Bab 18

16.6K 494 4
                                    

Pada pagi itu, Dahlia bangun dengan perasaan bersyukur dan segar tatkala masih dihidupkan di dalam dunia ini lagi.Dia memandang ke arah awan biru bak lautan pasifik lalu mencapai kalendernya yang terletak di meja soleknya.Hari ini,adalah hari yang akan mengubah hidupnya, mungkin bukan semuanya, mungkin ini hanya separuh dari perjalannya untuk menjadi isteri kepada Irham Zahril.Hati semakin berdebar, tidak lama lagi,kedua orang tua Irham Zahril akan datang ke rumah untuk meminang dirinya.Ya, dia belum bersedia,tetapi dia harus lakukan semua ini demi kebaikkan dirinya meskipun hati ini berat teramat.

Ketukan dari pintu biliknya kedengaran membuat dia terhenti dari lamunannya lalu menjejak kaki ke alam realiti.Dengan perlahan dia mengatur langkahnya ke arah pintu biliknya.

“Morning Dahlia!” Suara keceriaan diikuti wajah yang riang menyinari tempat itu membuat Dahlia lega dengan kehadiran wanita itu.

“MAK SU!!” Tanpa berlengah masa, dia memeluk erat wanita itu yang digelar Mak Su iatu kakak kepada arwah ibunya.Dengan perasan gembira, dia membalas pelukannya, sudah lama dia tidak bertemu dengan anak buahnya itu, mujurlah ada sesi meminang, dapat juga dia berjumpa dengan Dahlia.

“Aahhh, rindunya Lia dengan Mak Su! Sampai hati Mak Su tipu Lia eh, cakap tak datang..” Ujar Dahlia sambil memukul manja bahu wanita itu.Teringat akan beberapa hari yang lalu, Dahlia sempat menceritakan tentang ‘alam percintaannya’ bersama Irham Zahril.Dia terpaksa berbohong kepada Mak Su nya, bahawa dia bercinta dengan bossnya, dia tidak mahu wanita yang dia sangat sayang selain dari ibunya, tahu akan cerita sebenar.Sejujurnya, dia ingin merahsiakan cerita ini sejauh dia mampu.

“Mak Su nak surprise kan Lia…lagipun Mak Su pun nak tahu siapa lelaki bertuah tu dapat Lia yang cantik molek ni!” Balas wanita itu, gembira rasanya apabila dapat berita tentang sesi meminang Dahlia, akhirnya, impiannya untuk menyaksikan Dahlia berada di atas pelamin, tercapai juga tidak lama lagi.

“Handsome tak dia?”usik wanita itu sambil tersenyum malu kepada Dahlia.

“Hesy, Mak Su ni…entahlah, Dahlia pun tak tau..Kalau Mak Su nak tahu, nanti tengok lah..” Kata Dahlia,malas dia hendak mengingat Irham Zahril, buat sakit hati sahaja!

Susasana di ruang tamu sangat riuh rendah dengan gelak ketawa oleh tetamu yang datang me rumah Dahlia.Dahlia yang sejak tadi berada di dapur terasa gementar dengan sesi meminang ini. Ahh, entah kenapa dia rasa nervous semacam!

“Puan Suzana…macam mana? Boleh kita pilih tarikh untuk perkahwinan mereka?” Tanya Puan Marinah setelah mendapat persetujuan atas perkahwinan mereka, syukur kerana semuanya berjalan dengan lancar.

“Hesy, tak perlu nak berpuan-puan,panggil je Su ya? Ermm…saya rasa lebih baik kita bincang pekara ni dengan budak-budak tu semua, yelah, takut dorang tak setuju kalau kita pilihkan tarikh untuk perkahwinan mereka..” Ujar Puan Suzana, sejujurnya dia rasa lebih baik dia menyerahkan bab memilih tarikh kepada Dahlia dan Irham Zahril, maklumlah dia takut jika mereka tidak setuju dengan tarikh yang mereka pilih nanti. Puan Marinah dan Dato’ Zainal menggaguk tanda setuju.Semua fikiran di dalam minda Puan Marinah telah pun kosong dengan pelbagai soalan, namun hanya satu sahaja yang menganggu fikrannya.

Sejak tadi, kelibat bapa Dahlia tidak pun dilihat, ke mana dia pergi? Tidak mungkin dia keluar bekerja pada hari minggu begini.Dengan perasaan tertanya-tanya, Puan Marinah menyuruh suaminya untuk bertanya kepada Puan Suzana yang sedang menuangkan air ke cawan yang kosong itu kepada tetamunya.

"Err….Su..dari tadi saya tak nampak pun bapa Dahlia, suami kerja ke?" Soal Dato’ Zainal, ingin juga dia bertemu dengan bapa Dahlia, dapat juga dia merapatkan hubungan mereka sekeluarga. Puan Suzana mengangkat muka, rasa bersalah menerpa di dalam hatinya jika dia tidak memberitahu tentang kedua orang tua Dahlia.Mungkin sebagai bakal mentua Dahlia, mereka berhak mengetahui segalanya.Mungkin juga,Dahlia dapat merasa kasih sayang dari orang tua yang sudah lama dia kehilangan.

Biar Saya Jadi Hero Awak.Where stories live. Discover now