BEM 41

1.3K 87 4
                                    

LAMA dia merenung ke arah skrin komputer sebelum melepaskan dengusan marah sambil meramas rambutnya sehingga serabai. Belikatnya disandar kasar ke kusyen kerusi. Terbias kerut-kerut marah pada wajahnya. Tetikus dicapai kemudian digerakkan ke kanan dan ke kiri beberapa kali. Indira yang berdiri di sebelahnya merenung skrin komputer tersebut dengan tempoh yang agak lama.

"Yazir memang nak jatuhkan aku, Dira."

Indira menoleh sedikit ke arah Qarizh yang berada di sisinya. Bahu suaminya diusap lembut. Cuba menyalurkan ketenangan yang ada. Dia sendiri juga terkejut yang Yazir setekad ini. Lelaki itu memang benar-benar mencabar mereka.

"Yang dia nak jatuhkan ni syarikat keturunan keluarga dia juga. Agaknya otak dia tercicir waktu dalam proses pemulihan kesihatan dia." Selamba saja Indira mengejek Yazir. Mengundang tawa dari Qarizh.

"Kenapa ketawa?" soal Indira sambil mengerutkan dahinya.

"Tak adalah. Aku rasa kelakar, aku ketawalah. Takkan aku nak menangis pula." Qarizh memutarkan bebola matanya. Ketawa pun salah ke?

Indira hanya tersengih.

Tok! Tok!

Qarizh mengangkat wajahnya ke arah pintu biliknya sebelum mengalihkan pandangannya ke arah Indira. Kepala dibawa angguk sekali memberikan keizinan kepada Indira untuk membuka pintu bilik pejabatnya.

"Sorry, saya lambat datang!" Ceria Si Haura menyapa mereka sambil mengangkat kedua-dua belah tangannya ke udara. Happy-go-lucky sungguh!

Indira tersenyum. Dia memaut bahu Haura rapat ke sisi tubuhnya. "Tak lambatlah. Okey saja. Haura dari mana? Sorang saja ke?" soalnya sambil kepala terjengah-jengah ke arah luar bilik. Namun tiada kelibat lain. Bermakna Haura seorang saja ke sini.

"Abang Hilmi hantar Haura ke sini. Dia tunggu dekat bawah."

Qarizh dan Indira menganggukkan kepala mereka sekali.

"Abang Qar nak mintak tolong Haura apa?"

"Kau tengokkan ni. Hari tu kau dah selesaikan tapi dia orang godam semula. Dia orang tak duduk diam, Haura."

Haura berdecit. Kaki dihentak-hentak sepanjang dia melangkah ke arah Qarizh. Mulutnya muncung. Sudah seperti kekasih hati Donald Duck bernama Daisy. Indira hanya menggelengkan kepala saja melihat telatah Haura. Manakala Qarizh hanya memerhati saja.

"Oh! Senang aje ni. Abang Qar sana sekejap. Biar Haura buat." Selamba saja Haura menghalau tuan pengurus syarikat ini. Siap mengibas-ngibas tangannya lagi, menyuruh Qarizh beralih dari tempat duduknya.

Indira tertawa kecil. Lengan Qarizh dirangkul lalu menarik suaminya itu duduk di atas sofa yang terletak di tepi meja kerja Qarizh.

"Sayang nak makan apa nanti?" soal Qarizh. Kepalanya dilentukkan di atas bahu si isteri. Terasa berat pula kepalanya ketika ini. Mungkin terlalu banyak berfikir tentang syarikatnya ini.

"Tak kisah. Janji perut kenyang."

"Kalau tak kenyang jugak?" Qarizh sengaja ajak bergurau. Mahu menghilangkan rasa bosannya sementara menunggu Haura menyelesaikan masalah di dalam sistem syarikatnya.

"Makan lagi. Sampailah kenyang," jawab Indira. Melayan saja telatah Qarizh.

"Nanti akak dah gemuk, abang jangan tinggalkan pula. Haura bagi eagle sidekick nanti. Baru terbelalak biji mata abang tu." Haura mencelah. Fokusnya masih lagi pada komputer. Tetapi masih sempat lagi mencelah perbualan pasangan suami isteri itu.

"Eh, mana ada tinggal. Pandai-pandai saja." Qarizh laju menafikan.

"Memanglah sekarang tak tinggalkan lagi sebab belum gemuk." Haura menjeling.

Bidadari Encik Mafia ✔ (2021)Where stories live. Discover now