Bab 7

21K 679 7
                                    

Jam menunjukkan pukul dua pagi dan Dahlia masih bersengkang mata membuat kerja yang diminta oleh Irham Zahril.Sejak dia pulang dari restoran itu,Dahlia dengan segera membuat kerja itu.Dia takut jika dia tidak dapat menyelesaikan tugasannya itu,dia tidak mahu dimarahi oleh Irham Zahril.Kali ini,biar lah dia membuktikan pada boss kecilnya itu bahawa dia boleh membuat semua tugasan itu tanpa merungut.Dia ingin membuat yang terbaik untuk tugasannya itu.

Walaupun beberapa kali Yanti menyuruhnya berehat,Dahlia tetap berkeras hati untuk mendengar kata kawannya itu.Begini lah keadaan Dahlia apabila dicabar oleh seseorang,dia tidak menagambil peduli dengan kesihatannya meskipun kepalanya sejak tadi berdenyut-denyut tanda pening dan setiap kali memandang kerja di atas mejanya,setiap kali itu lah dia akan menguap beberapa kali.Mujurlah ada milo panas yang setia menemaninya ketika dia berasa ngantok.

Dahlia menjejak kakinya ke pejabat Irham Zahril pada pagi itu.Sempat juga dia mencari ketabahan dan kekuatan untuk dia menghadapi Irham Zahril itu setelah apa yang berlaku semalam.Dahlia meletakkan kerja-kerja yang disiap semalaman di atas meja Irham Zahril.Nasib Dahlia baik kerana dia tidak lewat pada pagi itu,malah dia lebih awal dari pekerja-pekerja yang ada di pejabat itu,sungguh gembira hatinya tatkala menjadi pekerja yang lebih awal dari yang lain.Teringat akan kejadian tadi pagi,Yanti sempat mengejutnya dari tidurnya,maklumlah,Dahlia takut jika dia akan terlewat lagi,mujurlah Yanti ada untuk mengejutnya,jika tidak...perang dunia sekali lagi lah nanti!

Lamunan Dahlia terhenti tatkala Irham Zahril memasuki bilik pejbatnya.Dahlia cuba kelihatan tenang,dia menarik nafas lalu menghembusnya dengan perlahan.Seperti biasa,aroma Irham Zahril tidak pernah gagal untuk membuat Dahlia tergoda,ahh harumnya! Fikirannya teringat akan peristiwa kelam kabut yang terjadi beberapa minggu yang lepas.Kejadian yang membuatnya terjatuh di pakuan Irham Zahril,kejadian yang memalukan dirinya sendiri!

"Wow,Impressive..." Irham Zahril memuji Dahlia sambil menepuk kedua tangannya.Dahlia terkejut dengan reaksi Irham Zahril,kurang pasti sama ada pujian itu ikhlas atau sinis.Dahlai hanya tersenyum nipis.

Fikirannya masih takut dengan mutu kerjanya yang akan diberi kepada boss kecilnya,Semalaman dia membuat kerja itu,dia sanggup korbankan waktu tidurnya demi pekerjaaannya.Ini dinamakan pekerja terbaik!

"Tak sangka,awak boleh datang awal dari staff lain..saya ingat,awak akan datang lunch time nanti.." perli Irham Zahril.Dahlia memandang tepat kepada Irham Zahril,pagi-pagi sudah membuat perangai sinis.Ah,kacau mood orang sahaja! 

"Selamat pagi Encik Irham..saya dah letakkan kerja-kerja yang Encik Irham suruh saya buat semalam kat atas meja Encik Irham.." Dahlia memberitahu Irham Zahril menghiraukan kata-kata sinisnya tadi.

"Good..nanti saya check kerja tu semua.."jawab Irham Zahril lalu memandang file yang ada di atas mejanya.

"Baik Encik Irham..anyway,hari ini,Encik Irham tak ada meeting atau appointment at all,cuma nanti kita ada mesyuarat untuk syarikat kita pada pukul 3 petang nanti..Kalau takda apa-apa,saya keluar dulu Encik Irham.."

Dahlia memberitahu jadual Irham Zahril sambil melihat buku nota yang ada digengamannya,sudah menjadi kebiasaannya untuk mencatat segala nota ataupun jadual Irham Zahril di dalam buku nota itu.Irham Zahril hanya mengangguk tanda faham.

"Ohya,my coffee please." Irham Zahril meminta secawan kopi sebelum Dahlia melangkah keluar dari bilik Irham Zahril.

Sebernanya,dia tidak lupa dengan kopi Irham Zahril setiap hari,tetapi,Irham Zahril tidak putus-putus mengingati beliau tentang kopinya itu sehingga membuat Dahlia hafal apa yang akan diluahkan oleh Irham Zahril setiap pagi.Banyak karenah Irham Zahril ni!

Biar Saya Jadi Hero Awak.Where stories live. Discover now