Bab 6

18.8K 629 2
                                    

Dahlia mencapai telefon bimbitnya yang sejak tadi berbunyi, entah siapa yang telefon nya pagi Ahad ini.Ish kacau orang tidur sahaja! Dahlia menekan butang panggilan itu tanpa melihat siapa yang menelefonnya, matanya masih tertutup, fikirannya masih di alam mimpi! 

"Assalamualaikum....." Dalam mengantok juga, Dahlia masih dapat memberi salam kepada panggilan itu.Sudah menjadi kebiasaannya untuk memberi salam ketika menjawab panggilan.

"Walaikumussalam.Dahlia,saya dah kat luar rumah awak ni.Cepat siap, kita ada urusan."kedengaran suara yang dia sangat kenali.Tetapi siapa ya?Dahlia mula rasa resah, hairan.

"Eh, awak ni siapa? Sesuka hati awak je suruh saya siap, tunggu luar rumah bagai..orang nak tidur pun tak senang tau!" Dengus Dahlia dengan perasaan geram.Geram kerana ada yang menganggu kenikmatan tidurnya, ah menyesal mengangkat telefon itu!

"DAHLIA ARISSAA!" kedengaran jeritan dari hujung panggilan.Dahlia tercengang,terkejut dengan jeritan itu lalu perasaan geram membuak-buak dalam diri Dahlia.

"Hesy,takda adat langsung! sesuka hati jerit ni kenapa?! siapa awak ni?"soal Dahlia.

"IM YOUR BOSS! ENCIK IRHAM!"mulut Dahlia terlopong,matanya terbuka luas,hatinya berdebar sesaat mendengar pengakuan pemuda yang berada di hujung talian! Irham Zahril?! "Ya Allah! patut lah aku kenal suara dia! Mati lah aku macam ni!!" bisik hati  Dahlia,ahh,dia takut! 

"Lia,boss kau kat luar rumah tu,lebih baik kau cepat siap.Aku tengok dia lain macam je...muka garang habis!"

 Kata Yanti sambil menjenguk Irham Zahril di luar pagar.Dahlia masih terkejut,dia sudah bayangkan apa nasibnya kali ini!aduh,kenapa lah dia tidak simpan nombor Irham Zahril? kalau tidak,semua ini tidak akan berlaku!

Tanpa berlengah masa,dia bersiap-siap dengan cepat agar Irham Zahril tidak tertunggu-tunggu di luar pagar mereka.Dahlia memakai baju kasual dan simple pada hari itu,sempat juga dia melilit tudung yang sudah pun tersedia oleh Yanti tadi.Untung Dahlia kerana mendapat kawan seperti Yanti,sentiasa menolongnya dalam kesusahan! 

Dahlia mencapai fail dan buku nota yang selalu dibawanya lalu begegas keluar dari rumah mereka.Hatinya berdegup laju tatkala melihat Irham Zahril sedang bersandar di kereta hondanya dengan bercermin mata dan pakaian formal,segak dan kacak untuk dipakai ke pejabat.Dahlia sempat beristighfar di dalam hatinya supaya diberi ketenangan dan agar Irham Zahril akan berlembut hati dengan dirinya.

Irham Zahril memandang Dahlia dengan teliti,geram tatkala melihat Dahlia.Teringat akan kejadian tadi.Geram dengan perbuatan Dahlia! ishh,sia-sia sahaja dia menunggu di luar rumah Dahlia sejak tadi.Sudah setengah jam dia menunggu Dahlia,setiap kali dia menelefon Dahlia,dia tidak menjawab panggilan itu.Sehingga lah panggilan yang keempat,Dahlia menjawab panggilan itu.Ahh,sakit hati dibuatnya!

"Encik Irham...maafkan saya...saya tak berniat pun nak cakap macam gitu kat Encik Irham...saya tak..saya.."

"MASUK!"

 Irham Zahril memotong ayat Dahlia lalu memberi isyarat kepada Dahlia untuk memasuki keretanya.Dahlia yang berdiri di hadapan Irham Zahril terdiam kaku dengan reaksi beliau.Irham Zahril tidak akan mendengar penjelasan beliau! 

Dengan segera,Dahlia melangkah masuk ke dalam kereta honda Irham Zahril yang mahal itu.Dahlia memandang wajah Irham Zahril.Walaupun matanya ditutupi dengan kaca mata hitam,Dahlia dapat melihat betapa marahnya Irham Zahril dengan kejadian tadi.Dahlia menyesal atas perbuatan kasarnya itu.

"Tak sayang nyawa ke?"

 Irham Zahril membuka mulutnya lalu memandang ke arah Dahlia.Dahlia terpinga-pinga,keliru dengan soalan Irham Zahril.Lalu matanya tertumpu kepada tali keledar di sebelahnya.Dahlia terlalu cemas dengan sikap Irham Zahril sehingga dia lupa hendak memakai tali keledar.Ya Allah,macam mana aku boleh lupa ni!Ngomel Dahlia lalu memakai tali keledar itu sambil memberi senyuman nipis kepada Irham Zahril.Dalam kemarahan,Irham Zahril masih mempunyai rasa prihatin dengan diri Dahlia,sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga keselamatan orang itu yang menaiki keretanya kerana dia tidak mahu kemalangan berlaku atas dirinya dan juga orang yang menaiki keretanya.

'Betul cakap Sarah...Irham ni baik juga orang dia..' bisik hati kecil Dahlia lalu tersenyum tatkala teringat kata-kata Sarah di pantri beberapa minggu yang lalu.

Setelah berurusan dengan Dato' Ismail atas projek yang akan diadakan tidak lama lagi,mereka berdua pergi ke sebuah restoran yang berdekatan dengan syarikat Dato' Ismail.Sepanjang perjalanan dan perbincangan dengan Dato' Ismail,tidak kedengaran suara Irham Zahril kepada Dahlia.Dahlia pasti,mood Irham Zahril berubah kerana perbuatan dirnya tadi,ahh menyesal teramat!

"Ermm...Encik Irham...saya nak minta maaf atas perbuatan saya pagi tadi...Saya tak prasan panggilan tu dari Encik Irham...lagipun saya tak save number Encik Irham....jadi saya tak ..tak tau siapa yang call  tadi...saya minta maaf sangat...saya tau saya salah...." Panjang lebar Dahlia meminta maaf kepada Irham Zahril dengan nadanya yang berketar-ketar.Irham Zahril yang sejak tadi khusyuk memakan steaknya itu berhenti memakannya lalu memandang Dahlia.

"Awak ada masalah ke kerja dengan saya?" ayat itu lah yang terkeluar dari mulut Irham Zahril setelah berdiam diri sejak tadi.Dahlia terpinga-pinga lalu menghela nafasnya sebelum menjawab soalan Irham Zahril.

"Err,takda masalah Encik Irham...saya selesa kerja dengan Encik Irham." Kata Dahlia dengan suara yang lembut,tergoda Irham Zahril mendengar suaranya.Jujur Dahlia katakan,dia sangat selesa berkerja dengan Syarikat Dato' Zainal tetapi hanya satu sahaja yang dia kurang selesa,iatu perangai Irham Zahril yang selalu sahaja naik angin! 

"Kalau selesa...jangan nak complain atau merungut.Ikut je apa yang saya arahkan.You're my PA and its your job to follow what i said,"Irham Zahril meninggikan suaranya sedikit,mungkin mereka di tempat awam menyebabkan Irham Zahril dapat mengawal kemarahannya terhadap Dahlia.Dahlia cemas,takut dengan orang sekeliling mereka yang melihat Irham Zahril meninggikan suara.Malu apabila diperhatikan sebegitu,ahh,Irham Zahril tidak malu kah berkelakuan begitu dengan kaum wanita? ah,malu!

"Tak kiralah Hari cuti ke atau hari minggu,awak kena selalu bersiap sedia untuk ikut saya ke pejabat atau meeting understand?" sambung Irham Zahril lalu meminum jus orennya.

"Fah..faham..Encik Irham..Sekali lagi saya minta maaf atas kelakuan saya tadi..saya tak sengaja Encik Irham.." 

"Baik..saya boleh maafkan awak,tetapi dengan satu syarat.." Dahlia tercengang mendengar apa yang diminta oleh Irham Zahril.Syarat? 'nak minta maaf pun kena ada syarat? nampak sangat tak ikhlas!' bisik hati kecil Dahlia dengan perasaan geram lalu dia cepat-cepat istighfar agar buang rasa dendam itu,perangai syaitan tu! 

"Ermm...apa dia Encik Irham?In Shaa Allah,saya boleh tunaikan syarat Encik Irham.."

"Saya nak awak,selesaikan presentation untuk projek Dato' Ismail by tomorrow.I dont wanna hear any excuse.."

"Tapi.."

"Ikut apa saja yang saya arahkan Dahlia.Kalau awak rasa awak nak tinggal lama dekat Syarikat ni."ugut Irham Zahril lalu tersenyum nipis melihat Dahlia yang sedang gelabah.

Dahlia runsing.Bagaimana dia harus melakukan semua itu dalam sehari? Kerja minggu lepas dia belum selesaikan lagi,ahh pening kepala Dahlia! Nampak gayanya,dia harus bersengkang mata lah dengan kerja yang mengunung tu!

"Make sure,semua tugasan yang saya berikan ada dekat meja saya first thing in the morning." Sambung Irham Zahril.

Dahlia hanya mengangguk tanda faham.Dia tidak terdaya untuk bercakap akibat memikirkan kerja yang dia harus siapkan.Walhal,kerja yan harus dibentangkan kepada Dato' Ismail lama lagi,tetapi kenapa Irham Zahril tergesa-gesa menyuruhnya membuat kerja itu? 'aduhh,serabutnya aku!'dengus Dahlia,ahh kalau bukan kerana kejadian tadi,sudah tentu dia tidak akan membuat kerja itu semua.

"Padan muka kau Dahlia...aku nak tengok,kau boleh habiskan ke tak kerja ni semua dan aku nak tengok,kalau kau memang setia tak dengan syarikat papa ni.." bisik hati kecil Irham Zahril lalu tersenyum sinis.

Sengaja dia memberikan Dahlia kerja yang mengunung itu kerana dia ingin mengetahui sejauh mana Dahlia dapat bertahan bekerja dengan dirinya itu.Sungguh licik fikiran Irham Zahril,selalu mempunyai strategi yang bagus untuk mengetahui kebolehan seseorang itu.

Biar Saya Jadi Hero Awak.Where stories live. Discover now