Bab 8

22.8K 619 8
                                    

"Betul semua dah ada? ubat dah simpan?" Soal Yanti kepada Dahlia.Dahlia yang sejak tadi bersiap-siap untuk pulang ke rumah memeriksa sekali lagi barang-barangnya agar tidak ketinggalan di hospital itu.

Setelah semalaman dia di hospital,akhirnya dia dapat pulang ke rumah.Dia tidak sanggup memakan makanan yang telah disediakan oleh jururawat di hospital itu,membuatkan di ahilang selera untuk makan! Sayur yang terlalu banyak membuat tekaknya loya apabila melihat pinggannya yang dipenuhi dengan kehijau-hijauan.Ahh,tidak sedap! Dia juga tidak selesa dengan katil hospital itu,meskipun ia empuk,tetapi dia sudah terbiasa dengan katil rumahnya,lebih empuk dari katil-katil lain.Dan yang paling penting sekali,dia sudah sembuh,dan tenaganya semakin kuat dan aktif berbanding semalam.Mujurlah rawaatan doktor dan jururawat sangat efektif untuk dirinya,Alhamdulilah.

Setelah beredar dari hospital itu,mereka menuju ke tempat parkir di luar hospital itu,seperti biasa,Yanti akan memandu keretanya.Dahlia sangat bersyukur kerana kawannya sanggup bermalam di hospital walaupun dia terpaksa tidur di atas sofa.Rasa bersalah dengan kawannya itu,sudah beberapa kali Dahlia memesan Yanti supaya pulang berehat,tetapi dia tetap berdegil,dia ingin menjaga Dahlia.Untung Dahlia!

Lamunan Dahlia terhenti tatkala melihat seorang pemuda berjalan menuju ke arah kereta mereka.Entah kenapa pemuda itu datang ke sini,dia juga kurang pasti.Dahlia menghela nafasnya lalu memandang wajah Yanti yang kelihatan bingung.Semakin dekat langkah pemuda itu,semakin berdebar hatinya.

"Err,Lia,aku tunggu kat kereta ya?" tanya Yanti sesaat melihat pemuda itu.

"Dah discharged? Patut lah saya tengok bilik tadi kosong je.." pemuda itu bersuara lalu membuka kaca hitamnya.

"Encik Irham,dah.Semalam doktor Halim cakap,saya dah boleh balik..Alhamdulilah dah baik ni.." jelas Dahlia lalu tersenyum nipis.

"Okay good,cause besok awak dah kena start balik kerja.So,rehat secukupnya hari ni sebab saya tak nak awak pengsan lagi.Faham?" Tegas Irham Zahril lalu memandang tepat ke mata Dahlia yang sungguh anggun dengan tudungnya yang berwarna merah jambu,sangat sesuai dengan kulit gebunya itu.Dahlia hanya terdiam,dia faham dengan segala apa yang dikatakan oleh Irham Zahril.'hesy,dia cari aku kat hospital ni nak cakap tu je?hesy..memang kaki kerja lah dia ni!' bisik hati kecil Dahlia.

"Faham tak?" sambung Irham Zahril,dia masih menunggu jawapan Dahlia yang sejak tadi melamun.Dengan segera Dahlia mengangguk kepalanya tanda faham.

"Ermm,Encik Irham..terima kasih sebab bayarkan rawatan saya kat hospital ni..Encik Irham tak perlu buat semua ni,sebab saya boleh bayar sendiri..Saya tak nak susahkan Encik Irham.." 

Teringat akan kejadian tadi sewaktu dia hendak membayar kos perubatan di hospital,dia terkejut kerana jururawat telah memberitahu bahawa Irham Zahril telah membayar segala kos rawatannya di hospital itu.Dahlia sungguh malu dengan dirinya,dia tidak mahu menyusahkan sesiapa pun,dia jatuh sakit bukan kerana sesiapa,dia jatuh sakit kerana dirinya,dan dia dimasukkan  ke hospital kerana dirinya juga,jadi dia harus bertanggungjawab dengan segala kos perubatannya sendiri.

"Bagus lah kalau awak mampu..sebab awak kena bayar balik semua kos perubatan tu..." Dahlia tercengang,segumit rasa geram datang menyelimuti perasaannya sesaat mendengar apa yang dikatakn oleh Irham Zahril.Bayar balik?! ishh,tak ikhlas langsung!

 Apa yang dikatakan oleh Irham Zahril membuat dia merasakan bahawa Irham Zahril sedang memandang rendah pada dirinya.Ishh,tau lah dia orang kaya tetapi jangan lah memandang Dahlia serendah itu! Geram Dahlia dibuatnya namun seperti biasa dia tetap bersikap tenang,malas dia hendak bergaduh atau memarahi Irham Zahril kerana dia tahu jika dia berbuat demikian,dia akan dipotong gaji,atau lebih teruk lagi,dia akan dibuang kerja!

Biar Saya Jadi Hero Awak.Where stories live. Discover now