Bab 26

16.8K 439 7
                                    

Fairuz meneliti kawannya yang sejak tadi hati dan fikirannya terawang-awang entah ke mana.Niatnya datang ke pejabat Irham Zahril adalah untuk mengajak makan tengahari,namun Irham Zahril terpaksa menolak kerana ada mesyuarat penting yang harus dihadiri nanti.Mujurlah,mereka mempunyai masa untuk berborak setelah sekian lama tidak berjumpa.

"Bro,kau okay ke?" Fairuz memulakan perbualan setelah beberapa minit menyepi.

"Entah lah.."

"Apa maksud kau? Kau dengan Dahlia gaduh ke?" Balas Fairuz dengan laju.Takut jika mereka berdua bertengkar antara satu sama lain.

"Bukan gaduh..tapi,Dahlia masih belum dapat terima aku sebagai suami dia lagi…"keluh Irham Zahril sambil memandang gambar perkawhinan mereka yang disusun rapi di meja kerjanya.

"Kau dah mula sayang kat dia?"

"Eh,apa kena mengena dengan perasaan sayang dengan Dahlia belum terima aku sebagai suami dia?" Soal Irham Zahril seraya memandang kawannya yang bersahaja.

"Yelah,kalau kau dah mula sayang kat dia,kau mesti ada rasa risau,takut,gelisah bila Dahlia belum dapat terima kau sebagai suami dia..Yelah,kau takut kalau dia yang tinggalkan kau..betul tak?"Ujar Fairuz sambil memandang wajah kalut kawannya itu.

Irham Zahril menghembus nafasnya, betul kah apa yang dikatakan oleh Fairuz? Selama ini, perasaan sayang sudah memang wujud di dalam dirinya terhadap Dahlia? Atau ini semua hanya permainan perasaan?

"Am, aku rasa lebih baik kau terus terang lah kat Dahlia tu..mungkin lepas kau bilang dia,Dahlia dapat terima kau.."Sambung Fairuz, dia yakin dengan cara ini, Dahlia dapat menerima Irham Zahril sebagai suaminya.

Bibir Irham Zahril diketap rapat.Hati bergetar memikirkan tentang ayat yang terkeluar dari Fairuz.Haruskah dia berterus terang kepada Dahlia tentang semua ini? Dia resah.Resah jika Dahlia tidak dapat menerima penjelasannya.Dia akui, rasa sayang mula mekar di dalam hatinya tatkala memandang wajah ayu wanita itu.Namun, sanggup kah dia kehilangan Dahlia setelah berminggu mereka bersama? Ahh, sungguh dia tidak sanggup! Walau ombak atau ribut taufan melanda, dia tidak akan melepasakan Dahlia dari gengamannya.

Walaupun, mereka tidak pernah bermesra, Irham Zahril tetap sabar menanti saat Dahlia berlembut dan menerima kenyataan ini.Biar lah, dia mengorbankan dirinya untuk tidur di sofa setiap malam agar Dahlia berasa selesa tidur di katil yang empuk itu.Mahupun,sifat Dahlia yang comel mengugat keimanannya, Irham Zahril tetap kuat untuk mengatasi semua itu demi Dahlia.

"Aku tak pasti Fairuz..tapi yang pasti aku nak sangat jaga dia, aku nak sangat lindungi dia walaupun dia tak tahu niat sebenar aku ni," Irham Zahril bangkit dari kerusinya lalu berjalan menuju ke arah tingkap.

"Aku kenal sangat si Wawa tu,dia sangat berbahaya kau tau tak?Dia boleh buat apa saja untuk mendapat apa dia nak.."Sambung Irham Zahril seraya memandang padangan di luar tingkap itu yang sama sekali tidak menarik perhatian dirinya.

Ugutan dan kata-kata kesat Wawa tempoh hari masih terngiang-ngiang di telinganya.Dia cuba membuang segala ugutan wanita itu, namun dia gagal.Keresahan membuak-buak di dalam dirinya tatkala seruan ugutan diberi kepadanya

"So? Then just do it!"

Balasan Fairuz membuat Irham Zahril terpinga-pinga.Aneh sungguh dengan kawannya itu.Apa maksud Fairuz?Keliru dibuatnya.Dia menoleh kembali ke wajah Fairuz mencari japawan atas balasan sahabatnya.

"Huh? Aku..aku tak faham apa maksud kau.."

"Hesy, kau ni..belajar tinggi-tinggi, jadi CEO pula tu, tapi pekara kecil macam ni kau susah sangat nak faham.Ish!" Fairuz mengusap mukanya tanda geram dengan Irham Zahril yang tidak faham apa yang dia cuba sampaikan.

Biar Saya Jadi Hero Awak.Where stories live. Discover now