Bab 38

15K 440 21
                                    

Dahlia melangkah keluar dari perut kereta honda itu tatkala mereka sampai di pekarangan rumah.Perasan pelik kian wujud di dalam dirinya.Bukan kah mereka,sepatutnya ada candlelight dinner? Tapi,kenapa kita dekat sini? Dahlia tertanya-tanya,dia juga masih keliru sejak mereka berada di klinik tadi.Confused!

Irham Zahril meneliti Dahlia yang kelihatan bingung itu.Entah apa yang difikirkan oleh wanita itu,dia juga kurang pasti.Yang pasti,mereka akhirnya selamat sampai ke rumah mereka.Teringat akan malam sebelum mereka berangkat ke Cameron Highlands.Dia terpaksa,merahsiakan rancagannya untuk ke Cameron Highlands.Pada waktu itu,pelbagai perasaan bermain di dalam hatinya.Gembira? Seronok? Suka? Semua ada di dalam hatinya.Tetapi…

Tetapi,alangkah sedihnya,cuti mereka ataupun dalam kata erti yang lain,bulan madu mereka menjadi suatu mimpi ngeri buat kedua pasangan itu.Tidak dia duga,kejadian ini akan terjadi kepada mereka.Sungguh,dia berasa kesal,jika pekara ini tidak terjadi,sudah tentu,mereka akan menjalin hubungan yang lebih mesra.Namun,apakan daya,dugaan terus melimpah di alam rumah tangga mereka.

"Awak,bukan ke,tadi awak cakap kita ada candlelight dinner?"Fikiran Irham Zahril kini melayang pergi tatkala soalan Dahlia kedengaran.

Irham Zahril menjongket keningnya yang rapi itu.Lalu memandang wanita yang sejak tadi tercegat di pintu rumah mereka.Aik? Dia masih ingat pasal candlelight dinner ke? Bisik hati kecil Irham Zahril.Entah dari mana datang idea Candlelight dinner,dia juga kurang pasti.Ah,pelik juga bunyi dia,ahh,tak apa lah..yang penting,aku dapat elakkan Aiman tu dari terus bermesra dengan Dahlia,hmm…dengus Irham Zahril lalu menguntum senyuman sinis.

"Bila masa?"Balas Irham Zahril dengan selamba.

Dahlia mencebik.Erk! Dia boleh tanya aku,bila masa? Hesy,geramnya! “Yang dekat klinik awak cakap kita ada candlelight dinner tu apa?” Soal Dahlia seraya mengecilkan matanya.

"Takda masa lah,saya nak candlelight dinner ni semua…"

"Tapi.."

"Dah lah,lebih baik awak masuk rumah sekarang,sebelum…"

Irham Zahril berfikir sejenak sebelum menyambung ayatnya yang terhenti buat seketika.Dahlia pula,sedang menanti apa yang akan dikatakan oleh lelaki itu.Apa yang difikirkan oleh Irham,dia juga kurang pasti.

"Sebelum…saya angkat masuk dalam rumah ni…haa,awak nak?"Sambung Irham Zahril dengan bersahaja.Lalu,memberi reaksi nakal kepada Dahlia.

"Eleh,macam lah berani nak angkat aku.."Bebel Dahlia tatkala ugutan Irham Zahril tidak langsung,membuat dirinya berasa takut.

"Apa awak cakap? Awak cakap,saya ni tak berani?" Dahlia terperanjat kecil tatkala mendengar kata-kata Irham Zahril.

Gulp! Alamak,dia dengar ke apa yang aku cakap tadi? Ahh,memang sah,telinga tikus lah suami aku ni! Hesy,Dahlia kau pun satu,cakap terlebih kuat! Tidak dia sangka,lelaki itu mendengar bebelan dirinya tadi.Aduhh..

"Err…err..errr..bukan macam tu,maksud saya…err..erm,tak apa lah,saya masuk dalam dulu ya?" Dengan segera,Dahlia memasuki ke dalam rumah mereka,menghiraukan Irham Zahril keseorangan di luar.

Irham Zahril hampir tertawa melihat gelagat Dahlia yang comel itu.Sengaja,Irham mengusik Dahlia yang kelam-kabut tadi,hesy..Dahlia,Dahlia..Perangai kau tak pernah berubah sejak kita kahwin dulu kan..dengus Irham Zahril seraya mengeleng kepalanya.Sedikit senyuman terukir di bibirnya ketika memikirkan tentang wanita itu.Hesy,comel sungguh!

Irham Zahril membuka matanya buat kali ketiga.Lalu memandang kosong ke siling biliknya yang berwarna putih itu.Jam menunjukkan pukul dua belas pagi.Sejak tadi,dia tidak dapat melelapkan matanya.Entah kenapa,dia juga kurang pasti.Walhal,secara fizikalnya,dia berasa sangat letih!Tetapi,kenapa,malam ini,susah untuk dia tidur?Hesy,tutuplah wahai mataku!

Biar Saya Jadi Hero Awak.Where stories live. Discover now