Bab 35

18.2K 497 38
                                    

Perjalanan ke tempat yang ingin Irham membawa Dahlia memakan masa yang agak lama.Perjalanan mereka melarut sehingga waktu pagi.Mujurlah, Irham Zahril tidak berasa penat ataupun mengantok apabila memandu.Jika tidak…hesy bahaya lah nampaknya!

Setelah memandu sepanjang malam, akhirnya, Irham Zahril dan Dahlia sampai ke destinasi mereka.Irham Zahril tersenyum lebar tatkala dia sampai ke tempat yang ingin dia membawa Dahlia.Hati berasa syukur kerana mereka selamat sampai ke destinasi.

Irham Zahril memandang suasana di sekelilingnya, ah tidak sabar dia menerokai tempat itu! Hati berharap sangat Dahlia akan suka dengan tempat ini.Dan, hatinya berharap sekali, tempat ini mampu membuka kunci kepada hati wanita itu agar dia dapat menerimanya.

Sekilas dia menoleh Dahlia yang sedang nyenyak dibuai mimpi sepanjang perjalanan mereka.Setelah kejadian di stesyen minyak itu, mereka hanya menyepi.Mungkin,kedua-dua pasangan itu terasa kekok dan malu dengan kejadian itu. Ah,ini semua tidak akan terjadi jika Irham tidak memaksa Dahlia! Hesy, apa lah kau ni, Irham!

Mata masih fokus melihat wajah Dahlia yang sedang tidur itu.Comel apabila melihat tudung wanita itu senget disebabkan dirinya yang tertidur di kerusi penumpang itu.Sehelai rambut terkeluar dari shawl Dahlia yang dipakainya.Tanpa berlengah masa,Irham Zahril mendekati wanita itu,tangan cuba untuk memperbetulkan tudung yang senget itu.Dengan perlahan,dia memasuki rambut yang berjuntai itu ke dalam shawl Dahlia agar ia tidak dilihat oleh kaum Adam yang lain.

Hesy,berdosa nanti Dahlia dan juga dirinya.Jangan lah sehelai rambut Dahlia dilihat oleh orang lain!Aurat mesti lah dijaga oleh setiap wanita dan juga lelaki.Biarlah,dia memperbetulkan tudung Dahlia sebelum dia bangun dari lenanya.Takut juga jika dia marah kepada dirinya.

Namun,tidak sempat Irham Zahril memperbetulkan tudungnya,Dahlia sudah tersedar dari lenanya.Mata Dahlia dibuka luas tatkala melihat tangan Irham Zahril berada di tudungnya.Dengan segera dia mengelak tangan lelaki itu dari memegang shawlnya.Perasaan berdebar kian wujud di dalam dirinya.hesy apa dia buat ni?

"Awak..awak buat apa ni?!"Soal Dahlia seraya memeluk tubuh.Takut juga,jika Irham Zahril melakukan pekara di luar batasan!

Irham Zahril menelan liur lalu menjauhi diri Dahlia yang kelihatan cemas.Terkebil-kebil Irham Zahril melihat Dahlia.Alamak! Kan,dia dah marah,aduh Irham!

"Err,saya..saya tak buat apa-apa pun,"

Dahlia mengecilkan matanya,seolah-olah dia tidak percaya akan kata-kata lelaki itu.Tangan masih memeluk dirinya.Ah,tak buat apa-apa? Abeh,yang tadi tu apa?! Siap,pegang tudung orang lagi,aduh..

"Jangan tipu! Kenapa awak pegang tudung saya?Awak nak buat apa-apa kat saya ke?" Dahlia menjongket keningnya.Sekali Dahlia bertanya kepada Irham Zahril.

Irham Zahril meneliti tangan Dahlia yang sedang berpeluk tubuh.Wajah yang dipenuhi tanda tanya bercampur gelisah membuat Irham Zahril hampir tertawa melihat keadaan Dahlia waktu itu.Tidak sangka,Dahlia akan bersikap begitu sekali,walhal,dia hanya ingin memperbetulkan tudungnya yang senget itu sahaja.Hai,Dahlia..Dahlia..

"Hesy,tak kuasa lah saya nak buat apa-apa kat awak..kalau ia pun saya nak buat,apa salahnya..saya ni kan suami awak.."Ujar Irham Zahril.Semakin lama,semakin itulah nadanya menjadi perlahan.

"Huh,apa awak cakap?"

Dahlia mencebik,kurang jelas apa yang dikatakan oleh Irham Zahril.Hesy,geram betul!

"Lebih baik awak betul tudung awak yang senget serabai tu dulu dari fikir yang bukan-bukan,okay Puan Dahlia Arissa?" Balas Irham Zahril lalu keluar dari perut kereta itu menghiraukan Dahlia.

Dahlia mula menarik muka.Lalu mata memandang cermin kereta Irham Zahril.Mata membulat tatkala melihat tudungnya yang kelihatan senget.Ahh,patut lah dia cakap senget serabai! Aduhh, Dahlia kau ni tidur sampai rambut terkeluar, hesy tak maintain langsung!

Biar Saya Jadi Hero Awak.Where stories live. Discover now