Bab 25

16.3K 422 9
                                    

"Encik Irham tak perlu risau, Puan Dahlia dalam keadaan baik-baik saja..Mungkin dia terlalu terkejut dengan kejadian tadi..She need alot of rest.." Jelas Doktor Siti kepada Irham Zahril.Lega hati lelaki itu tatkala mendengar penjelasan Doktor Siti.Mujurlah tiada apa-apa yang berlaku kepada Dahlia.

Setelah kejadian tadi, Irham Zahril membawa Dahlia ke hospital untuk memeriksa dirinya.Takut juga jika Dahlia mempunyai cedera dalaman.Walaupun Dahlia sudah beberapa kali menolak arahan beliau, Irham Zahril tetap berdegil untuk membawanya ke hospital.

"Alhamdulilah,terima kasih doktor sebab periksa Dahlia tadi.."ucap Irham Zahril dengan hati yang lega.

Tanpa berlengah masa, dia menuju ke bilik rawatan untuk menjenguk Dahlia.Sejak tadi, dia dikurung di bilik rawatan agar Doktor Siti dan jururawat di situ dapat memeriksa dirinya.Mata memandang Dahlia yang sedang duduk di kerusi yang disediakan,sejujurnya, dia sungguh cemas dengan kejadian tadi,hampir sahaja dia kehilangan wanita itu di depan matanya.

Nasibnya baik, kerana dia dapat menyelamatkan Dahlia dari kereta jijik itu,ahh dia harus melakukan sesuatu kepada Wawa.Dia tidak mampu kehilangan Dahlia! Sudah dia sangkakan bahawa Wawa akan berbuat apa sahaja untuk menewaskan diri Dahlia.Ahh, dia tidak akan lepaskan Wawa!

"Doktor cakap apa tadi kat awak?" Soal Dahlia apabila melihat Irham Zahril datang ke bilik rawatan itu.

"Hmm, dia cakap awak perlukan banyak rehat..And awak tak cedera pun.."

"Kan, saya dah cakap tadi saya tak cedera..Awak aje yang paksa saya datang sini.."Ujar Dahlia, entah kenapa Irham Zahril memaksanya ke sini, walhal dirinya tidak cedera langsung.

"Eh, tak salah kan kalau saya nak extra careful? Yelah, mana tau awak ada cedera kat badan awak ke.."Tegas Irham Zahril seraya mencari alasan bahawa dia amat cemas dengan keadaan Dahlia tadi.

Dahlia menarik nafas lalu menghembusnya.Mata melirik ke wajah lelaki itu.”Macam mana saya nak cedera kalau awak sendiri yang…selamat kan saya?”

Irham Zahril mengalih padangannya ke wajah Dahlia tatkala mendengar apa yang dikatakan tadi.”Dan terima kasih..sebab tolak saya tadi, selamat kan saya..Kalau tak saya pasti dah..”

"Stop it Dahlia, boleh tak awak fikir positive? Saya percaya, siapa-siapa yang dekat tempat saya, akan buat pekara yang sama.."Irham Zahril dengan segera memotong ayat Dahlia, dia tahu apa yang akan diluahkan oleh wanita itu dan dia tidak sanggup untuk mendengar semua itu.

Dahlia tercengang sesaat Irham Zahril menghentinya dari berterusan untuk berkata-kata.’Dia ambil berat pasal aku ke?’bisik hati kecil Dahlia sesaat mendengar penjelasan Irham Zahril.Memang tidak dapat dinafikan bahawa lelaki itu begitu cemas dan panik ketika dia hampir dilanggar oleh kereta itu.Namun, betulkah sangkakan dia itu bahawa Irham Zahril mengambil berat tentang dirinya sehingga dia sanggup berkorban nyawanya untuk wanita itu? Ah,fikiran Dahlia menjadi kusut, tidak mungkin Irham Zahril mengambil peduli tentang diri beliau,mungkin apa yang dia katakan betul.Sesiapa yang berada di tempat Irham Zahril akan melakukan pekara yang sama.

"Dah lah,jom kita balik..mama dan papa risau dengan keadaan awak," Sambung Irham Zahril.

Teringat akan kerisauan nada Puan Marinah tatkala dia memberitahu ibunya bahawa Dahlia berada di Hospital.Mujurlah,dia berasa tenang ketika Irham Zahril menjelaskan tentang keadaan isterinya tadi.

"Ish, kenapa awak bilang mama? Saya okay lah.."Dengus Dahlia sekali lagi, ahh sudah tentu dia telah membuat ibu mertuanya berasa sungguh cemas!

Irham Zahril menghiraukan kata-kata Dahlia lalu berjalan keluar dari bilik rawatan itu untuk membayar rawatan Dahlia.Wanita itu,meneliti kelakuan suaminya, lalu mengekori lelaki itu.Ish, ada sahaja pekara yang Irham akan membuat dia berasa geram!

Biar Saya Jadi Hero Awak.Where stories live. Discover now