Bab 14

19K 523 3
                                    

"Datin..jadi ke anak you nak kahwin dengan si Wawa tu?" Puan Liana bertanya kepada Puan Marinah.Sudah menjadi kebiasaan kepada sahabat handai Puan Marinah untuk berkumpul setiap minggu.Maklunlah, rutin seharian Puan Marinah sangat padat dan sibuk.Hari minggu adalah satu-satunya hari yang dia dapat merehatkan badannya dan minda dari membuat segala kerja dan aktiviti di luar sana.Puan Liana lah, yang sentiasa ada di rumah Puan Marinah setiap minggu,dia sering berkongsi resepi, bergosip dan tempat bercerita bersama kawan karibnya.

“Err…sebernanya,Am dengan Wawa cuma kawan rapat je..dorang tak kahwin pun..” Balas Puan Marinah, dia terpaksa berbohong demi menjaga maruah mereka berdua.

“Oh, iyeke? Tapi dorang dah tunang kan?” Tanya Puan Liana sambil mengaru kepalanya yang tidak gatal.

“Pernah….tapi, tu lah takda jodoh kan, nak buat macam mana kan,”ujar Puan Marinah,perasaan malu ada di dalam hatinya meskipun dia sedar ramai akan bercakap buruk tentang anak dan keluarganya.

“Takpalah, In Sha Allah, Irham tu ada jodoh yang lebih baik dari Wawa tu…saya pun tak berkenan sangat dengan budak tu…” Jelas Puan Liana, dia juga tidak suka dengan perangai Wawa yang terlalu terbuka, seksi teramat! Nasibnya baik, kerana tidak mempunyai anak lelaki, tidak ingin dia menantukan Wawa dengan anaknya.

Puan Marinah yang kelihatan resah menjadi lega kerana, ada juga yang tidak berkenan dengan Wawa dan faham akan situasinya itu.Alhamdulilah.Puan Marinah hanya memberi senyuman agar topik ini tidak berpanjangan,rimas dengan soalan yang ditanyakan oleh kawan-kawanya itu.

Dahlia membancuh teh asli yang terletak di pantri itu.Tidak sangka, dia akan jejak di syarikat itu sekali lagi dan bekerja dengan boss yang sentiasa menguji kesabarannya.Hesy, sabar je lah Dahlia! Setelah membancuh teh asli itu, dia melangkah keluar lalu menuju ke bilik Irham Zahril.

“Encik Irham..your tea..” Kata Dahlia sambil meletakkan teh asli di mejanya.

“Tea? Bukannya awak selalu buatkan saya coffee?” Irham Zahril terpinga-pinga.Pelik dengan Dahlia kerana selalunya, Dahlia akan membancuh kopi untuknya.

“Kenapa? Tak sedap ke?” Tanya Dahlia dengan selamba sambil menjongket kedua keningnya. “Nice, but how do you know i like tea?”

“From someone..” Jawap Dahlia sambil mengukir senyuman sinis.

“Mama?” Tanya Irham Zahril.Dahlia yang sejak tadi tercengat di depan meja Irham Zahril menganguk tanda betul.Memang berhasil resepi teh asli yang diajar oleh Puan Marinah sehingga Irham Zahril menghabiskan sesetengah teh asli itu.Nampak sangat dia suka minuman itu.Lega, hati Dahlia kerana dapat melembutkan hati bossnya, hesy.

“But i prefer your coffee than tea.”Dengan selamba Irham Zahril berkata kepada Dahlia.Mungkin, dia rindu dengan kopi yang dibancuh oleh Dahlia setiap hari di pejabat.Dahlia tercengang,”Tapi,aunty cakap,Encik Irham tak suka coffee…so saya rasa, mulai hari ni, saya buat teh asli je lah…” Tidak mungkin Irham Zahril lebih suka dengan kopi dari teh asli, bukan kah teh asli ini minuman kegemarannya?Dahlia tertanya-tanya, pelik!

“Tapi sekarang, saya suka minum coffee..kenapa salah ke saya nak minum coffee?”

“Err, tak..cuma saya pelik je..ermm, ha!Encik Irham suka minum susu coklat kan? Kalau macam tu,lain kali saya buatkan susu coklat..” Ujar Dahlia, teringat akan kata-kata Puan Marinah tempoh hari,lelaki itu akan minum susu coklat sewaktu dia bekerja dan sebelum tidur.

“Hmm…banyak juga eh awak tau pasal saya..kalau macam tu…awak kahwin je lah dengan saya, senang hidup saya,” Dahlia tercengang, matanya terbuka luas tatkala mendengar kata-kata Irham Zahril, ish kenapa dia mesti ungkit pasal kahwin lagi ni!hesy!Mata Dahlia memandang tepat kepada wajah Irham Zahril yang selamba.

Biar Saya Jadi Hero Awak.Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang