Bab 42

16.3K 441 24
                                    

Suasana di dalam perut kereta itu sungguh sunyi sepi.Sejak tadi,Irham Zahril dan Dahlia tidak bersuara.Hanya lagu yang diputar oleh dj radio kedengaran.Hampir lima belas minit mereka membisu.Suasana yang hening membuat Dahlia tidak keruan tatkala bersama lelaki itu.

Kalau diikutkan hati,sudah lama dia menolak arahan Irham Zahril untuk memakan tengahari bersama.Namun,perasaan ingin tahu memakan hatinya sejak tadi.Sejujurnya,di dalam sudut hatinya dia ingin sekali tahu apa sebenar terjadi.Apa sebenar motif Erliza di dalam bilik Irham Zahril dan kenapa?

Soalan yang mengelirukan hati dan fikirannya sejak kejadian itu.Mungkin,benar apa yang disarankan oleh Yanti.Dia harus siasat dan mengambil tahu hal yang sebenar.Tambahan pula,dia tidak boleh menghukum Irham Zahril jika dia tidak tahu perkara yang sebenar.Ahh,otak bagaikan ingin pecah saja memikirkan hal ini!

"Dahlia,saya minta maaf pasal semalam.."

Irham Zahril memecah kesunyian yang berlaku di antara mereka.Dahlia yang sedang liat melihat padangan kosong di luar tingkap,kini menunduk kepalanya sedikit.

"Sebenarnya,semalam memang saya overtime.Saya betul-betul ada banyak kerja yang perlu diselesaikan...Saya tak sempat nak mesej awak sebab handphone battery saya weak sangat.."Jelas Irham Zahril dengan penuh teliti.

"Awak ada meeting dengan Erliza ke?" Soal Dahlia dengan nada sinis.

"No,of course not.Saya tak tau macam mana Erliza ada kat situ.Dia tiba-tiba datang,and dia cuba cari kesempatan kat saya!"

"I don't think we can continue this marriage.."

"What?!"

Hampir terbeliak mata Irham Zahril sesaat mendengar luahan hati Dahlia.Dengan segera dia menekan brek kecemasan.Serta-merta kereta diberhentikan di bahu jalan raya kerana terlalu terkejut dengan apa yang dikatakan oleh isterinya.Apa maksud Dahlia?!

Terkejut Dahlia apabila melihat reaksi suaminya itu.Entah kenapa dia sanggup meluahkan kata-kata sebegitu dia juga kurang pasti.Mungkin kerana perasaan sakit di dalam hatinya membuat dia di luar kawalan.

"Dahlia,awak tak percayakan saya ke? Apa yang awak nampak semalam semuanya salah! Erliza cuba goda saya and i hate it!"Ujar Irham Zahril dengan nada yang penuh yakin.

Sesungguhnya,dia tidak sangka pekara ini akan membuat Dahlia berubah fikirian terhadap perkahwinan mereka.Ahh,dia tidak mahu kehilangan Dahlia! Dia tidak sanggup!!

"Sejak kita kahwin,macam-macam benda yang berlaku kat kita....Saya tak rasa,saya layak untuk awak..Perkahwinan ni,sepatutnya milik Wawa ataupun Erliza...Saya..."Berketar-ketar nada Dahlia.Awan mendung bergayutan di pelipis matanya sejak tadi.

"Stop it Dahlia!"Tegas Irham Zahril seraya mengusap rambutnya berkali-kali.Dia tidak sanggup mendengar semua ini!

"Just stop it! Enough Dahlia,enough! Perkahwinan ni,belongs to us! Not Wawa or Erliza! Awak adalah jodoh saya.Kita ditakdirkan bersama,walaupun cara kita secara paksa saya percaya awak tu ditakdirkan untuk saya.You're mine,Dahlia!"

Irham Zahril cuba sedaya upaya menyakinkan kepada Dahlia.Dia tidak mahu Dahlia salah faham terhadap perkahwinan ini.

"Tapi Erliza cinta kan awak!"

Tangisan mula mengalir setitik demi setitik.Hatinya bagaikan ingin pecah seribu tatkala dia terpaksa meluahkan isi hatinya.Dia sedar,Erliza amat mencintai suaminya dan akan berbuat apa saja demi kepentingan dirinya bergitu juga dengan Wawa.Mungkin,keputusan untuk berkahwin dengan Irham Zahril adalah keputusan yang mengecewakan dirinya.

Irham Zahril terpinga-pinga.Lalu menelan liur.Fikiran mula melayang-layang dengan pelbagai soalan.Dahlia tahu tentang hubungan dia dan Erliza lima tahun yang lepas? Hembusan nafas berat dilepaskan tanda resah.

Biar Saya Jadi Hero Awak.Where stories live. Discover now