Bab 31

14.5K 429 6
                                    

Dahlia mencapai telefon bimbitnya yang tidak henti-henti meraung di dalam pejabat itu.Tangan tercari-cari telefon bimbit yang berada di dalam beg tangannya.Setelah itu, mata terpacak ke nama yang tertera di skrin leper itu.Yanti?Ada apa dia telefon pada waktu kerja ni?Pelbagai tanda tanya bermain di fikirannya.Dengan segera, dia menekan butang telefon bimbit itu untuk menjawab panggilan Yanti.

"Assalamualaikum Yanti.."Ujar Dahlia seraya memberi salam kepada kawannya itu.

"Walaikumusalam Lia,kau boleh datang rumah sewa kita tak? Urgent!"Balas Yanti dengan nada yang berketar-ketar, terserlah segala kerisauan yang ada di dalam dirinya.

"Yanti…kenapa ni? Kau okay tak?"Soal Dahlia.Risau dengan kawannya itu.

"Si Rahim tu datang lagi! Siap bawak bodyguard sekali!"

"Serious?! Err, okay..kau tunggu situ,aku datang."Ujar Dahlia seraya bangkit dari tempat duduknya lalu meletak panggilan itu.

Ah, tidak sangka dia lupa akan tarikh untuk membayar rumah sewanya! Dahlia memandang jam tangannya, ah sudah hujung bulan! Selalunya, Encik Rahim iatu pemilik rumah sewa itu akan datang menyerbu mereka untuk meminta duit rumah sewa.Dahlia mengaru kepalanya yang tidak gatal tanda kusut.Aduh,dia juga bingung, Irham Zahril belum lagi memberinya gaji bulanan.Bagaimana dia harus membayar duit sewa itu? Ah, Ya Allah!

"Where are you going?"

Suara garau Irham Zahril membuat langkah Dahlia terhenti sejenak.Dengan perlahan, dia menoleh ke arah suara tersebut.Aduh,perlu kah dia memberitahu Irham Zahril?

"Err..nak pergi rumah sewa saya..urgent sangat,"Balas Dahlia dengan nada berketar-ketar.Mata dikejam rapat, cemas jika apa-apa berlaku kepada Yanti di sana.

"Kenapa? Ada masalah ke kat sana?"

"Err..memang, memang ada masalah,nanti saya bilang awak ya? Saya takda masa ni.."

"Tunggu dulu Dahlia, im coming,"Langkah Dahlia sekali lagi terhenti tatkala Irham Zahril ingin mengikut dirinya.Ah,dia tidak mahu lelaki itu masuk campur dalam hal ini!

Tidak sempat dia menghalang Irham Zahril dari mengikutinya, lelaki itu telah pun berjalan menuju keluar dari pejabat mereka.Dahlia semakin cemas, malu jika dia harus menyaksikan pekara ini! Dengan segera dia mengekori langkah Irham Zahril ke parkir kereta.Hati sempat berdoa agar Encik Rahim dan bodyguardnya tidak membuat pekara yang tidak diingini.

Setelah setengah jam berada di perut kereta itu, akhirnya mereka sampai juga di destinasi ruma sewa Dahlia.Tanpa berlengah masa Dahlia membuka pintu kereta itu lalu melangkah keluar ke arah Yanti.Keriuhan melanda tatkala dia berada di pintu pagar rumah sewanya.Terserlah kerisauan yang terpamer di wajah Yanti.Ah, Encik Rahim pun satu, siap ada bodyguard bagai!

Dahlia mendekati Encik Rahim yang kelihatan terkejut dengan kehadirannya.Sejak tadi dia lah mengugut Yanti.Jika mereka gagal membayar rumah sewa ini, Yanti tidak boleh tinggal di sini lagi.Yanti akan dicampak keluar dari ruma sewanya!

"Haah, sampai juga kau ya.Mana duit rumah sewa yang kau janji tu? 3 bulan korang dua tak bayar-bayar!" Dengus Encik Rahim seraya memberi renungan tajam kepada Dahlia.

"Sabar Encik Rahim,saya belum lagi dapat gaji saya..Tolong lah,Encik Rahim tunggu sampai saya dapat gaji saya ya?"Dahlia merayu kepada Encik Rahim.Ah, bagaiamana dia harus membayar segala hutangnya jika gajinya belum diterima? Aduh!

"Sabar, sabar, sabar.Sampai bila kau nak aku sabar?! 3 bulan aku dengar benda yang sama aje!"

"Kali ni,gaji saya cukup untuk membayar semua duit sewa Encik Rahim.Saya harap, Encik Rahim dapat beri saya dan Yanti sedikit masa..tolong lah.."Sekali lagi Dahlia merayu kepada Encik Rahim dengan harapan dia sapat memadamkan api kemarahan lelaki itu.

Biar Saya Jadi Hero Awak.Where stories live. Discover now