Bab 5

20.1K 656 3
                                    

"Ya Allah! Mati lah aku ni kalau lambat lagi!"Dahlia tergesa-gesa mencari beg tangannya lalu bergegas keluar dari rumah mereka.Menyesal kerana tidur lewat semalaman akibat menyelesaikan sesetengah kerja.Dahlia semakin cemas,dia takut,gelisah buat kali keduanya dia terlambat ke pejabat.Namun kali pertama,dia bernasib baik kerana dia sampai tepat pada waktunya,kalau tidak...malang lah nasib Dahlia nanti! Dahlia menahan teksi yang berada di luar rumah mereka,mujurlah ada pemandu teksi yang baik hati untuk menghantarnya ke pejabat.Yanti pula sudah pun ke restoran,maklumlah ada tetamu istimewa yang akan datang ke restoran dan mereka dikehendaki untuk menyiapkan hidangan yang istimewa untuk tetamu yang datang.Jadual padat Yanti membuatkan beliau tidak dapat menghantar Dahlia ke pejabat pada pagi itu.

Dahlia lega,kerana dia sudah pun dalam perjalanan ke pejabat.Dalam perjalanan,dia terbayang-bayang wajah garang Irham Zahril,hatinya berdebar-debar,takut apabila dia sampai ke pejabat lewat,ahh! ini semua salah dia,bangun lewat! Kalau tidak kerana lupa untuk megunci jam semalam,beliau yakin dia tidak akan terlambat lagi.Dahlia tidak henti-henti memandang jam tangannya,gelisah,beberapa saat lagi,waktu kerja akan bermula,tetapi dia masih di dalam teksi.Kegelisahan dia semakin menambah,tatkala melihat jalan raya sesak dengan kereta,terpaksa lah dia mereda jalan raya yang sesak ini.

"Pakcik...boleh cepat sikit tak? Bukannya apa,saya dah lambat ni nak ke pejabat..." Dahlia meminta pertolongan dari pemandu teksi itu.Dia sangat risau,lebih-lebih lagi perjalanan mereka jauh dari syarikat Dato' Zainal.

"Maaf dik..pakcik tak boleh cepat lagi,ni hah,jam teruk sangat ni...ada kemalangan kat depan lorong tu agaknya..." 

Dahlia seperti tidak tentu arah,dia mengekori jari telunjuk Pakcik itu yang menunjukkan kemalangan di depan lorong jalan raya itu.Dahlia menghela keluhan yang berat.Semakin hari meningkat,semakin itu lah manusia cuai dengan nyawa mereka.Setiap hari,setiap masa,setiap saat,tidak sah jika berita tentang kemalangan jalan raya diumumkan di radio mahupun berita di televisyen.Ahh,mereka tidak sayangkah dengan nyawa mereka? 

Dahlia menghela nafasnya buat kali kedua,dia cuba kelihatan tenang,tetapi setiap kali dia cuba kelihatan tenang,setiap kali itu lah dia terbayang wajah garang boss kecilnya itu,dia dapat membayangkan betapa marahnya Irham Zahril pada diri Dahlia dengan sikap yang tidak menepati waktu,Dahlia mengigit kukunya,itu lah yang akan dilakukan oleh Dahlia,setiap kali dia rasa gelisah,gementar dengan sesuatu pekara.

Akhirnya setelah setengah jam mereda jalan raya yang sesak itu,Dahlia sampai juga pejabat Dato' Zainal! Dengan segera,dia mencepatkan langkahnya ke pejabatnya.Dia memandang jam tangannya sekali lagi,8:30?! ahh,mati,mati,mati! ujar Dahlia dengan nada yang terkejut.Sepatutnya dia sudah berada di pejabat setengah jam yang lalu.Tetapi akibat kelalaian nya itu,Dahlia terpaksa menghadapi risikonya.Nasib kau lah Dahlia!

Dahlia memerhatikan sekelilingnya,dia mencari kelibat Irham Zahril lalu meletakkan beg tangannya di bawah mejanya.Ah,lega hatinya,Irham Zahril belum lagi sampai ke pejabat! Dahlia menarik nafasnya,lalu menghembusnya dengan perlahan.Tetapi hembusannya itu diganggu oleh suara garau Irham Zahril!

"Dahlia,masuk office saya..now.." 

Dahlia terkejut! Entah mana Irham Zahril muncul,dia pun kurang pasti.Hatinya berdegup laju,tangannya mengigil ketakutan lalu mengangguk tanda faham.

"Sekarang pukul berapa?" Soal Irham Zahril lalu melipat tangannya di dada.Terselah otot-ototnya yang berketul-ketul itu.Dahlia tahu apa yang difikirkan oleh Irham Zahril,pasti dia mahu memarahi Dahlia.Namun,Dahlia sudah pun bersedia dengan apa yang akan diluahkan oleh Irham Zahril,kerana dia sedar,ini semua salah dirinya.

"Pukul..8:40am..."jawab Dahlia sambil memandang jam tangannya.

"And..pukul berapa awak kena datang kerja?"tanya Irham Zahril lalu memandang tepat ke wajah Dahlia.

Biar Saya Jadi Hero Awak.Where stories live. Discover now