Bab 3

20.5K 686 4
                                    

Irham Zahril membelek-belek kertas yang ada di mejanya,fikirannya mula kusut memikirkan tentang kerja yang harus disiapkan.Pelbagai kerja yang dia harus hadapi,temu janji dari klientnya,projek dari sebelah tambak belum juga diselesaikan,aduh serabut kepalanya! "tok,tok" kedengaran ketukan dari bilik pejabatnya,tanpa berlengah masa,dia memberi kebenaran untuk masuk di dalam biliknya.

"Encik Irham...your coffee.." Dahlia meletakkan kopi di atas meja Irham Zahril.

"Awak buat coffee ke awak buat bahan dia sekali? lambat betul!" 

Irham Zahril meninggikan suaranya kepada Dahlia yang terkejut dengan kelakuan Irham Zahril.Dia sedar,perbualan antara dia dengan Sarah membuat dia terlambat menghantar kopi ke dalam bilik Irham Zahril.'Hesy,tak tau sabar betul ni boss!' bisik hati kecil Dahlia.Dahlia hanya mendiamkan diri tanpa menjawab soalan sinis Irham Zahril lalu matanya memandang ke kertas yang mengunung di atas meja Irham Zahril.Wajah Irham Zahril kelihatan kusut,seperti dia mempunyai masalah terhadap kerjanya.

"Errm,Encik Irham ada masalah ke? Kalau Encik Irham ada masalah,saya boleh tolong Encik Irham.." Dahlia tergerak hati untuk bertanya keadaan Irham Zahril.Irham Zahril memandang tepat kepada wajah Dahlia,sungguh ayu dengan pakaian baju kurung yang dipakainya,seperti wanita melayu terakhir!

"Ada saya suruh awak tolong saya?" 

Dahlia mengelengkan kepalanya.

"Then,apa lagi awak buat kat sini? pergi lah buat kerja awak! " Dahlia tersentap,lalu meninggalkan bilik itu dengan segera.Tidak mahu membuat Irham Zahril semakin marah terhadap dirinya.'sombong betul!orang nak tolong dia,tapi dia tolak,apa lah boss ni!' bebel Dahlia sambil melabukan pingangnya ke kerusi.Geram dengan sikap boss kecil nya itu,tidak pernah bercakap baik-baik kepada Dahlia.Betul kata Sarah,tidak wajar lah jika ketiga-tiga bekas PA Irham Zahril berhenti kerja!

.......................

Dahlia memandang jam tangan yang berada di tangannya,jam munujukkan tepat pada pukul 12 tengahari,itu tandanya waktu untuk makan tengahari.Perut Dahlia juga telah berkeroncong seja tadi,seperti perutnya sedang mengadakan konsert,lapar benar Dahlia ni! Dahlia mengeluarkan bekal nasi goreng yang digoreng tadi pagi oleh Yanti,nasib nya baik kerana Yanti memasak nasi goreng yang lebih untuk dibawa ke pejabat.Untung Dahlia ada kawan seperti Yanti,sangat mengambil berat terhadap Dahlia,lagipun,dia berasa malas hendak keluar makan tengahari dengan cuaca yang panas terik ni,lebih baik dia menjamu selera nasi goreng yang sedap ini.

"Hmmm,sedapnya!!"  Dahlia mengambil bau nasi goreng yang berada di tangan nya,sungguh menyelerakan! lagi-lagi,dengan perutnya yang lapar itu.Belum sempat Dahlia menyuapkan nasi goreng ke dalam mulutnya,Irham Zahril datang menghampiri Dahlia.

"Dahlia,ikut saya,kita ada temu janji dengan klient." 

Irham Zahri memberi isyarat kepada Dahlia untuk mengikutnya bertemu dengan klient mereka.Dahlia hanya mengangguk kepalanya lalu mengambil beg tangannya dan mengikut Irham Zahril dari belakang.Dahlia berasa amat sedih kerana tidak dapat memakan nasi gorengnya.Irham Zahril pun satu,tidak nampak kah Dahlia sedang menikmati nasi gorengnya? Tetapi,demi kerja,dia sanggup mengorbankan waktu tengahari,biarlah dia menahan rasa lapar ini demi kerjayanya.

"Thank you Mr Wong,glad that we've made the right choice to collaborate with you on this project.Thank you once again." Irham Zahril berjambat tangan dengan Encik Wong sambil memberi senyuman lebar.

Pertama kali Dahlia melihat Irham Zahril tersenyum,ahh kacaknya! sungguh mengoda apabila melihat senyuman manis Irham Zahril.Dahlia hanya tersenyum kepada Encik Wong,sepanjang perbincangan di dalam pejabat Encik Wong,perut nya tidak henti-henti berbunyi,ahh malunya jika Encik Wong atau Irham Zahril mendengar perutnya bunyi.

Biar Saya Jadi Hero Awak.Where stories live. Discover now