Bab 33

16K 450 24
                                    

Misi untuk Dahlia dan Irham Zahril pada hari ini adalah mengemas rumah baru mereka.Sejak pagi tadi,mereka sudah sibuk mengangkat barang-barang keperluan mereka ke dalam rumah banglo itu.Masing-masing, mempunyai tugas untuk mengemas rumah itu.

Teringat akan kata-kata Irham Zahril tadi.Dahlia akhirnya mempunyai bilik tidur sendiri! Tidak usahlah dia terperap di dalam bilik tidur berdua-duan bersama Irham Zahril.Dan yang paling penting sekali, dia dapat tidur dengan tenang tanpa ada perasaan takut jika lelaki itu membuat perangai nakal!

Lega hatinya tatkala mempunyai bilik tidur sendiri.Tidak perlu dia bertengkar dengan lelaki itu setiap malam dan melayan karenahnya itu.Kini, dia bebas! Bebas dari berdepan dengan lelaki itu setiap malam.Ah, leganya!

Namun,hatinya juga terasa senang tatkala Irham Zahril tidak perlu lagi tidur di sofa yang empuk itu.Walaupun empuk,Dahlia tetap rasakan bahawa sofa itu kurang selesa untuk menjadikan tempat tidur.Sakit juga tulang belakang nanti!

Dahlia juga berasa kagum dengan sifat Irham Zahril yang sanggup berkorban untuk dirinya.Berkorban untuk tidur di sofa sejak mereka berkahwin lagi.Kadang-kala,perasaan serba salah menjelma di dalam dirinya sesaat melihat lelaki itu terpaksa tidur di sofa.Maafkan aku Irham! Sebab aku, kau terpaksa tidur dekat sofa.Tapi, sekarang kau boleh tidur dekat katil kau sepuas hati kau!hehe,

Dahlia mengemas barangnya di dalam bilik tidurnya.Sementara Irham Zahril pula mengemas barang di dalam bilik tidurnya.Fikiran masih terawang-awang sesaat dia melangkah masuk ke dalam rumah ini buat pertama kali.Tidak dapat dinafikan bahawa rumah ini sungguh besar dan cantik!

Hiasan dan corakan di dalam rumah itu membuat bola matanya terbeliak! Jujur dia katakan, Irham Zahril telah memilih rumah yang begitu indah untuk mereka berdua.Sungguh,tidak pernah dia memasuki rumah yang begitu besar dan menawan.Dapur yang mempunyai ruang yang besar membuat dia tersenyum lebar.Dapat lah, dia memasak dengan selesa berbanding dapur rumah sewanya yang sempit itu.Ah, hati mula tertarik dengan rumah ini!

Sekitaran rumah itu juga jauh dari suasana sibuk dan riuh-rendah itu.Dapat lah, dia merehatkan mindanya dari suasana di luar sana.Atmosfera di situ juga sangat tenang.Ah, sungguh bijak Irham Zahril memilih rumah yang sangat tenang ini.Terima kasih Encik Irham!

Dahlia membuka almari baju untuk meletak semua bajunya.Sesaat dia membuka almari itu, matanya terbeliak.Mulutnya terlopong tanda terkejut.Hati berdebar bagaikan ingin tercabut!!

"AAAHHHHHHHH!!!!"

Dahlia menjerit sekuat hatinya tatkala melihat seekor tikus di dalam almarinya.Ah, geli teramat! Dengan segera dia berlari keluar dari biliknya, takut dengan binatang itu!

"Eh, dah kenapa dengan awak ni?"

Irham Zahril mendekati Dahlia yang dalam ketakutan itu.Terkejut mendengar jeritan wanita itu,takut jika apa-apa yang berlaku kepadanya.Dengan selamba,Dahlia memeluk tubuh Irham Zahril tatkala lelaki itu mendekatinya.

Gulp!Sekali lagi,Irham Zahril terkejut dengan tindakannya! Hesy,dah kenapa dengan Dahlia ni?Sampai peluk aku?Aduhai,Dahlia janganlah buat macam ni,jatuh iman aku ni!

"Awak! Ada….ada….ada.."

"Ada apa?!"Balas Irham Zahril dengan tegas.Tersentap Dahlia dibuatnya,tangan masih memeluk Irham Zahril.

"Ada tikus!!! Ada tikus dalam almari saya!! awak,tolong keluarkan tikus tu…please…."Dahlia merayu kepada Irham Zahril.Ah,dia paling geli dengan tikus! Lagi-lagi,tikus yang besar dan gemuk itu! eee!

"Lahh,tikus aje? Saya ingat ada perompak ke apa..hesy!"Ujar Irham Zahril lalu memberi wajah selamba kepada Dahlia.Hesy,Dahlia ni,tikus pun takut ke?

Biar Saya Jadi Hero Awak.Where stories live. Discover now