Biar Saya Jadi Hero Awak. Bab 1

56.3K 1K 19
                                    

Sang matahari menampar ke pipi gebu Dahlia yang sedang menikmati tidurnya sejak malam tadi.Kedengaran bunyi loceng dari jam yang berada di sebelahnya.Dia tercari-cari jam yang berbunyi sejak tadi,sungguh memekakkan telinganya! Dia memandang jam yang berada di sebelah katilnya dengan telilti,lalu matanya yang sejak tadi tertutup,terbuka luas tatkala jam menunjukkan pada pukul 7 pagi.Ya Allah!! lambat lagi lah aku ni!aduhhh..

 Dahlia merungut.

Dengan segera dia meninggalkan katilnya yang empuk itu lalu mencapai tualanya sebelum memasuki dalam bilik mandi.Selepas bermandi express,dia mencapai baju yang telah disediakan malam tadi,hatinya lega kerana dia tidak perlu mencari pakaian pada waktu singkat ini.Dia harus segera ke pejabat,maklumlah hari ini adalah hari pertama dia bekerja.Malu rasanya jika tidak menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab sebagai pekerja di situ.

Dia membetulkan shawl yang dililitnya tadi sebelum beredar dari rumahnya.Sempat juga dia mengalas perut nya sebelum keluar rumah,teringat akan pesan arwah ibunya iatu,sarapan adalah waktu makanan yang paling penting untuk kita menjalani kerja seharian kita kerana ia memberi kita tenaga dan mencergaskan minda kita ini.

Mujurlah,kawannya,Yanti tidak pergi ke kerja hari ini disebabkan demam panas sejak malam tadi,boleh lah dia meminjam kereta Yanti untuk ke pejabat,dengan ini,dia dapat menjimatkan masa agar dia tidak lewat nanti.Teringat akan kejadian semalam,Dahlia terpaksa bersengkang mata untuk menjaga Yanti yang tidak henti-henti mengigau,mungkin demam panas yang menyebabkan Yanti mengigau dan meraung malam tadi.Sempat juga dia melihat keadaan Yanti tadi sebelum keluar dari rumahnya.Syukur Alhamdulilah apabila keadaannya sudah mula stabil,ubat-ubat yang diberi oleh Doktor semalam sudah berhasil membuat keadaan Yanti stabil.Sebernanya,dia tidak sanggup meninggalkan Yanti keseorangan di dalam rumah.Takut jika apa-apa yang berlaku kepada kawan karibnya,tetapi dia terpaksa juga kerana hari ini adalah hari pertama dia bekerja.Ahh,dia tidak mampu melepaskan peluang keemasan ini!

Yanti adalah kawan yang dia ada selama dia hidup dalam dunia ini,dia telah berkawan dengan Yanti sejak dari bangku sekolah lagi sehingga lah hari ini.Meraka ibarat isi dan kuku,susah untuk dipisahkan tetapi kadang-kala,mereka ibarat anjing dan kucing! Suka sangat bergaduh manja antara satu sama lain.Namun,dalam kegaduhan itu,ada rasa sayang yang tersirat dalam hati mereka.Maklumlah,Dahlia tidak mempunyai siapa-siapa selain Yanti,ibu bapa Dahlia telah kembali ke rahmatullah pada umur nya enam belas tahun akibat kemalangan jalan raya.Kasihan Dahlia,dia tidak dapat merasakan kasih sayang yang lama dari ibu bapanya,tetapi dia redha dengan ketentuan Allah,mungkin segala apa yang terjadi ada hikmah disebaliknya.

Dahlia menghela nafasnya dengan perlahan,membaca doa penerang hati sebelum melangkah masuk ke dalam syarikat Dato' Tan Sri Zainal.Syarikat yang dikenali ramai dengan mutu kerja yang sungguh cekap, teliti dan sangat memuaskan sesiapa yang bekerjasama dengan syarikat ini.Dahlia menuju ke dalam bilik Dato' Zainal setelah dia diberi arahan untuk bertemu dengannya.Perasaan Dahlia berdebar-debar, sesaat memasuki bilik itu, sungguh gementar tatkala bertemu dengan boss syarikat ini."Bismillah!"sempat juga dia melafazkan bacaan bismillah untuk menenangkan hatinya.

"Assalamualaikum Dato' Zainal.."

"Walaikumussalam, haa, Dahlia Arissa..sila duduk.." Dato' Zainal memberi arahan untuk aku mengambil tempat duduk di depan meja sambil meneliti file yang berada di tangannya.

"Dahlia Arissa.."Dato' Zainal memanggil namanya.

"Ya, saya."

"Cantik nama tu, macam orang dia juga.."

Tersipu malu tatkala mendengar pujian dari boss besar, pertama kali orang ternama memuji diriku yang tidak seberapa ini.Dahlia hanya memberi senyuman kepada Dato' Zainal.Hatinya masih berdebar-debar.Dia tertanya-tanya kenapa dia disuruh berjumpa dengan Dato' Zainal pada hari pertama bekerja.Belum sempat Dahlia membuat kerja di situ, PA Dato' Zainal memberitahu ada pekara penting yang perlu dibincangkan dengan Dato' Zainal.

Biar Saya Jadi Hero Awak.Where stories live. Discover now