Bab 24

15.1K 476 4
                                    

Dahlia mengemas bilik tidurnya,sejak dia mengambil barang-barangnya dari rumah sewanya,dia belum lagi mengeluarkan isi kandungan yang ada di dalam kotak itu.Satu persatu dia mengeluarkan barang-barangnya lalu meletakkan ke dalam almari yang telah dikongsi oleh Dahlia dan juga Irham Zahril.Mujurlah bajunya tidak terlalu banyak seperti lelaki itu,hesy hampir seluruh almari itu dipenuhi baju-baju yang mahal dan sungguh esklusif! Jika dibandingkan oleh bajunya,sudah tentu jauh beza jenama yang dia beli daripada jenama Irham Zahril yang dia tempah bajunya itu.

Setelah mengemas barang-barangnya ke dalam almari tersebut,mata Dahlia terpacak ke beberapa bungkusan yang terletak di sebelah baju almari mereka,teringat akan hadiah yang diberikan oleh dirinya dan juga Irham Zahril pada hari majlis perkahwinan mereka.Belum sempat lagi dia membuka semua hadiah yang dia dapat sejak hari majlis perkahwinan mereka.

Dengan segera,tangan mencapai salah satu bungkusan itu,cantik teramat hadiah yang dibungkus itu,dengan hiasan yang bercorak bunga-bunga keliling hadiah itu.Dahlia membuka hadiah itu dengan perlahan,satu persatu dia mengoyakkan bungkusan itu agar dia dapat melihat isi hadiah itu.

Hati Dahlia mula berdebar-debar,matanya membulat, tangan mengeletar ketakutan ketika melihat isi kandungan itu.Perasaan takut, gerun menghantui dirinya tatkala melihat sebuah pisau yang berada di dalam kotak itu.Dahlia membaca setiap ayat yang ditulis di kertas yang ada di dalam kotak itu sekali.

'NYAWA KAU AKAN AKU AMBIL.IRHAM ZAHRIL, HAK MILIK AKU!'

Dengan segera dia membelek-belek kertas itu untuk mencari nama pemilik yang memberi hadiah ini kepadanya, lalu perasaan gementar berubah menjadi takut apabila melihat segaris nama yang dia amat kenali.

"Ya Allah…Wawa?!"Ahh, apa makna semua ni? Apa maksud Wawa untuk memberikan pisau ini sebagai ‘hadiah’ perkahwinannya bersama Irham Zahril?Pelbagai tanda tanya yang bergayut di fikiran Dahlia pada waktu itu,ketakutan menjadi keresahan,adakah nyawanya terancam? Dahlia mencari kekuatan, namun dia gagal, perasaannya tetap berada di puncak ketakutan.

"Dahlia…"Kedengaran suara Irham Zahril memanggil namanya dari luar bilik tidur mereka.

Dengan segera, Dahlia mengemas bungkusan itu lalu menyimpannya ke dalam laci yang terletak di bahagian atas baju almari itu agar Irham Zahril tidak mengetahui tentang bungkusan itu.Dahlia tidak sanggup memberitahu lelaki itu tentang apa yang dia alami sebentar tadi.Dia tidak mahu, Irham Zahril memberi andaian buruk terhadap Wawa.

"Awak buat apa tu?"Soal Irham Zahril, mata memandang Dahlia yang sedang menutup baju almari itu.

"Errr….erm…Saya..tengah kemas barang..barang saya tadi.."

Dengan perasaan gugup Dahlia menipu Irham Zahril, ahh jangan sampai lelaki itu tahu tentang bungkusan itu!Mata melirik ke lantai, tidak sanggup melihat wajah Irham Zahril.

Irham Zahril meneliti raut wajah isterinya, seperti ada yang tidak kena dengan wanita itu.Selalunya,Dahlia tidak begitu resah apabila dengan dirinya.Namun, kenapa hari ini dia begitu lain di mata Irham Zahril?

"Awak okay ke? Kenapa macam resah aje saya tengok awak ni.."

Pertanyaan Irham Zahril membuat diri Dahlia semakin resah, patutkah dia memberitahu lelaki itu? Ahh, Ya Allah!

"Errr..okay…mungkin saya terlalu penat kot, kemas barang ni semua.."Dahlia mencari alasan agar Irham Zahril tidak syak apa-apa.

"Kalau penat…boleh tak awak rehat? Jangan sampai diri awak tu sakit…kalau awak sakit siapa nak jaga?"

Dahlia memandang wajah Irhan Zahril, lega, kerana lelaki itu tidak bertanya soalan yang pelik kepada dirinya.Mujurlah, dia sempat mengunci laci itu sebelum Irham Zahril memasuki bilik tidur mereka.

Biar Saya Jadi Hero Awak.Where stories live. Discover now