Bab 27

16.5K 482 5
                                    

Jam loceng yang terletak di meja berbunyi menandakan waktu Subuh.Sudah menjadi kebiasaan Dahlia untuk mengunci jam agar dia tidak terlewat untuk solat subuh dan bersiap-siap untuk ke pejabat.Dahlia membuka matanya seraya tangan mencapai jam yang sejak tadi berbunyi lalu menekan butang jam itu agar ia berhenti berdering.Sakit juga mendengar jam loceng yang tidak henti-henti meraung.

Dahlia mengusap wajahnya lalu meneliti sekelilingnya,segugus debaran menggoncang dadanya.Bola matanya menoleh ke Irham Zahril yang sedang lena dibuai mimpi di sofa itu.Fikiran mula berbuih dengan pelbagai soalan,setahu dia,semalam dia berada di sofa itu.Tetapi kenapa,dia berada di katil ini?Debaran masih terasa,kerisauannya bertalu-talu melekat di pangkal fikiran Dahlia.Mulut Dahlia terlopong lalu ditutupi dengan kedua tangannya.'Dia angkat aku ke?Haaa?'bisik hati kecil Dahlia lalu mengaru kepalanya yang tidak gatal.Entah bagaimana dia boleh berada di katil ini,dia juga kurang pasti.Tidak mungkin dia 'sleepwalking',walhal selama 24 tahun dia berada di dunia ini,tidak sesekali pun dia 'Sleepwalking'.Ah,tidak mungkin!

Teringat akan perbualan mereka semalam,niatnya hanya untuk memperbetulkan keadaan.Namun,dia tidak berjaya menghancurkan tembok keegoan Irham Zahril yang dibina.Perbicangan yang membawa kepada sesi tuduh menuduh lalu ke sesi sikap Irham Zahril yang sangat menyeramkan dirinya.Sesi yang membuat Dahlia lari ke sofa yang empuk itu.Ah,pekara yang memalukan dirinya! Entah kenapa lelaki itu susah sangat untuk dibawa berbincang.Ada sahaja yang akan dilontarkan kepadanya membuat keadaan semakin keruh.

Dengan perlahan,Dahlia bangkit dari tempat duduknya lalu melangkah menuju ke arah Irham Zahril yang diselimuti dengan comforter.Bola mata Dahlia fokus meneliti raut wajah lelaki itu.Wajah yang sentiasa digemari oleh ramai wanita.Wajah yang sentiasa memberi senyuman sinis,wajah serius dan wajah yang cukup membuat hatinya berdebar tatkala perangai nakalnya meresap ke dalam dirinya.Perlahan bola mata Dahlia meneliti Irham Zahril yang masih lena dalam tidurnya.Nafas dilepaskan,sedikit keluhan terkandung di dalam nafasnya itu.Hati mula tertanya-tanya pelbagai soalan.Dia membiarkan fikirannya melayang jauh tatkala mata masih tertumpu wajah Irham Zahril.

'Kenapa kau nak sangat perkahwinan ni? Kenapa...dalam banyak-banyak wanita,kau pilih aku? Sedangkan,kita ni tak pernah bercinta?...Irham...apa tujuan kau sebenarnya?hah?'Dengus Dahlia.Hati mula meroyan dengan pertanyaan yang tidak masuk akal itu.Dia masih tertanya-tanya dengan tujuan dia berkahwin dengan bossnya itu.Semuanya masih kabus dalam ingatannya.Apa tujuan Irham Zahril untuk mengahwini beliau? Kenapa lelaki itu tidak berkahwin dengan tunangnya itu?Kenapa harus dia yang terkorban di sini?

"Eh,awak buat apa kat sini?"

Tiba-tiba lamunan Dahlia terbang pergi tatkala melihat Irham Zahril tersedar dari lenanya.Mata Dahlia membulat.Dia menelan liur tanda resah.Ah,dia tidak perasan bahawa dirinya begitu dekat dengan wajah Irham Zahril! Di tengah-tengah kekalutan,hatinya bagai ingin menjerit kerana malu teramat dengan dirinya.Dengan segera,dia menjauhi badannya dari Irham Zahril yang masih keliru dengan sikap Dahlia.

"Err..err..erm..saya..saya..tengah cari..handphone saya,tak jumpa-jumpa dari tadi.."Dahlia memberi alasan agar Irham Zahril tidak fikir yang bukan-bukan.

Irham Zahril memandang Dahlia dengan penuh tanda tanya lalu mata mengerling ke meja di sebelahnya.Terletak sebuah telefon bimbit kepunyaan Dahlia.Kening Irham Zahril berjongket seraya mengutum senyuman sinis,'takkan lah handphone kat meja,dia tak nampak?'bisik hati kecil Irham Zahril.Pelik dengan sikap Dahlia itu.

"Bukannya,handphone awak kat meja tu?"

Dahlia semakin resah, habis terbongkar rahsianya!"Handphone awak hilang ke..awak yang nak ambil kesempatan kat saya?"sambung Irham Zahril dengan senyuman sinis.

Dahlia mengangkat mukanya tatkala mendengar kata-kata lelaki itu.Mata Dahlia membulat.Bibir mengetap tanda geram.

"Ew,saya nak ambil kesempatan dekat awak? Ish, tolong lah.."

Biar Saya Jadi Hero Awak.Donde viven las historias. Descúbrelo ahora