Bab 30

15.2K 435 9
                                    

Air teh asli dan biskut diletak di atas meja makan untuk jamuan minuman petang.Setelah itu, Dahlia mengambil tempat duduk di sebelah Irham Zahril yang sedang liat menonton rancangan television itu.Puan Marinah dan Dato’ Zainal turut sama berada di situ.Maklumlah, hari minggu, semuanya ada untuk meluangkan masa bersama.

Dahlia yang berada di sisi Irham Zahril berasa kekok tatkala tangan lelaki itu tidak henti-henti meletaknya di bahu Dahlia.Ah,ini yang paling Dahlia tidak suka! Dia harus lakon manja dan bahagia di depan ibu bapa mertuanya.’Irham Zahril pun satu, cari chance aje!’ Dengus Dahlia sambil mengecilkan matanya.

"Am dan Dahlia tak teringin ke nak pindah?" Ujar Dato’ Zainal seraya meminum teh asli itu.

Soalan Dato’ Zainal membuat Dahlia dan Irham Zahril memandang satu sama lain.Dahlia meneliti Irham Zahril seraya mencari jawapan atas soalan Dato’ Zainal.

"Kenapa pa? Erm, papa tak suka ke kita berdua tinggal sini?"

"Bukannya macam tu maksud papa.Am tak teringin ke nak berdikari? Yelah,bila Am dan Dahlia pindah..kamu berdua boleh bina sebuah keluarga," Balas Dato’ Zainal, cuba untuk menyakinkan anaknya itu.Maklumlah, jika mereka pindah, mereka boleh hidup seperti suami isteri yang berdikari.Dapat juga Dato’ Zainal dan Puan Marinah menerima cucu secepat mungkin.

"Am dan Dahlia tak terfikir pun nak pindah Pa,"Ujar Irham Zahril lalu menoleh Dahlia di sisi yang kelihatan agak keliru.

"Macam gini lah Am,papa dan mama bukannya nak halau kamu berdua,tapi kita rasa,ini semua untuk kebaikkan kamu berdua."

"Betul tu Am,mama pun rasa,bila kamu berdua tinggal bersama,baru lah dapat rasa hidup sebagai suami isteri.Lagipun,kamu ada privacy sikit.Betul tak?"Puan Marinah menyarankan mereka agar berpindah dari rumah mereka.

Bukan niat mereka untuk menghalau.Namun,mereka rasa ini adalah kebaikkan Irham Zahril dan juga Dahlia.Mungkin,Dahlia tidak selesa tinggal bersama mereka dan berpindah adalah pekara yang paling baik untuk mereka berdua.Berpindah rumah juga dapat menghidupkan suasana mereka sebagai sepasang suami isteri dan juga hidup berdikari.

Dahlia semakin berdebar-debar.Hati mula tidak tenang memikirkan tentang hal ini.Sejujurnya,dia rasa rancangan untuk memindah dari rumah ini adalah pekara yang tidak sepatutnya terjadi.Dia tidak mahu tinggal bersama bossnya itu berdua-duaan! Ah,kini,lebih banyak peluang lah untuk Irham Zahril membulinya! ahh,dia tidak mahu,biarlah dia tinggal di sini agar dia tidak perlu memandang wajah Irham Zahril dua puluh empat jam sehari!

"Hmm..nanti Am dan Dahlia fikirkan ya pa?"Balas Irham Zahril acuh tidak acuh.Fikirannya terawang-awang dengan saranan bapanya.Haruskah dia berpindah?Hidup berdua-duaan dengan wanita itu?

"Jangan fikir lama sangat,ini untuk masa depan kamu berdua juga.."Tegas Dato’ Zainal,takut jika mereka berubah fikiran.

"Erm,Dahlia macam mana?Setuju nak pindah?"Soal Puan Marinah kepada Dahlia yang sejak tadi meneliti perbualan mereka.

Dahlia menelan liur tatkala mendengar soalan Puan Marinah.Hampir sahaja dia terkelu untuk berbicara.Mata melirik ke Irham Zahril untuk mencari pertolongan.Namun,lelaki itu,berpura-pura tidak faham dengan renungannya itu,ah,sengaja ke apa Irham ni?! Dengan perasaan berbelah bagi,Dahlia menarik nafas lalu mengumpul jawapan dengan harapan ia dapat menyakinkan Puan Marinah.

"Err..Dahlia tak kisah kalau kita pindah,yelah,macam mama cakap tadi,ini semua untu kebaikkan kita."

"Betul?"Laju sahaja Irham Zahril membalas Dahlia dengan senyuman sinis.Tidak sangka Dahlia akan memberi jawapan itu.Setahu dia,Dahlia tidak akan setuju dengan keputusan ini.

Dahlia mengangguk tanda setuju walaipun dia tahu,Irham Zahril hanya mempermainkan beliau di hadapan Ibu dan bapa mertuanya.Ah,ingin sahaja dia membantah dengan keputusan ini,namun disebabkan misi lakonannya,dia terpaksa setuju dengan semua ini.

Biar Saya Jadi Hero Awak.Where stories live. Discover now