Bab 39

16.2K 491 23
                                    

Dahlia memandang wajah Irham Zahril tatkala Puan Marinah mengambil tempat duduk di sofa mereka.Irham Zahril meneliti ibunya yang agak gembira melihat mereka berdua.Entah apa mimpi Puan Marinah untuk datang ke sini,dia juga kurang pasti.Matanya pula,melirik ke arah beg bagasi yang dibawa oleh ibunya tadi.Aik? Nak pergi mana pula mak aku ni? Bisik hati kecil Irham Zahril.

Terkejut kecil,Dahlia apabila melihat Puan Marinah berdiri di pintu rumah mereka.Setelah sekian lama tidak berjumpa,akhirnya dia dapat melepaskan rindu kepada ibu mertuanya itu.Ahh,seronoknya! Tetapi…tetapi yang tak seronoknya,adalah dia dan Irham Zahril harus berlakon sekali lagi agar Puan Marinah tidak syak apa-apa.Aduhh,ni yang susah ni!

"Ermm..mama,buat apa datang sini?" Soalan Irham Zahril memecah tombok kesunyian yang berlaku di antara mereka.

Puan Marinah menguntum senyuman.Dia sedar,pekara ini akan mengejutkan kedua pasangan suami isteri itu.Sejak Irham Zahril memberitahu beliau bahawa Dahlia kurang sihat,hatinya menjadi tidak tentu arah.Kepalanya pula sakit memikirkan tentang keadaan mereka.Mujurlah,dia mengambil keputusan untuk menjenguk mereka di sini.

"Mama,datang ni sebab nak tengok isteri kamu yang sakit ni..Mama,sebenarnya risau sangat dengan kamu berdua…" Balas Puan Marinah.

"Alah,mama ni…buat susah-susah aje..Lia okay.Sakit Lia ni pun,tak serious,mama jangan risau ya?" Ujar Dahlia seraya memeluk ibu mertuanya.

"Haa,betul tu ma,Irham boleh jaga Lia ni.."

"Mama,tau lah kamu boleh jaga Lia..mama risau aje,yelah…mana tau,Lia ni dah berbadan dua,kamu mana tau!" Usik Puan Marinah seraya tertawa kecil.

Hampir tersedak Irham Zahril meminum air teh asli itu tatkala mendengar kata-kata Puan Marinah.Dahlia pula,tercengang melihat reaksi suaminya itu.Ahh,berbadan dua? Maksudnya,mengandung? Ah,tidak,tidak ma,tidak!

"Ish,mana ada mama ni…Belum ada rezeki kot.."Ucap Dahlia agar Puan Marinah tidak salah faham.

"Tak apa,kamu berdua ni masih muda…boleh cuba lagi,mana tau,satu hari nanti,Allah akan berikan zuriat kepada kamu berdua.."

"In Shaa Allah,ma.." Balas Dahlia seraya mengukir senyuman kepada Puan Marinah.

"Tapi,jangan lah lama sangat! Takut,mama tak sempat nak jadi nenek pula…"Kini,lebih serius nada Puan Marinah tatkala menasihati mereka berdua.

Terkejut kecil,Dahlia dan Irham Zahril mendengar ucapan Puam Marinah.Pandangan mereka bersilih ganti,Dahlia semakin tidak keruan.Macam mana,mama nak jadi nenek,kalau aku dan Dahlia,tidur bilik berasing? Ahh,nak sentuh pun aku takut,ini pula nak dapat anak? Aduhhh!Bisik hati kecil Irham Zahril lalu mengaru kepalanya yang tidak gatal itu tanda serabut.

"Alah,ma…jangan lah cakap macam tu…Am dan Dahlia akan pastikan,mama dan papa akan dapat rasakan nikmatnya menjadi atok dan nenek! Betul tak sayang?" Ujar Irham Zahril lalu menoleh ke arah Dahlia yang agak terkilan itu.

Dahlia mengecilkan matanya apabila mendengar kata-kata suaminya itu.Hesy,pandai-pandai dia aje kan! Dengus Dahlia lalu menguntum senyuman nipis kepada suami dan ibu mertuanya.Geram juga dengan suaminya itu!

"Ermm,mama…mama bawak beg ni semua,nak pergi mana?" Soal Irham Zahril seraya meneliti beg bagasi itu sekali lagi.

"Nak pergi mana lagi? Mama nak tidur sini lah! Lagipun papa kamu tu,outstation…dapat juga mama tidur sini.."

"Tidur sini?!" Serentak Dahlia dan Irham Zahril menyoal kepada Puan Marinah.Lalu,mereka memandang wajah masing-masing.Sedikit kerisauan terpamer di wajah mereka.Dahlia menelan liur tanda gementar.Hah,tidur sini?Aduhh!

Puan Marinah memandang kedua wajah mereka yang agak terkejut itu.Lalu menjongket keningnya itu tanda hairan.”Hesy,kamu berdua ni kenapa? Mama,tak boleh tidur sini ke?” 

Biar Saya Jadi Hero Awak.Where stories live. Discover now