BEM 1

3.5K 199 56
                                    

Buk! Buk! Buk!

INDIRA CALLISTA melampiaskan segala kudratnya pada punching bag kesayangannya. Dalam sehari, pasti dia akan meluangkan masa bersendirian di dalam bilik. Sehingga tidak sedar, sudah berjam-jam dia menghabiskan masa bersendirian di dalam bilik itu. Matanya dipejam buat seketika sejurus itu perbuatannya turut terhenti. Air matanya mengalir tanpa sedar. Kepala dibawa geleng beberapa kali. Tak, dia tak boleh lemah. Sama sekali tak boleh!

"Indira Callista, kau tak boleh lemah. Sampai mati pun, jangan pernah kau tunjukkan kelemahan kau pada orang lain!"

Buk! Buk! Tumbukan kembali aktif. Bertubi-tubi tanpa ada niat untuk berhenti walaupun keringat sudah membasahi tubuhnya. Rambutnya turut basah kerana bermandi peluh. Hari ini, betul-betul dia melepaskan segala apa yang terbuku di dalam hati. Walaupun apa yang bermain di dalam kotak ingatannya merupakan kisah yang sudah 10 tahun berlalu...

"Kalaulah punching bag tu boleh bercakap, mesti dia akan tanya adik. Kenapa hari-hari awak tumbuk saya? Tak kesian ke muka saya dah lebam macam ni?" Izz Benazir menegur si adik bongsunya. Sempat lagi dia menukar suara seperti Suneo, watak kartun animasi Doraemon. Izz Benazir memang tidak pernah serius sekiranya berbicara dengan si adik. Pasti dia akan membuat lelucon walaupun hambar.

"Angah nak apa? Kacaulah orang tengah release tension."

"Ah, kau. Tak habis-habis dengan release tension kau tu. Kau dah lupa hari ini hari apa? Kau pergi bersiap sekarang sebelum aku campak kau dekat Sungai Han, Korea tu," ujar Izz Benazir sebelum menuruni anak tangga untuk ke tingkat bawah.

"Ayah ngah!" jerit Dara Alana. Si anak saudara kesayangan Indira Callista dan Izz Benazir.

"Hoi, ayah ngah kau hijau!"

Kedebuk!

Punggung Izz Benazir selamat mencium anak tangga terakhir. Sekali gus, matanya terpejam sambil tangan mengosok-gosok punggungnya yang terasa sengal. Kalau hari-hari macam ni, silap hari bulan. Boleh kempis punggungnya begini. Suara jeritan milik Dara Alana mampu menggegarkan seluruh ruangan rumah bungalow dua tingkat ini.

Indira yang baru saja bersiap dengan hanya mengenakan jaket kulit berwarna hitam, berseluar jeans hitam dan rambutnya diikat tinggi, menggelengkan kepalanya. Laju saja kakinya melangkah menuruni anak tangga sehingga melepasi Izz Benazir yang masih terduduk di anak tangga terakhir. Tubuh genit milik Dara Alana dilambungnya ke atas sebelum dibawa ke dukungannya. Pipi labuh si kecil itu dikucup-kucupnya beberapa kali. Sekejap saja usia Dara Alana meningkat lagi pada tahun ini. Tahun depan sudah boleh didaftarkan menjadi murid tahun satu. Terlalu cepat masa berlalu...

"Kenapa dengan ayah ngah tu, mama?"

Sejak kecil lagi, Dara Alana sudah biasa memanggil Indira dengan panggilan 'mama'. Hubungan mereka menjadi lebih intim sebaik saja arwah daddy dan mummynya meninggal dunia lima tahun yang lalu. Ketika itu, dia baru saja berusia setahun. Sudah pandai menyebut daddy dan mummy. Tapi, sayang. Umur kedua-dua orang tuanya tidak panjang kerana terlibat dalam sebuah kemalangan yang agak tragis. Kemalangan itu juga membuatkan Indira Callista kemurungan selama sembilan bulan berturut-turut. Susah untuk dia menerima berita bahawa abang sulung dan kakak ipar kesayangannya itu sudah pergi meninggalkan mereka buat selamanya.

"Macamlah tak tahu, ayah ngah Lana tu macam mana. Kepala diakan ting tong sikit. Jom, sayang. Nanti dah lambat kita nak jumpa daddy dengan mummy. Mesti dia orang dah tunggu." Selamba saja Indira melabelkan Izz Benazir sebagai seorang yang ting tong. Kepala digelengkan sekali sebelum mengenakan sepasang kasut PUMA berwarna putih pada kedua-dua belah kakinya.

Bidadari Encik Mafia ✔ (2021)Where stories live. Discover now