak tadi meneliti komputer ribanya terkejut dengan panggilan itu.Panggilan yang membuat dia tidak tentu arah,panggilan yang membuat dia marah,geram,dan segala perkataan yang seerti dengannya.Ahh,kenapa wanita itu berada di pejabatnya? 

Wawa mendekati Irham Zahril yang berada di tempat duduknya lalu memicit-micit badan Irham Zahril dengan selamba.Irham Zahril cuba mengelak dari urutan Wawa.Hesy,sungguh geli dibuatnya! Selamba sahaja pegang-pegang badan orang! 

"Eh,you  buat apa kat sini?!" ujar Irham Zahril sambil menolak tangan Wawa yang berada di lengan Irham Zahril yang sasa itu.Tidak wajar lah jika Wawa tergoda dengan badan Irham Zahril yang berketul-ketul itu,maklumlah dia sentiasa menjaga badannya supaya lebih cergas dan sihat selalu dan sentiasa mengamalkan gaya hidup yang sihat.

"Jumpa tunang la,takkan tak boleh kot?"kata Wawa sambil mengambil tempat duduk di atas meja Irham Zahril.Siapa yang tidak kenal Wawa,Wawa yang dikenali sebagai wanita yang paling tera dalam bab mengoda kaum Adam.Tetapi itu semua gagal di mata Irham Zahril.Irham Zahril tidak pernah tergoda dengan pakaiannya yang seksi,aurat yang tidak pernah tutup,dan perangainya yang suka berfoya-foya.

"Tapi tak bermakna you boleh terjah je office i! You tak tau malu ke?!" Tegas Irham Zahril.Begini lah keadaan mereka setiap kali bertemu.Setiap kali bertemu,setiap kali itu lah mereka akan bertengkar.

"I  malu..atau you  yang malu? Malu sebab i  jadi tunang you kan?!" soal Wawa.

"Yes!yes! memang,i malu sebab jadi tunang you,jujur i katakan i menyesal tunang dengan you,tapi kalau bukan permintaan mama kesayangan you tu..i takkan jadi tunang you la! Jangan harap i akan kahwin dengan you la wawa! I tak ingin pun!!" luah Irham Zahril dengan nada yang tinggi.

Jujur dia sangat menyesal menjadi tunangan Wawa,dia tidak sanggup berkahwin dengan Wawa.Tetapi hatinya berat untuk membatalkan pertunangan nya dengan Wawa disebabkan permintaan ibunya.Teringat akan kejadian beberapa bulan yang lalu,ibu Wawa mengalami kemalangan jalan raya dan pada masa itu,keadaan ibunya sangat kritikal,dia mempunyai lima puluh peratus untuk hidup,mungkin kerana cedera di kepala yang sangat parah.Lalu,pada masa itu lah,Irham Zahril tidak dapat menolak permintaan ibu Wawa yang terlantar di hospital.

"Irham...aunty harap sangat Irham dapat tunaikan permintaan aunty ini..aunty nak Wawa bahagia..itu je...tolong lah Irham...." kata-kata terakhir dari mulut Aunty Zubaidah sebelum dia menutup mata buat kali yang terakhir.Namun,kata-kata itu lah yang selalu bermain di fikiran Irham Zahril setiap kali dia mempunyai hasrat untuk batalkan pertunangan dan perkahwinan mereka berdua.

"Sayang....sayang..im sorry okay..i didn't mean to be harsh towards you...i terlalu stress...you know me right? come,lets have dinner tonight?" Lamunan Irham Zahril tatkala mendengar suara memujuk Wawa di tepi telinganya.Luat dia mendengarnya! Wawa memandang wajah Irham Zahril,takut rasanya jika dia betul-betul membatalkan pertunangan mereka berdua,dia tidak sanggup kehilangan Irham Zahril! meskipun dia tahu Irham Zahril tidak pernah mencintainya walau secebis pun!

"Sorry,im busy,maybe next time.Please,keluar sekarang sebelum i naik angin." arah Irham Zahril lalu menjauhi badannya dari tubuh Wawa.Geram dengan kelakuan Wawa,setiap kali bertemu,setiap kali itu lah tangan Wawa tidak pernah lepas dari memegang badan Irham Zahril.Ish,tak takut dosa ke Wawa!?

 Dengan perasaan amarah,Wawa melangkah keluar dari pejabat Irham Zahril,Sakit hatinya tatkala dilayan sebegitu dengan tunangnya sendiri,hendak melawan tidak boleh kerana dia takut impiannya untuk berkahwin dengan Irham Zahril akan berkecai.Terpaksa lah dia bersabar dengan perangai tunangnya.

Biar Saya Jadi Hero Awak.Where stories live. Discover now