BEM 34

1.1K 82 2
                                    

TANGAN naik bersilang ke dada. Belikatnya disandarkan pada kerusi. Dia hanya merenung kosong ke arah luar tingkap. Tiada satu pun yang menarik perhatiannya kini. Dia tertanya-tanya, kenapa sepertinya Indira terburu-buru hendak ke tandas? Dan dia perasan ada air jernih bertakung pada tubir mata gadis itu. Menangiskah dia di dalam tandas? Gara-gara tidak mahu dia nampak.

"Dia nak menangis? Macam tak percaya pulak aku. Dia tu kan hati brutal. Bukannya hati tisu macam perempuan lain. Tak akanlah aku baru kasar sikit dah nak menangis?" Qarizh membuat andaian sendiri. Tangannya ligat mengusap dagunya sambil dahinya berkerut halus.

Qarizh melepaskan dengusan kasar setelah beberapa minit dia mengelamun memikirkan tentang Indira. Lama benar gadis itu ke tandas. Entah apa yang dia buat pun, dia sendiri tidak tahu. Tidak betah dia hendak menunggu lama, punggungnya diangkat lalu membawa langkah ke kaunter untuk membuat pembayaran. Sementara menunggu juruwang itu memulangkan baki wangnya, anak matanya meliar memerhatikan suasana sekeliling restoran itu. Tiba-tiba saja dia tidak sedap hati. Jantungnya berdegup kencang.

Ada apa-apa terjadi pada Indira ke?

"Ini bakinya, encik. Terima kasih. Datang lagi."

Qarizh menganggukkan kepalanya lalu dia melangkah ke lorong belakang di mana terletaknya tandas di dalam restoran itu.

"Kau nak apa lagi, Yazir? Tak cukup lagi ke kau dah seksa zahir dan batin aku dua tahun lepas?" soal Indira dengan nada suaranya cukup keras. Bibirnya diketap menahan marah yang membara di dalam hati.

Yazir hanya tersenyum kecil. Sungguh dia rindu untuk melihat wajah gadis di hadapannya ini. "Aku nak minta maaf dekat kau, sayang. Aku akan bertanggungjawab untuk segalanya. Kau hanya jadi isteri aku saja. Aku janji akan bahagiakan kau."

Indira mengherotkan bibirnya ke tepi. Terasa mahu ketawa pula mendengar ucapan Yazir sebentar tadi. Geli hati dibuatnya. Macam tak ada rasa bersalah langsung lelaki ini. Mahu saja dia melayangkan penumbuk pada wajah Yazir itu. Tak padan dengan menggunakan tongkat.

"Lupakan sajalah niat kau tu. Aku akan berkahwin dengan Qarizh. Muktamad."

Yazir menggelengkan kepalanya laju. Pergelangan tangan Indira direntap sehingga gadis itu terdorong merapatinya. Indira cuba mahu melepaskan pergelangan tangannya. Namun, Yazir lebih kuat mengenggam pergelangan tangannya itu sehingga terasa perit.

Buk!

Qarizh meluru ke arah Yazir lalu sebiji penumbuk padu hinggap tepat pada rahang Yazir sehingga lelaki itu terundur beberapa langkah ke belakang. Indira ditarik ke belakang tubuhnya. Nafasnya tidak mampu dikawal lagi. Dada berombak laju menandakan yang gunung amarahnya sudah meletup.

"Siapa izinkan kau untuk sentuh dia? Dia bukan perempuan murahan seperti yang kau sangka selepas kau dah berjaya sentuh dia. Jangan harap aku akan biarkan kau untuk sakiti dia lagi," ujar Qarizh memberi amaran kepada Yazir.

Yazir ketawa. Kepalanya digeleng-geleng beberapa kali. Indira di belakang hanya mendiamkan diri sambil mengusap pergelangan tangannya yang merah dek dicengkam oleh Yazir tadi. Sengaja dia merapatkan dirinya dengan belakang tubuh Qarizh. Mahu memanaskan hati Yazir.

"Indira, kau milik aku, Dira. Apa yang susah sangat kau nak faham perasaan aku ni? Huh!" tengking Yazir. Mukanya sudah merah padam dek menahan marahnya. Rahang yang terasa sakit tidak dihiraukan sama sekali.

"Aku bukan milik sesiapa pun. Kau tak boleh paksa aku untuk faham perasaan kau. Sedangkan kau sendiri tak pernah faham perasaan aku. Kalau kau betul sayangkan aku, kau tak akan sakiti aku." Tertahan-tahan suara Indira apabila membidas semula percakapan Yazir.

Bidadari Encik Mafia ✔ (2021)Where stories live. Discover now