Bab 28

16K 426 3
                                    

Suasana di kelab malam itu sungguh riuh-rendah.Lagu yang diputar oleh dj  itu membuat pengujung di sana terpukau dengan muzik itu.Satu per satu memulakan joget mereka, mengikut rentak lagu yang meraung.Setiap pelanggan yang ada di sana,seperti tidak sedarkan diri.Mereka seolah-olah dipukau oleh suasana di kelab malam itu.Ada yang mabuk setelah meminum segelas arak, ada juga yang mengambil pil-pil atau dadah.

Ada juga yang mengambil kesempatan atas wanita-wanita di kelab malam itu.Ah,sungguh menyeramkan! Namun, sayang sekali, wanita di kelab malam itu, termakan dengan kata-kata manis lelaki di luar sana.Tetapi itu tidak terjadi kepada Wawa, lelaki di sana pula yang termakan dengan godaan Wawa.

Sudah menjadi kebiasaan Wawa untuk mengoda lelaki-lelaki yang kaya di kelab malam itu.Ini semua hanya untuk mengkikis duit lelaki yang terperangkap dalam permainannya.Meskipun, Wawa datang dari keluarga yang kaya-raya, mempunyai banyak harta, Wawa tetap rasakan bahawa harta itu semua tidak cukup bagi dirinya.

Dia rasa, dia perlu berkahwim dengan seorang usahawan ataupun anak Dato’ untuk memperolehi kekayaan.Dan, salah satunya ialah Irham Zahril anak kepada Dato’ Zainal yang mempunyai segalanya.Kekayaan,pangkat yang tinggi,segak, kacak dan sebagainya membuat Wawa ingin sekali menjadi isterinya.Namun,godaannya tidak berhasil membuat Irham Zahril terpegun dengan kecantikan Wawa.Dia gagal di mata Irham Zahril,namun dia tidak mahu mengaku kalah.Dia tetap ingin menghancurkan perempuan kolot itu.

Teringat akan kejadian semalam,Wawa mengarahkan Amir untuk mengikuti Dahlia,sehingga Dahlia ketakutan melihat kereta yang mengikutnya.Dia ingin sekali membuat Dahlia takut,takut dengan ancaman beliau.Wawa akan buat apa pun sehingga Dahlia tidak bersama Irham Zahril.Perasaan puas datang menerpa ke dalam dirinya tatkala Amir memberitahu bahawa Dahlia berasa ketakutan dengan kejadian semalam.Ah,puas hatinya! 

Namun,perasaan geram,amarah menusuk dalam dirinya apabila Amir memberitahunya bahawa Dahlia dan Irham Zahril sedang bermesra di luar pagar mereka.Ah,geram teramat apabila mendengar berita itu! Ah,dia masih keliru,kenapa lelaki itu berkahwin dengan perempuan seperti Dahlia? Dia masih rasakan bahawa dirinya ini lebih hebat dari Dahlia,entah kenapa dia ini dikalahkan oleh perempuan kolot itu.

"Sayang..jom menari!"Lamunan Wawa terhenti apabila kedengaran suara garau Shafizul.Lelaki yang bakal terperangkap dalam permainan Wawa,maklumlah anak Dato’,semuanya ingin Wawa kebas.

"Errm,tak apalah..you pergi menari dulu,nanti i datang,"Balas Wawa seraya meletak segelas minuman coke di atas meja itu.Malas dia hendak layan lelaki seperti Shafizul.Dia hanya ingin duitnya sahaja!

"Alah..jom lah,"Paksa lelaki itu yang sedang giat berjoget di hadapannya.

"Okay…okay..i pergi tapi..i nak.."

"Duit?Okay..no problem,nanti i bagi you,you bilang aje berapa you nak.I boleh bagi you."Shafizul memotong ayat Wawa,seolah-olah dia tahu apa yang difikirkan oleh wanita itu.Ah,dia sanggup buat apa pun demi Wawa,asalkan dia sentiasa bersama Wawa.

"Serious? haa,kalau macam gini..lebih sayang lah i kat you!Thanks sayang!" Ucap Wawa dengan penuh kegembiraan.Senang teramat menggoda lelaki itu berbanding Irham Zahril.Kini,poket duitnya semakin bertambah-tambah disebabkan kejayaannya mengoda Shafizul!

Dengan segera,mereka melangkah kaki ke tempat joget yang disediakan.Shafizul dan Wawa berjoget mengikut alunan muzik yang diputar.Perasaan bahagia meresap ke dalam tubuhnya tatkala membayangkan duit yang akan diterimanya nanti.Ah,bahagianya hidup!Bisik hati kecil Wawa seraya menjoget di tempat kelab malam itu.

………………………..

Irham Zahril meneliti Dahlia yang sedang menyirup jus orennya.Makanan yang dipesan oleh Irham Zahril tidak menyelerakan tekaknya.Fikiran lelaki itu masih terbelenggu dengan kejadian tempoh hari.Kejadian yang membuat Dahlia resah,gelisah,takut,cemas dan segala perkataan yang seerti dengannya.Dan yang paling penting wanita itu telah memeluk erat dirinya.Kenapa?Apa yang terjadi?

Biar Saya Jadi Hero Awak.Where stories live. Discover now