Bab 15

18.3K 524 4
                                    

Dahlia ke hulur ke hilir tanda resah, sejak tadi fikirannya terbelenggu dengan kejadian di pejabat Irham Zahril siang tadi.Kata-kata lelaki itu masih bermain di dalam mindanya, apa yang harus dia lakukan sekarang? Ahh, kenapa dia harus berada di situasi sebegini?

“Lia…kau masih fikirkan pasal kahwin tu ke?” kedengaran suara Yanti bertanya kepadanya membuat langkah Dahlia terhenti buat seketika.Teringat akan reaksi Yanti ketika dia memberitahu tentang kejadian siang tadi, reaksi yang membawa seribu satu perasaan, terkejut, ya itulah yang dapat memgambarkan keadaan Yanti.

“Err..kau rasa patut ke aku terima dia..”soal Dahlia lalu mengambil tempat duduk di sebelah kawannya itu.

“Aku rasa, betul juga apa yang Irham cakap kat kau….gaji aku tak cukup kalau nak bayar semua bill, rumah sewa ni..silap hari bulan, kita dua juga kena keluar dari rumah ni sebab tak bayar duit sewa rumah..” Jelas Yanti, takut juga jika mereka dihalau keluar dari rumah itu sekiranya mereka tidak dapat membayar sewa rumah.

“Lagipun…takkan kau nak lepaskan peluang untuk bekerja dekat syarikat Dato’ Zainal ni,Lia…peluang datang sekali je seumur hidup..” Sambung Yanti, dia tidak mahu kawannya itu menyesal jika dia berhenti kerja dari Syarikat Dato’ Zainal, maklumlah, syarikat itu sangat berpotensi syarikat yang terkenal di negara ini.

“Jadi..kau setuju kalau aku terima untuk kahwin dengan dia? Gitu?”tanya Dahlia dengan selamba,apa yang dikatakan oleh kawannya semuanya betul namun, dia masib ragu-ragu untuk membuat keputusan.

“Kalau dia dah jodoh kau…kau lari mana-mana pun…kau tolak mentah-mentah pun..dia tetap akan datang kat dalam hidup kau..Jodoh takkan ke mana Lia…”

“Tapi, kalau secara paksaan, jodoh ke nama tu?” Perli Dahlia, sungguh, susah untuk dia menerima kenyataan ini.Kahwin secara paksaan? Ahh, tidak akan bahagia! Buat rosak kepada rumah tangga ada la! Ish!

“Hesy…kau ni…cuba fikir positif.Mungkin cara Tuhan nak jodohkan kau dengan seseorang tu lain daripada lain…jodoh tu kan kuasa Allah, jadi nak tak nak kau kena terima juga jodoh kau tu..”ujar Yanti, dia tidak mahu kawannya itu bersangka buruk dengan takdir Tuhan, kerana apa pun yang terjadi, pasti ada hikmahnya.

“Macam gini lah Lia, lebih baik kau solat, kau minta petunjuk, doa kepada Allah, biar tenang hati kau tu..yelah,Dia lah tempat kita mengadu..banyak bersabar dan berdoa..” Yanti menasihati Dahlia yang sejak tadi mendiamkan diri.Walaupun Yanti tidak sesuci Dahlia, dia tahu sedikit sebanyak tentang agama, dan dia percaya, dengan berdoa kepada Allah,hati kita akan menjadi tenang dan kita akan lebih matang untuk membuat keputusan. Dahlia hanya mengangguk kepalanya tanda setuju, mungkin tiada gunanya jika dia berterusan emosi, lebih baik dia menggunakan masa ini dengan berinteraksi dengan Tuhan yang Maha Esa.Biarlah dia memberi keputusan itu esok di pejabat, dia tidak mahu terburu-buru membuat keputusan pada malam ini.

“Ya Allah…kau berikan lah aku kekuatan untuk menghadapi segala dugaan yang kau beri kepadaku…kau berikan la aku petunjukmu Ya Allah….jika benar Irham Zahril adalah jodohku, kau bukakan lah pintu hatiku untuk menerimanya…kalau dia bukan untuk ku, kau jauhilah aku dari hidupnya….” Tanpa dia sedari, setitik demi setitik airmatanya mengalir dari kelopak matanya.Nadanya semakin lama, semakin lemah, lemah kerana seharian mengeluarkan airmata. “Patut ke aku setuju kahwin dengan dia? Ya Allah…”

……………………

Dahlia memasuki pejabat Irham Zahril dengan perlahan,langkah demi langkah kakinya menjejak di bilik Irham Zahril.Lagi beberapa minit, 24 jam untuk membuat keputusan akan tamat.Dahlia semakin berdebar-debar.Dia sempat beristighfar dan berdoa agar keputusan yang dibuat adalah keputusan yang betul.Dia mencari kekuatan agar dia tidak dipandang lemah di mata Irham Zahril.Dahlia menghenti langkahnya tatkala berada di depan meja Irham Zahril.Lelaki itu kelihatan resah, resah apa yang akan dikatakan dari bibir manis wanita itu.Dia sedar, perbuatannya amat salah, namun demi menjaga wanita itu, dia sanggup menjadi suaminya.

Biar Saya Jadi Hero Awak.Where stories live. Discover now