Bab 29

15.8K 476 10
                                    

Irham Zahril melabuhkan pingangnya ke sofa yang empuk itu.Lalu kepala disandarkan ke sofa itu seraya tangan melonggarkan tali leher yang berwarna hitam itu.Hembusan keluhan dilepaskan dengan perlahan.Fikiran mula melayang jauh memikirkan tentang kejadian siang tadi.

Kejadian yang berlaku lima tahun itu,masih segar dalam ingatannya.Lima tahun,dia cuba melupakan kejadian itu,namun susah,susah untuk dia menghapuskan segala memori dia bersama Erliza.Teringatkan kejadian itu membuat hatinya bergelora dengan api-api kemarahan.Dia masih terkilan,kenapa dia harus bertemu dengan wanita itu?Walhal,dia sudah hampir melupakan Erliza sesaat Dahlia datang ke dalam hidupnya.

Erliza,wanita yang menghancurkan segala kebahagiaannya yang dibina selama ini.Wanita yang memutuskan tunangnya pada saat-saat terakhir mereka hampir bernikah.Wanita yang sudah merampas sebahagian duit syarikat.Wanita yang berpura-pura baik,sayang dan manis di depan Irham Zahril sehingga lelaki itu termakan dengan godaannya.

Sehingga hari ini,dia masih tidak percaya bahawa Erliza akan berbuat begitu kepadanya dan juga keluarganya.Memutuskan tunang sehari sebelum majlis perkahwinan mereka,membuat seluruh keluarga malu,termasuklah dirinya.Sejujurnya,dia rasa kesal teramat apabila dipermainkan oleh Erliza.

Wanita yang dia sangat sayangi,cinta lebih dari apa-apa pun.Wanita yang menjadi cinta pertamanya.Tiga tahun bersama Erliza membuat dia berasa amat bahagia,semua kejahatan Erliza kabus dari matanya.Tiga tahun itu bagaikan nikmat cinta yang dia tidak pernah lalui.Wanita itu lah menjadi peneman Irham Zahril dalam setiap masa.Erliza juga bekerja sebagai Personal Assistant Irham Zahril membuat mereka rapat dan sentiasa bersama.Ini membuat hati lelaki itu terikat dengan hati Erliza.

Namun,semua itu musnah,hancur berderai tatkala Erliza memutuskan pertunangan mereka.Entah kenapa secara tiba-tiba Erliza membuat keputusan itu,dia juga kurang pasti.Tetapi yang pasti,dia begitu kecewa dengan sikap Erliza.Wanita yang dia sangat sayangi telah menipunya,telah memusnah segala impiannya untuk bersama Erliza.Ah,dia kesal,kesal kerana terlalu mencintai wanita itu sehingga dia sanggup melakukan apa sahaja demi wanita itu.

Semua ini membuat Irham Zahril terlalu fobia untuk mengadakan Personal Assistant.Ini semua disebabkan dia tidak mahu pekara ngeri itu berlaku sekali lagi.Dia tidak mahu pekerjanya mengambil kesempatan atas dirinya.Namun,setelah Dahlia kerja di syarikat Dato Zainal dan menjadi personal Assistant nya, Irham Zahril mula berubah.Pada mulanya,dia sedar dia kurang senang dengan kehadiran Dahlia.Dia mula menjadi tegas dengan diri Dahlia,namun sikap Dahlia yang comel,lemah-lembut dan sopan-santun membuka hatinya untuk menerima Dahlia dalam hidupnya.

Sebelum ini,dia tidak pernah membukakan hatinya untuk wanita yang suka kepadanya itu termasuklah Wawa.Dia tidak pernah cinta mahupun sayang kepada Wawa setelah kejadian yang berlaku lima tahun yang lalu.Dia sedar,dia tidak sanggup hati terluka buat kali kedua.Dan dengan kehadiran Dahlia,dia mula berubah,berubah ke arah kebaikan.Berubah menjadi lelaki yang tegas namun ada sedikit kelembutan di dalam hatinya.Irham Zahril ingin sekali menjaga Dahlia,dia tidak sanggup melihat Dahlia dalam pakuan lelaki lain.Dia mengaku,dia telah jatuh cinta kepada Dahlia sejak dari dulu lagi.

Namun,bibir sering menipu bahawa hati sudah mula sayang akan diri Dahlia.Dia yakin,Dahlia bukan seperti Erliza ataupun seperti Wawa.Dahlia seorang wanita yang lain daripada mereka.Wajah yang manis,sikapnya yang keanak-anakkan membuat Irham Zahril jatuh cinta dengan isterinya itu.Dia sedar,bukan senang untuk memikat hati Dahlia tetapi dia percaya,suatu hari nanti hati wanita itu akan menerimanya.Hati sentiasa berdoa agar Dahlia dapat menyayangi dan mencintai dirinya seadanya.

"Irham..awak okay?"

Lamunan Irham Zahril terhenti tatkala panggilan lembut kedengaran di telinganya.Dengan perlahan,dia memperbetulkan duduknya,lalu menoleh ke arah Dahlia di sisinya.Sempat juga dia meneliti wajah Dahlia yang begitu licin dan putih,terserlah keayuannya meskipun dia tidak memakai mekap.

Biar Saya Jadi Hero Awak.Where stories live. Discover now