Bab 2

26.7K 751 2
                                    

"Pa,kenapa Papa carikan PA untuk Am? Kita kan dah setuju hal ni, yang Am akan cari sendiri PA Am.Papa tak percaya dengan Am ke?" Irham Zahril mencari kepastian dari Dato' Zainal yang sedang memerhatikan gerak-geri Irham Zahril yang sejak tadi ke hulur ke hilir seperti orang tidak tentu arah.

"Kalau ia pun,duduk lah dulu..pening papa tengok kamu ni.." Dato' Zainal memberi arahan kepada Irham Zahril.Pening kepalanya melihat kelakuan anaknya yang tidak tentu arah.Irham Zaril melabuhkan pingangnya ke atas sofa yang empuk dan mahal itu.Orang kaya,mestilah perabut nya semua mahal-mahal belaka.

"Bukannya papa tak percaya dengan Am,cuma papa kesiankan Am,dah 5 bulan Am takda PA,buktinya,sekarang prestasi Am,mula merosot.Papa tak nak nanti kita akan mengalami kerugian.Papa tengok Am,terlalu sibuk urusan kan syarikat ni seorang diri.Kalau ada Dahlia,tak susah hidup Am nanti.Lagipun papa rasa Dahlia tu berpotensi orangnya.." Kata Dato' Zainal dengan nada yang memujuk.

Jujur dia rasa kasihan dengan anaknya,setiap kali mempunyai PA baru,tidak sampai setahun,mereka sudah diberhentikan kerja,ada juga yang melarikan diri dari Irham Zahril kerana sikapnya yang tegas terhadap wanita dan sikapny yang begitu prefectionist.Semuanya harus mengikut citarasanya sahaja.

"Pa...but Am dah selesa buat kerja tu semua.Leceh lah PA ni semua,Am serik tau,ada PA pun rasa macam takda PA je.Ada je alasan dorang bila Am bagi dorang kerja.Siap make-up tebal-tebal lah,aduii,Am serik pa.."kata Irham Zahril,riak wajahnya sungguh kesal dengan keputusan Dato'Zainal.Dia sudah serik dengan wanita-wanita yang pernah menjadi PA nya.Semua wanita itu tidak boleh diharapkan langsung.

"Look,Irham Zahril,Am belum cuba,belum tahu.Mana tahu,Dahlia dapat bantu Am,yelah papa tengok Dahlia tu ada kelulusan yang tinggi,jadi papa tak nak sia-siakan kelulusan yang dia ada...Macam gini lah,papa bagi 5 bulan untuk Am cuba PA baru ni,kalau Dahlia bukan PA yang bagus,atau bukan PA yang Am cari selama ini,then terpeluang lah kepada Am untuk berhentikan dia..deal?" ungkap Dato' Zainal dengan harapan anaknya setuju dengan lamarannya.

Mungkin ini adalah cara yang terbaik untuk Irham mengambil Dahlia sebagai PA.Dia tidak sanggup melihat anaknya setiap malam bersengkang mata menguruskan syarikat ini keseorangan diri,kasihan dengan Irham Zahril,bekerja keras untuk syarikat keluarga mereka.

Irham Zahril memandang Dato' Zainal dengan tepat,dia terfikir sejenak,mungkin apa yang dicadangkan oleh Dato' Zainal adalah cadangan yang baik.Mungkin Dahlia dapat menolongnya sedikit,sebanyak dalam syarikat ini.Dia juga tidak perlu tidur lewat dan berulang alik untuk menguruskan syarikat ini.Dato' Zainal ternanti-nanti jawapan Irham Zahril yang sedang terdiam kaku.

"Alright...deal.."

Dato' Zainal tersenyum lebar mendengar keputusan Irham Zahril,sungguh bersyukur kerana Irham dapat menerima cadangannya.Irham Zahril masih dengan mukanya yang garang,jarang sekali melihatnya senyum malah ketawa pun jarang sekali dilihat.

...............................

"So..macam mana first day  kerja? okay? Tempat kerja kau best tak? Eh,ada ramai lelaki handsome tak?"

Bertalu-talu soalan yang ditanya oleh Yanti sejak dia pulang dari pejabat petang tadi.Dahlia terasa geli hati melihat gelagat kawannya,tidak sempat Dahlia menyuapkan makanan ke dalam mulut,Yanti tidak henti-henti bertanya bpelbagai soalan kepada Dahlia,maklumlah,tempat kerja yang dia kerja itu,adalah syarikat yang ternama,jadi tidak pelik lah jika Yanti bertanya soalan-soalan itu.

"Hesy,kalau ia pun nak tanya aku soalan semua tu,bagi lah aku makan dulu.Kau ni pun,tak sabar-sabar! Ni lah orang yang dah baik sakit,mulut tak henti-henti bercakap.." usik Dahlia lalu menyuapkan nasi di dalam mulutnya yang dibeli tadi.

Biar Saya Jadi Hero Awak.Where stories live. Discover now