BEM 39

1.3K 84 6
                                    

SUDAH beberapa hari Qarizh pulang lewat ke rumah. Kadangkala, hatinya meronta-ronta mahu tahu ke mana suaminya pergi selama ini. Takkanlah langsung tidak mahu berbaik-baik bersama dengannya. Aditya banyak menasihatinya. Sudah masuk alam perkahwinan ini, kenalah hadap kesemuanya. Perlu banyakkan bersabar. Berbincang sesama suami dan isteri. Luahkan apa yang rasa tak puas hati. Bukannya menjauh dan berdiam diri begini.

Mana pergi janji dulu,
Mana cinta sayangmu,
Mana semua itu....

Matanya dibawa pejam rapat tatkala lagu itu bermain di radio yang baru saja dibukanya sebentar tadi. Tanpa sedar, air matanya mengalir. Dari tadi dia menahan perasan sedih yang semakin membengkung dadanya. Lama-kelamaan, tangisannya menjadi teresak-esak. Kusyen yang berada di atas sofa, dibawa tarik masuk ke dalam dakapannya.

Ting! Ting!

Dahinya berkerut. Telefon bimbit yang berada di atas meja dicapai lalu dibawa dekat ke penglihatannya. Semakin berlapis dahinya melihat nombor yang tidak dikenali menghantar mesej dan gambar di WhatsApp.

Unknown Number

Hai, my beautiful lady. I miss you damn so much. Bila kita nak berjumpa lagi, sayang? Bahagia sangat ke, jadi isteri Qarizh?

Giginya berlaga. Menahan marah. Ini tak lain tak bukan, pasti Yazir. Entah dari mana lelaki itu berjaya memperolehi nombor telefonnya. Semakin panas hatinya tatkala dia merenung ke arah gambar yang dihantar oleh Yazir.

Indira Callista

Kau nak apa sebenarnya? Kau nak laga-lagakan aku dengan Qarizh ke?

Tengku Yazir

Oh no, sayang. I beritahu you benda fakta. Qarizh sekarang dah berani keluar dengan perempuan. I guess dia bosan dengan you. Yalah, I tahu korang berkahwin sebab nak sakitkan hati I aje. Tak ada perasaan cinta yang ada dalam hati both of you pun.

Indira Callista

Aku malas nak layan kau. Kalau aku layan, makin teruk emosi aku. Jangan ganggu hidup akulah, setan!

Tanpa menunggu sebarang balasan daripada Yazir. Segera dia mengalihkan nombor kontak Yazir itu ke dalam senarai sekat. Malas dia hendak melayan perangai gila Yazir. Qarizh pernah memberitahunya yang Yazir pasti tidak akan duduk diam untuk menghancurkan kebahagiaan mereka.

Tapi...

Hatinya tertanya-tanya. Betul ke Qarizh keluar dengan perempuan lain? Dia sendiri tidak tahu sebab apa Qarizh sering pulang lewat malam. Salah dia sendirikah kerana tidak melayani Qarizh sebagai seorang suaminya? Kendatipun, dia sakit hati dengan perangai dingin Qarizh, tanggungjawabnya sebagai seorang isteri sedikit pun dia tidak pernah abaikan. Makan, minum, pakaian dan keselesaan Qarizh semuanya dia sudah sediakan. Cuma satu aje yang dia tidak mampu tunaikan sekarang. Macam mana tunaikan kalau Qarizh sendiri mengambil jalan menjauhkan diri daripada dirinya.

"Qarizh ada masalah ke? Patut ke aku tanya pada Saif? Haura? Tapi betul ke Qarizh keluar dengan perempuan lain? Qarizh bukan seorang lelaki yang suka keluar dengan sembarangan perempuan. Aku kenal suami aku. Walau dia marah macam mana sekalipun, dia masih waras untuk tidak melakukan perkara seperti itu," omel Indira pada dirinya sendiri. Nombor kontak Haura dicari sambil itu fikirannya ligat memikir Haura sekarang berada di rumah Kizo ataupun markas Qarizh.

"Hello?" Haura menjawab panggilannya setelah dua kali deringan.

"Haura, busy ke? Sorry akak menganggu."

"Eh, mana ada busy. Haura baru lepas tolong Abang Saif siapkan kerja dia ni. Ada apa, kak?"

Indira menarik dan menghembus nafasnya perlahan. "Abang Qar ada datang sana tak?"

Bidadari Encik Mafia ✔ (2021)Where stories live. Discover now