Bab 50 (terakhir)

26.6K 860 113
                                    

Lima bulan telah berlalu dengan pantas.Tanpa kita sedari,masa yang berjalan terlalu cepat untuk kita kejar.Walau secepat mana kita mengejar masa,masa itu tetap berlalu dengan pantas meninggalkan kita.Banyak pekara yang telah terjadi dan berubah dalam sekelip mata.

Perit,pedih,sakit,gembira,tawa semua nya telah mereka lalui bersama.Tak kiralah masalah kecil ataupun besar,mereka saling ada untuk satu sama lain.Dahlia dan Irham Zahril mula mempelajari erti sebuah rumah tangga.Setiap hari,setiap saat,setiap detik,cinta dan sayang mereka berputik.Semakin hari,semakin itu lah kasih sayang mereka tumbuh dengan mekarnya.

Hati mereka seolah-olah diikat dengan sebuah tali agar ikatan perkahwinan mereka tidak lagi terputus.Hidup Irham Zahril seolah-olah sudah lengkap dengan adanya isterinya yang dia sangat cintai.Setiap hari,tidak terputus doanya untuk mengucap syukur ke atas Ilahi dengan pemberian jodohnya ini.

"Sayang.."Panggilan lembut terkeluar dari bibir Irham Zahril.

Mata Dahlia yang sejak tadi fokus melihat pemandangan pantai itu kini terhala pula ke arah wajah suaminya.Seharian mereka berada di pantai yang penuh dengan ketenangan itu.Dapatlah,mereka merehatkan minda mereka setelah bertungkus-lumus menghabiskan kerja mereka sepanjang minggu ini.

"Sayang masih ingat tak,dulu abang pernah ajak Lia datang sini.."Sambung Irham Zahril.Jari-jemarinya pula hinggap ke tangan Dahlia agar dia dapat memimpin wanita itu.

Dahlia berfikir sejenak.Otaknya mula mengimbas kembali kenangan mereka berdua.Namun,tiada satu pun kenangan yang membuat dia teringat akan tempat ini."Hmm..Lia tak ingat lah.."

"Cuba Lia ingat sekali lagi.."Arah Irham Zahril.

Wanita itu mengikut arahannya sekali lagi.Mungkin,kali ini dia dapat mengimbas kembali kenangan mereka.Otak mula bermain segala macam pekara yang mereka lalui.Serta-merta,dia teringat akan sesuatu.Ya! Dia ingat akan kenangan itu!

"Ah! Sekarang baru Lia ingat! Masa tu,abang ajak Lia datang sini sebab nak tanya pasal arwah mama dan ayah kan?" Tanya Dahlia mencari kepastian.

Teringat akan waktu silam mereka.Masa itu,hubungan mereka belum lagi stabil.Mereka bagaikan langit dan bumi,selalu saja mereka bertengkar apabila bersua muka.Tidak pernah,ada kata-kata manis yang terkeluar dari bibir Irham Zahril.

"Betul.Masa tu,abang rasa geram sangat sebab Lia tak pernah bagi tahu abang yang parents Lia dah meninggal.Abang dapat tau pun bila sesi meminang dulu dari Mak Su."

Dahlia menuduk kepalanya sedikit tatkala mendengar penjelasan suaminya.Jujur,pada waktu itu dia dapat lihat betapa marahnya Irham Zahril pada saat itu.Memang benar,pada waktu itu dia tidak pernah cerita akan hal peribadinya kepada Irham Zahril.

"Tapi..pada masa yang sama,abang rasa bersalah sebab marah kat Lia.Abang tak sepatutnya buat gitu kat sayang..Abang sedar,hidup tanpa mak dan ayah pekara paling susah di dunia ni.."Sambung Irham Zahril dengan penuh lembut.

Kini,Dahlia mengangkat kepalanya.Lalu memandang wajah lelaki itu.Jelas kelihatan,Irham Zahril rasa amat bersalah."Lia dah lama maafkan abang..Sekarang ni,Lia tak perlu bersedih lagi..sebab Allah dah temukan Lia dengan abang,mama dan papa.."

Irham Zahril menguntum senyuman nipis.Hatinya lega tatkala ayat yang terkeluar dari bibir manis wanita itu.Syukurlah,mama dan papanya mampu membuat Dahlia terubat rindu dengan kedua orang tuanya yang sudah lama pergi.

"Sayang lupa sorang lagi.."Kening Irham Zahril menjongket lalu menguntum senyuman lebar.

"Sorang lagi?" Dahlia tercengang.Dia kelihatan keliru dengan kata-kata suaminya.

"Sorang lagi tu..ada kat sini lah,sayang.." Ucap Irham Zahril.Lalu tangan memegang perut Dahlia yang semakin hari,semakin membesar.

Spontan bibir Dahlia menguntum senyuman manis tatkala melihat gelagat Irham Zahril.Dia lupa bahawa,sekarang ini dia mempunyai nyawa yang amat berharga di perutnya.Nyawa yang dia tidak sanggup kehilangan.

Biar Saya Jadi Hero Awak.Where stories live. Discover now